Khamis, 25 April 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Updated Info: Kempen Calon Dun Linggi

Posted: 25 Apr 2013 05:30 AM PDT





Lokasi: Ladang Batu 14, Pasir Panjang, Port Dickson.

Pengundi mahu Anwar jadi PM – UMCEDEL

Posted: 25 Apr 2013 05:26 AM PDT


KUALA LUMPUR 25 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih popular dan diterima rakyat sebagai Perdana Menteri (PM) selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Demikian menurut kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) ke atas 1,407 responden dari kalangan pengundi pelbagai latar belakang.
20080310anwar_ibrahim
Menurut kajian tersebut, 49 peratus memilih Anwar sebagai PM berbanding Datuk Seri Najib Razak yang hanya mendapat 39 peratus, manakala 12 peratus lagi tidak pasti.

"Peningkatan populariti Anwar boleh dikatakan sebab pengaruh internet di kalangan anak muda.
"Seperti yang kita tahu, Pakatan Rakyat menggunakan sepenuhnya medium tersebut kerana tidak mendapat liputan yang baik dari media arus perdana," kata Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
"Jelajah Merdeka Rakyat dan kempen bergerak juga membantu peningkatan populariti Anwar," katanya lagi.
Kajian itu dibuat bermula sejak hari pembubaran Parlimen 3 April 2013 sehingga 20 April lalu.
Selain itu, Anwar turut mengatasi Najib dari segi pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam dengan mendapat 47 peratus berbanding Najib 38 peratus, selebihnya tidak pasti.
Kecenderungan kedua-dua pemimpin itu turut dinilai melalui kewibawaan mereka membuat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Hasilnya, 40 peratus bersetuju Anwar lebih berwibawa berbanding Najib, yang haya memperoleh 35 peratus.
Turut disentuh, kajian mengenai perdebatan Anwar dan Najib yang menunjukkan 63 peratus menuntut debat tersebut dijalankan, dan hanya 10 peratus tidak mahu, manakala 19 peratus tidak pasti.

Kenderaan bawa kotak undi dilencongkan ke kawasan ‘rahsia’

Posted: 25 Apr 2013 05:03 AM PDT


PETALING JAYA 25 APRIL: Kenderaan yang membawa kotak undi untuk dihantar ke ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, dilencongkan ke satu kawasan rahsia di Kajang.
Mendedahkan demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenderaan itu berubah arah selepas berhenti di satu simpang.
"Saya difahamkan kenderaan yang membawa kotak undi itu sepatutnya terus ke Putrajaya.
Undi 2
"Tetapi selepas tiba di satu persimpangan tol tertentu, ada sebuah pajero SPR sudah menunggu kenderaan itu dan mengalih haluan ke satu kawasan rahsia di Jalan SC 2 dekat kawasan perindustrian Sungai Chua, Kajang," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pendedahan itu susulan maklumat terbaru yang diterima Ketua Umum KEADILAN itu.
Beliau mempersoal mengapa kotak undi itu dibawa ke kawasan lain sedangkan mengikut prosedur, kotak undi mesti disimpan di ibu pejabat SPR.
"SPR sebagai badan bebas mesti menjelaskan perkara ini segera bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap mereka," kata Anwar yang akan mempertahan kubu kuat KEADILAN di Permatang Pauh pada PRU 13.

Calon DUN N02 Pertang

Posted: 25 Apr 2013 04:51 AM PDT

Calon DUN Pertang
Muhamad Syamwill Mertadza

Nama: Muhamad Syamwill Bin Mertadza
Lahir: 7 Januari 1983
Umur: 30 tahun.

Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Usuludin

Pengalaman
-Mantan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, JAINS
-Setiausaha PKR Cabang Jelebu
-Pemangku Ketua AMK Cabang Jelebu
-Exco AMK Negeri Sembilan









Tiada ulasan: