Selasa, 2 April 2013

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


4,000 Pengundi DUN Taman Medan Dipindah Tanpa Pengetahuan

Posted: 02 Apr 2013 08:35 PM PDT

PETALING JAYA 2 APRIL: Seramai 4,000 pengundi berdaftar Taman Medan dipindahkan tanpa pengetahuan, dedah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Haniza Talha.

Jumlah itu meliputi senarai 40,000 pengundi berdaftar di DUN berkenaan sejak 2008.

Menurutnya, pengundi terlibat dikesan dipindah keluar ke kawasan lain dan digantikan dengan jumlah yang sama.

haniza 01"Pengundi tersebut jumpa saya maklumkan perkara itu dan mereka terkejut dengan penukaran tersebut," katanya pada sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, hari ini.

Haniza berkata, penambahan sebanyak 5,000 menjadikan pengundi mengikut Rang Daftar Pemilih 2012 berjumlah 45,000.

Katanya, 4,000 dari 40,000 pengundi asal itu dipindahkan dan diganti pengundi baru menjadikan penambahan sebanyak 9,000.

"Nampak seolah-olah penambahan cuma 5,000 tapi sebenarnya lebih," jelas Haniza.

Beliau merujuk salah satu kes berkenaan apabila semakan pada daftar pemilih pada 2013 mendapati nama pengundi yang berdaftar di Taman Medan pada 2008, ditukar ke Seri Setia.

"Pengundi tersebut terkejut kerana tak pernah buat permohonan penukaran malah alamatnya masih sama," jelas Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu.

Ekoran itu, kata Haniza, KEADILAN Taman Medan akan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat pemindahan tersebut.
"Kita akan buat laporan polis dan minta mereka siasat. Perkara ini sudah dijangka berlaku seperti di Lembah Pantai. Kita juga tak terkejut jika lebih banyak lagi kes seperti itu," katanya bimbang akan ada 'orang lain' yang mengundi untuk mangsa terlibat.

Daripada: Keadilan Daily

http://www.keadilandaily.com/?p=48984


MENTERI KEWANGAN DIDESAK MENGHENTIKAN PENJUALAN CTRM KEPADA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

Posted: 01 Apr 2013 10:40 PM PDT

HENTIKAN PENSWASTAAN PINTU BELAKANG GLC KEPADA TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

Berikut disertakan surat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Incorporated atau MKD) bertarikh 30 Ogos 2012 kepada YBhg Datuk Wira Syed Ali Tan Sri Syed Abbas Alhabshee, Pengerusi Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM).

Surat itu menyampaikan keputusan MKD bertarikh 24 Ogos 2012 untuk melupuskan pegangan ekuiti sebanyak 96.8% di dalam CTRM kepada DRB-HICOM Defense Technologies Sdn Bhd, salah satu syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

CTRM adalah syarikat Malaysia yang paling terkedepan dalam bidang pembuatan dan teknologi penerbangan (aerospace). Jumlah kontraknya dengan syarikat-syarikat penerbangan dan aerospace terkemuka dunia adalah berjumlah RM8.26 bilion di antara tempoh 2012 hingga 2017. Portfolio pelanggannya termasuklah syarikat-syarikat terbesar di dunia seperti Airbus, Eurocopter, Spirit UK dan Goodrich.

CTRM juga adalah salah sebuah syarikat milik kerajaan yang mempamerkan prestasi kewangan yang membanggakan, dengan keuntungan di peringkat kumpulan berjumlah RM13 juta (2010) dan RM11 juta (2011). Perolehan kumpulan CTRM juga meningkat dari RM256 juta (2010) kepada RM293 juta (2011).

Prestasi yang baik ini telah dipamerkan secara konsisten sejak lima tahun yang lalu.

Setelah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan oleh whistleblowers pihak kami berpuas hati bahawa cubaan untuk menswastakan CTRM kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ini dibuat dengan melanggar prosedur dan mengenepikan kebajikan kakitangan CTRM.

Dikhuatiri ini juga sebahagian daripada proses pelupusan syarikat-syarikat milik kerajaan yang berprestasi baik (dengan kontrak yang dijamin dalam tempoh yang panjang di masa hadapan) kepada kroni sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak. Jika ini berterusan, banyak syarikat-syarikat yang berprestasi dan mempunyai aset besar dipindahmilik tanpa pengetahuan awam.

Sewajarnya sebarang proses penswastaan syarikat milik kerajaan perlu melalui proses tender terbuka dan mengambil kira pandangan pengurusan dan pekerja, lebih-lebih lagi yang melibatkan CTRM kerana ia dibina di atas keringat tenaga kerja professional tempatan yang bertungkus lumus menaikkan imejnya selama ini.

Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan didesak menghentikan penjualan ini serta-merta. Ketua Pemuda Umno, Saudara Khairy Jamaluddin juga dicabar untuk berani bersuara membela nasib kakitangan professional CTRM yang rata-ratanya professional Bumiputra dengan turut sama mendesak supaya urusniaga ini dihentikan.

 

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
8 MAC 2013

 

Surat MOF kepada CTRM bertarikh 30 Ogos 2012

Surat MOF kepada CTRM bertarikh 30 Ogos 2012


Tiada ulasan: