PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
DUN Chuah: Lagi masalah saliran tidak diselenggara di Kg India, Bukit Pelandok. Posted: 30 Jul 2013 09:35 PM PDT Masalah saliran tidak diselenggara oleh pihak berwajib yang menyebabkan longkang atau parit tersumbat atau dipenuhi sampah/tumbuhan adalah kerap berlaku di sekitar Bukit Pelandok kerana faktor geografi kawasan ini berhampiran dengan laut dan kawasan berpaya. Kelewatan atau kegagalan pihak berwajib menjalankan tugas penyelenggaraan dan pembersihan saliran akan menyebabkan aliran air parit dan longkang tersumbat. Ia bertambah sulit lagi ketika waktu hujan atau musim hujan. Keadaan semulajadi di sekitar kawasan ini yang berlaku pertumbuhan rumput atau tumbuhan yang cepat memerlukan saliran seperti ini kerap diselenggarakan. Keadaan ini juga memerlukan pihak bertanggungjawab khususnya Ahli Majlis-Ahli Majlis PBT yang ditugaskan menjaga kawasan terbabit melaksanakan peranan mereka. Jika tidak, peranan mereka terpaksa dipikul pula oleh wakil rakyat. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan