Anwar Ibrahim |
- Anwar Umum 4 calon Parlimen Johor, Jen (B) Hashim Tanding JB
- Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak
- Graffiti Anwar dalam klip video kumpulan Exist ‘Pasti Kau Ingin’
Anwar Umum 4 calon Parlimen Johor, Jen (B) Hashim Tanding JB Posted: 02 Apr 2013 10:37 AM PDT Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Bahru pada PRU 13. Pengumuman itu dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee di sini, malam tadi. "Kita ada seorang tokoh Melayu yang cukup wibawa, seorang jeneral empat bintang yang kita akan tawarkan sebagai calon Parlimen Johor Bahru," katanya disambut sorakan. Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Hashim yang juga anak kelahiran Johor adalah seorang panglima yang besar jasanya kepada negara. "Beliau Panglima Tentera Darat, jaga tentera darat dari Perlis hingga Sabah. Lahir di Johor dan pernah jadi Commander in Charge di Kem (tentera) Majidee. "Beliau pernah bawa tentera kita untuk jaga nama baik Malaysia di Bosnia. Ini pahlawan sebenar anak Melayu Johor," katanya. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam tentera, Anwar berkata, Md Hashim dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan sebelum menyertai KEADILAN 6 Mac lalu. Selain itu, tiga lagi calon KEADILAN kerusi Parlimen di Johor turut diumum Anwar. Mereka ialah Steven Chong Siaw, seorang akauntan bertauliah dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) untuk bertanding di Parlimen Tebrau. Selain itu, Parlimen Muar diwakili lulusan London Institute of Public Relations, Mohd Hizwan Ahmad yang juga seorang reformasi yang komited dalam perjuangan sejak dulu. Parlimen Batu Pahat pula diwakili Datuk Idris Jauzi, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki, selain aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). |
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak Posted: 02 Apr 2013 02:57 AM PDT 4 April 2013 (Khamis) 1) 8.30-12.00 mlm–Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat Lokasi: Bilik Gerakan PKR DUN Kota Tampan, 2) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Lokasi: Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor, 3) Barisan Penceramah: i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim |
Graffiti Anwar dalam klip video kumpulan Exist ‘Pasti Kau Ingin’ Posted: 01 Apr 2013 09:34 PM PDT KUALA LUMPUR 2 APRIL: Lagu 'Pasti Kau Ingin" dendangan kumpulan Exist ciptaan Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh ditonton melalui Youtube. Dalam masa kurang 12 jam dimuat naik , video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan dikongsi semula di facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan jumlahnya terus meningkat. Video berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang kelihatan tertekan. Difahamkan, video klip itu adalah arahan Johan, pengendali laman facebook 'Malaysian Gags' dan diterbitkan Eddie Putra, penyelaras informasi pejabat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di babak akhir video menunjukkan seorang anak muda di jalanan menyembur spray ke dinding menggunakan kaedah 'stensil' dengan paparan imej Anwar Ibrahim dan perkataan 'We Want, We Need' (Kami Mahu, Kami Perlu). Meskipun sekadar bermodalkan RM3,000 sahaja, namun video berkenaan berjaya dihasilkan dengan kualiti definisi tinggi (HD), selain memiliki nilai kreativiti menarik. Video klip 'Pasti Kau Ingin" boleh dilayari DI SINI. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan