Khamis, 25 April 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


PILIH YANG MANA SATU

Posted: 25 Apr 2013 01:32 AM PDT



PILIH YANG MANA SATU

Pakatan Rakyat (PAS/PKR/DAP) –  Pendidikan Percuma di Kolej/Universiti , Hapus PTPTN

atau

Barisan Nasional – Komputer Riba Percuma untuk Pelajar Sekolah Rendah/Menengah

Kalau undi Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) , PTPTN akan dimansuhkan yang dikatakan melibatkan wang negara RM 25 billion.

Kalau undi Barisan Nasional, semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan diberi komputer riba percuma. Katakanlah jumlah pelajar sekolah di Malaysia dianggarkan seramai 5,304,201 orang. Jika sebuah komputer riba berharga RM3,000 , ini bermakna ianya akan melibatkan wang negara sebanyak RM 16 billion.

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT - PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA, HAPUS PTPTN

PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.
PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.

AKU JANJI BN - SEMUA PELAJAR SEKOLAH MUNGKIN DIBEKAL KOMPUTER RIBA PADA 2014

8 Apr 2013 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, kerajaan akan melihat bagaimana untuk membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan. Beliau berkata, perkara itu mesti dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia adalah komitmen kerajaan untuk melaksanakan janji-janjinya.

Sumber :

Blog Rembau Hari Ini mencapai hit tertinggi April 2013

Posted: 25 Apr 2013 12:42 AM PDT




Blog PAS Kawasan Rembau atau lebih dikenali dengan Rembau Hari ini yang beroperasi sejak 13 Januari 2008 telah mencapai hit yang tertinggi pada bulan April 2013. Setakat 25 April 2013, blog ini telah mencapai hit sebanyak 17,053 pengunjung untuk bulan April 2013 sahaja. Ini merupakan hit yang tertinggi dalam sebulan setakat ini sejak blog ini mula beroperasi lebih 5 tahun yang lalu.

Dapatkan berita terkini kempen Pakatan Rakyat Rembau dan di DUN Paroi, Rantau, Chembong dan Kota dengan melayari http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Ceramah Pakatan Rakyat Rembau 27 Apr 2013

Posted: 25 Apr 2013 12:40 AM PDT


CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 27 Apr 2013, Sabtu
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Markas Pakatan Rakyat DUN Chembong, Kg Mulia (sebelah Pejabat Daerah Rembau)
Penceramah :
* Hj Radzali A Ghani - Calon PKR Parlimen Rembau
* Hj Kamarol Ridzuan Mohd Zain - Calon PAS DUN Chembong
* Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat
* Aiman Athirah Al Jundi - Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat
* Norwani Ahmad - Ketua Muslimat PAS Rembau

Semua Dijemput Hadir

Berita terkini kempen Pakatan Rakyat Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Penduduk di Rembau tidak puas hati isu pampasan tanah

Posted: 24 Apr 2013 06:37 PM PDT




Antara isu utama yang menyebabkan ramai pengundi di DUN Chembong dan DUN Kota tidak puas hati terhadap kerajaan sebelum ini ialah isu pampasan tanah. Mereka membandingkan pampasan tanah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk beberapa projek terlalu murah sehingga RM1.20 sekaki (RM52,272 seekar) sedangkan kerajaan Negeri Sembilan pula menawarkan harga yang terlalu mahal untuk tapak hospital Rembau iaitu RM22 sekaki (RM958,320 seekar).

Telah banyak tanah adat, tanah penduduk kampung di DUN Chembong dan DUN Kota diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk projek landasan kereta api berkembar, projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja,  projek skim bekalan air di Titian Bintangor dan projek laluan paip gas.

Justeru itu penduduk kampung di DUN Chembong dan DUN Kota mengharapkan calon-calon PAS yang bertanding di kawasan ini mempertahankan hak penduduk kampung dengan memberi pampasan tanah yang setimpal untuk projek-projek pembangunan yang dirancang pada masa hadapan sekiranya mereka terpilih menjadi wakil rakyat nanti.

Maklumat lanjut isi pampasan tanah penduduk Rembau ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/penduduk-di-rembau-tidak-puas-hati-isu.html

Tiada ulasan: