Anak Muda Kampung Nak Senang |
Nak ambil lesen susah tapi kemalangan makin banyak Posted: 08 Jul 2013 05:41 PM PDT Walaupun prosedur untuk ujian lesen memandu adalah ketat, mahal, perlu menjalani pelbagai ujian untuk tempoh masa yang agak lama, namun kadar kemalangan di negara ini makin meningkat, masih ada pendatang asing yang memandu kenderaan awam seperti teksi, dimana silapnya? Ada fulus, semua lulus? JPJ patut permudah ujian komputer 9 Julai 2013 Gagal ujian berkomputer berulang kali dan memerlukan kos tambahan untuk mengulang didakwa punca calon enggan memohon lesen memandu. Presiden Persekutuan Persatuan Institut dan Sekolah Memandu Malaysia (PERPISMA), Harun Shafiee, berkata kajian mendapati 70 peratus calon peperiksaan gagal ujian komputer kerana soalan mengelirukan. "Calon sering mengadu tidak memahami soalan dan keliru pilihan jawapan yang disediakan. Soalan harus mempertimbangkan pemahaman pelbagai lapisan masyarakat supaya permohonan lesen lebih memudahkan," katanya. |
Harakah lebih bahaya dari majalah lucah Posted: 08 Jul 2013 05:40 PM PDT Nampaknya Harakah dan Suara Keadilan lebih bahaya dari majalah lucah, majalah seksi, majalah yang mendedah aurat yang bersepah-sepah terdapat di negara ini. Sebagaimana juga Tazkirah Ramadan yang lebih bahaya dari pusat hiburan dan kedai judi berlesen yang beroperasi di bulan Ramadan. KDN rampas lebih 100 naskhah akhbar tabloid 8 Julai 2013 KUANTAN - Sebanyak 126 naskhah akhbar tabloid parti politik dirampas dalam satu operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di empat premis sekitar bandar raya ini. Pengarah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Pahang Azilah Madulan berkata rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012. "Daripada jumlah itu, sebanyak 100 naskhah merupakan akhbar Suara Keadilan dan 26 naskhah lagi ialah akhbar Harakah. |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan