Isnin, 22 April 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Pembukaan Bilik Gerakan Taman Dusun Setia, DUN Ampangan

Posted: 22 Apr 2013 05:41 AM PDT


Walaupun hujan turun lebat jam 5:30 petang tadi namun situasi itu tidak menghalang para petugas dan jentera untuk kekal hadir mendengar taklimat dan ucapan semangat daripada Pengerusi Keadilan NS yang juga merupakan calon DUN Ampangan-Dato Kamarul Baharin Abbas.

Dalam suasana hujan lebat itu, Ketua Penerangan Keadilan NS-saudara Ibrahim Yusof telah menyampaikan beberapa taklimat ringkas berkenaan gerak kerja dan persediaan berkempen di Taman Dusun Setia.

Dato Kamarul sempat menyampaikan ucapan ringkas yang cukup bersemangat kepada hadirin. Kehadiran beberapa jemaah Surau Taman Dusun Setia bersama imam besar surau kawasan tersebut memperlihatkan kesungguhan rakyat sekitar untuk turut sama membantu gerakan dan kempen Keadilan di Ampangan.

Sebelum itu, sekitar jam 2.00 hingga 3.00 petang Dato Kamarul bersama pasukan petugas pilihanraya dun telah meluangkan masa bertemu dengan para pemilih di Pasar Ampangan.

Walaupun ada spekulasi-spekulasi liar menyebut jentera Keadilan DUN Ampangan lumpuh, ia sekali pun tidak menghalang gerakan jentera parti untuk meneruskan gerak kerja dan program-program di sekitar Ampangan. Ia adalah satu 'psywar' yang telah dijalankan oleh pihak lawan untuk mewujudkan persepsi bahawa berlaku penolakan calon Keadilan di Ampangan.

Sambutan ramai penduduk Bukit Pelanduk di Ceramah Kelompok Dun Chuah

Posted: 21 Apr 2013 10:19 PM PDT


Walaupun BN meletakkan calon yang dilihat berkemampuan besar dan seorang ahli majlis MDPD, sambutan masyarakat Tionghua terhadap program-program dan ceramah kelompok Keadilan yang diadakan di Bukit Pelandok malam semalam membuktikan pemilih telah tekad membuat keputusan menolak BN dalam PRU-13 ini.

Hampir seribu orang penduduk sekitar Bukit Pelandok telah hadir untuk menunjukkan sokongan mereka kepada calon-calon PR yang bertanding di dun-dun dalam Telok Kemang. Semoga momentum ini berterusan sehingga hari mengundi dan dapat dizahirkan dalam bentuk undi.

Keadilan berkeyakinan mempertahankan kemenangan di Telok Kemang

Posted: 21 Apr 2013 10:09 PM PDT

Senarai calon-calon Pakatan Rakyat di Telok Kemang;
Dari kiri: Ean Yong Tin Sin (Lukut), Rosman Jonet (Linggi), Chai Tong Chai (Chuah), Hj Ramli  Ismail (Bagan Pinang) & M.Ravi (Port Dickson)

Setelah tamat penamaan calon yang berlangsung pada 20 April 2013 (Sabtu), semua calon Pakatan Rakyat di Telok Kemang layak bertanding.

Saingan peringkat Parlimen Telok Kemang menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan penyandang, Dato Kamarul Baharin Abbas akan berhadapan dengan calon MIC-BN, V.S Mogan dan seorang calon Bebas-Kamaruddin Kumarel Abdullah. Situasi ini mengulangi sebagaimana PRU 2008 lalu yang melibatkan pertandingan tiga penjuru.

Keadilan dilihat berpeluang untuk mempertahankan kemenangan di Telok Kemang walaupun BN menampilkan calon baru di peringkat parlimen dan seluruh dun dalam Telok Kemang. 

Pakatan Rakyat mengekalkan semua penyandang dan calon di Chuah, Lukut, Port Dickson dan Bagan Pinang manakala Keadilan menampilkan calon baru di Linggi iaitu Rosman Jonet, bekas Pengurus Besar Affin Bank yang merupakan anak jati Kg Tampin, Linggi.

Calon Pas Dun Bagan Pinang, Haji Ramli Ismail kembali diberi kepercayaan untuk menawan kawasan tersebut. Kali ini peluang untuk meraih kemenangan di Bagan Pinang dilihat lebih terbuka berbanding PRU 2008. 



Tiada ulasan: