BULETIN RAKYAT |
- untuk ibu tersayang.......
- NAJIB TAK MALU TIRU ANWAR ~ PAKAI BAS JELAJAH SELAYANG TAPI RAKYAT TAK TURUN
- BN KALAH SATU KERUSI !! SEMUA ORANG BN SENYAP !!
- MIKE TYSON JOINED PAS HARI INI
Posted: 22 Apr 2013 12:32 AM PDT Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia. Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang." NAMUN, Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali. Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Surga Firdaus. |
NAJIB TAK MALU TIRU ANWAR ~ PAKAI BAS JELAJAH SELAYANG TAPI RAKYAT TAK TURUN Posted: 21 Apr 2013 11:40 PM PDT Program Najib turun padang di Bandar Baru Selayang sebentar tadi cukup memberi malu besar kepada beliau selaku Pengerusi barisan Nasional merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Bukan saja beliau patut berasa malu kerana meniru cara DSAI menggunakan bas Jelajah Merdeka Rakyat untuk turun padang menemui rakyat, tetapi dimalukan lebih teruk apabila dimaklumkan tiada sambutan diberikan oleh penduduk Bandar baru Selayang keatas kehadiran beliau disana. Yang ramai berkerumun itu adalah dari kalangan petugas yang dikerah turun bagi menunjukkan kononnya Najib dan UMNO/BN mendapat sambutan baik dan hangat dari penduduk tempatan. Hakikatnya penduduk tempatan langsung tidak ambil kisah dan port sehingga menyebabkan para petugas ada yang menyamar sebagai penduduk tempatan angkat plakad tertera tulis ayat "I LOVE BN dan I LOVE PM". Cuba perhatikan baik-baik rakaman gambar diatas...Nampak tak para peniaga dan penduduk tempatan buat don't know tentang kehadiran Najib..Ada tu sekadar perhatikan dari jarak jauh dan bukannya menyerbu kepada beliau jika penduduk tempatan benar-benar kasih dan sayangkan Najib dan BN. Jelas warga Selayang tolak UMNO/BN pimpinan Najib Razak!!!!!!. |
BN KALAH SATU KERUSI !! SEMUA ORANG BN SENYAP !! Posted: 21 Apr 2013 10:02 PM PDT "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini. Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS. |
MIKE TYSON JOINED PAS HARI INI Posted: 21 Apr 2013 09:54 PM PDT "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini. Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS. |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan