Anak Muda Kampung Nak Senang |
DUN Kota bukan DUN tumpuan untuk PAS menang di N.Sembilan Posted: 18 Apr 2013 11:48 PM PDT DUN Kota dalam Parlimen Rembau sejak beberapa pilihanraya yang lau telah ditandingi oleh PAS. Prestasi PAS di DUN Kota dalam beberapa siri pilihanraya sebelum ini adalah antara yang paling lemah di Negeri Sembilan. Pernah beberapa kali calon PAS di DUN Kota hilang deposit pilihanraya. Malahan dalam Pilihanraya Umum ke 13 tahun 2013 ini pun, DUN Kota bukanlah termasuk dalam DUN tumpuan untuk PAS menang di sini. Ianya boleh dikatakan DUN yang paling selamat untuk Umno bukan sahaja di Rembau , malahan di Negeri Sembilan. Namun begitu, ianya tidak melunturkan semangat ahli, petugas dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di DUN ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam kempen PRU-13 kali ini. Walaupun mereka tahu DUN ini bukan DUN tumpuan, walaupun sukar untuk mendapat penceramah peringkat pusat, baik dari PAS dan PKR untuk berceramah di sini, namun para ahli dan penyokong di kawasan ini yang terdiri dari orang kampung, bekerja kampung, penoreh getah, pemanjat petai, menebas kebun, anak muda yang tiada pekerjaan tetap sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menggerakkan bilik gerakan mereka sendiri. DUN Kota mempunyai 15 pusat mengundi, antara yang terbanyak di N.Sembilan. Dalam pilihanraya yang lalu PAS dan Pakatan Rakyat gagal menubuhkan Bilik Gerakan di banyak tempat mengundi. Namun kali ini beberapa Bilik Gerakan yang aktif berjaya digerakkan antaranya di Titian Bintangor, Penajuh, Legong Ulu, Kendong, Chengkau Ulu dan Selemak. Mereka inginkan perubahan di kawasan mereka, walaupun peluang untuk PAS menang di sini terlalu tipis. Apa yang mereka harapkan ialah dengan sedikit usaha ini, akan menjadi contoh untuk DUN-DUN harapan yang sepatutnya menang di lain-lain tempat di Negeri Sembilan ini agar bekerja lebih kuat dari mereka, berkorban wang ringgit, tenaga dan masa lebih banyak dari mereka. Mereka tidak mengharapkan wang ringgit dan tenaga dari luar DUN , walaupun ianya amat dialu-alukan. Apa yang mereka harapkan ialah doa dari para pencinta kebenaran dan keadilan di seluruh dunia, jika ada sedikit harapan untuk PAS menang di DUN Kota ini, agar Allah membantu mereka ini. Mereka yang ingin membantu petugas Pakatan Rakyat di DUN Kota dari jauh, bolehlah melayari laman web PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.comdengan memberikan komen-komen dan kata-kata semangat di beberapa artikel di laman web tersebut. |
Kebangkitan luar biasa rakyat di DUN Kota Posted: 18 Apr 2013 04:22 PM PDT Rembau 18 Apr 2013 – Walaupun DUN Kota dalam Parlimen Rembau , PAS tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi DUN ini kerana jumlah majoriti BN yang menang sebelum ini hampir 4000 undi, namun kebangkitan rakyat di DUN Kota pada akhir-akhir adalah cukup luar biasa dan di luar jangkaan. Ceramah yang diadakan di Bilik Gerakan Pekan Chengkau pada malam ini hanyalah ceramah kelompok, namun kehadiran pendengar dan penonton yang hadir adalah lebih ramai dari ceramah umum yang diadakan di sini sebelum ini. Walaupun penceramah yang hadir pada malam ini bukanlah ceramah terkenal peringkat pusat, namun ianya tidak menghalang penduduk setempat untuk mendengar isu-isu yang dikupas oleh pemimpin Pakatan Rakyat setempat. Antara yang hadir memberikan ceramah ialah Imam Haji Hoslan Hussein yang merupakan graduan Penjara Kajang, Hj Ghazali Mohd Shom calon PAS DUN Kota, Hj Kamarul Ridzuan Mohd Zain calon PAS DUN Chembong, Yusuf Tapar – Pemangku Cabang PKR Rembau dan Rozmal Malakan – Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau. Lebih menambahkan lagi semangat para hadiri ialah apabila kelihatan ramai anak-anak muda menjadi petugas di UPU Pekan Chengkau ini. Lagi gambar-gambar sekitar program di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/kebangkitan-luar-biasa-rakyat-di-dun.html |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan