Jumaat, 19 April 2013

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


KEKALKAN SELANGOR, UBAH PUTRAJAYA !!!

Posted: 19 Apr 2013 04:20 AM PDT


Muka baru mantapkan kepimpinan Pakatan Selangor



SHAH ALAM: Pakatan Rakyat Selangor menampilkan ramai muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan juga kawasan Parlimen bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Penampilan muka baru ini turut melibatkan perubahan kawasan yang bertanding yang melibatkan calon dari PAS, PKR serta DAP.

Senarai tersebut diumumkan ketika program pengistiharan calon PRU13 dan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam.

Daripada senarai tersebut dua orang exco dalam kerajaan sementara Selangor yang mewakili DAP tidak disenaraikan iaitu Teresa Kok dan Ronnie Liu yang bertanding di Dun Kinrara dan Pandamaran sebelum ini.

Percaturan menampilkan muka-muka baru ini adalah bagi memantapkan lagi kepimpinan dan kebertanggungjawaban terhadap penduduk Selangor pada masa yang akan datang, tinjauan mendapati rata-rata rakyat Selangor berkeyakinan dengan penampilan muka baru yang dapat memberi perubahan serta keyakinan rakyat untuk terus memilih Pakatan Rakyat memerintah bagi penggal kedua.

Antara kerusi yang menjadi tumpuan pada PRU13 nanti melibatkan kerusi Shah Alam yang diwakili Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad yang akan menentang calon BN, Datuk Zulkifli Noordin yang sebelum ini menjadi calon Bebas setelah keluar dari PKR. 

Selain itu juga Parlimen Sepang turut dilihat sebagai kerusi panas apabila PAS meletakkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin yang dipindahkan dari kerusi Parlimen Tanjung Karang, yang akan menentang Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed dari BN.

Bagi kerusi PKR, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari yang pertama kali turun sebagai calon akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam yang bertemu dengan Mohd Fasiah Mohd Fakeh dari BN.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang bertanding di Parlimen Pandan juga menjadi kerusi tumpuan apabila menentang calon BN, Gary Lim Chin Yee yang sebelum ini kerusi tersebut disandang oleh Datuk Ong Tee Keat (BN), namun beliau tidak dicalonkan untuk PRU13. 

Menurut sumber-sumber mengatakan Ong Tee Keat akan bertanding di atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu kerusi tumpuan juga turut melibatkan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid ibrahim yang berpindah dari Ijok dan bertanding di Pelabuhan Klang bagi merampas kembali kerusi calon Bebas, yang kali ini bertembung dengan Datut Nasaruddin Md Zin dari BN.

PAS menampilkan muka baru di antaranya, Wahid Rais (Dun Sungai Air Tawar), Muhamad Idris Ahmad (Dun Hulu Bernam), Mohamad Judi Sarjo (Dun Sungai Burong),  Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim (Dun Jeram), Zaidy Abdul Talib (Dun Taman Tampler), Hasbullah Mohd Ridzuan (Dun Gombak Setia), Razaly Hassan (Dun Dusun Tua), Mohd Shafie Ngah (Dun Bangi), Noor Hanim Ismail (Dun Sri Serdang) dan Mohd Khairuddin Othman (Dun Paya Jaras), 

Sementara itu, DAP banyak memperkenal muka baharu di peringkat Dun iaitu Tiew Way Keng (Dun Teratai), R. Rajiv (Dun Bukit Gasing), Ng Tien Chee (Dun Balakong), Yeo Bee Yin (Dun Damansara Utama), V.Ganabatirau (Dun Kota Alam Shah) dan Loh Chee Heng (Dun Teluk Datuk)

PKR pula memperkenal calon baru di peringkat Dun seperti Borhan Aman Shah (Dun Dengkil), Lee Chin Cheh Dun (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Dun Sementa), Hamidi A Hassan (Dun Semenyih), Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (dun Kuang), K.Ramachandran (Dun Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Dun Ijok). 

DAYANGKU INTAN VS AZALINA OTHMAN @ PARLIMEN PENGERANG

Posted: 19 Apr 2013 04:08 AM PDT

PENGERANG - Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said. Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang setelah menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam. 

Tiada ulasan: