Anak Muda Kampung Nak Senang |
Kenapa Najib tak buat sidang khas parlimen perangi jenayah? Posted: 30 Jul 2013 05:27 PM PDT Najib kata perlu tindakan segera untuk tangani jenayah berat yang semakin membimbangkan rakyat ketika ini. Perlu dikaji undang-undang yang dapat mengekang jenayah ini pada sesi parlimen akan datang. Persoalannya kalau perlu tindakan segera, rakyat semakin bimbang keselamatan mereka, kenapa perlu tunggu sidang parlimen, kenapa tak buat sidang khas parlimen? Bukankah wakil rakyat dilantik untuk membela rakyat? Mana lebih penting, sambutan raya atau keselamatan rakyat? PUTRAJAYA 30 Julai - Kerajaan bersedia memberikan apa sahaja yang diperlukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menambah keberkesanan dan usaha pasukan itu memerangi jenayah khususnya jenayah berat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan segera perlu dilakukan oleh polis untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap insiden pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Justeru, tegas Najib, polis perlu melihat kepada undang-undang sedia ada berhubung tindakan yang perlu dan boleh diambil bagi menangani insiden pembunuhan menggunakan senjata api. ''Apa yang disebut tadi, kita berniat membawanya pada sesi Parlimen seterusnya, peruntukan yang akan mengukuhkan tindakan polis (untuk memerangi jenayah) dan saya tidak bercakap tentang jangka panjang tetapi tindakan serta-merta iaitu pada sesi Parlimen seterusnya," katanya. |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan