Jumaat, 22 Mac 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Tan Sri lawan Tan Sri di Johor Bahru?

Posted: 21 Mar 2013 11:38 PM PDT


Selepas mengumumkan tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah Isnin lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan calon yang akan bertanding di kerusi Johor Bahru pada pilihan raya umum ke-13.

Pengumuman itu dijadual dibuat oleh Anwar yang juga ketua pembangkang esok di Johor Bahru.

azlan
Desas desus kini bertiup kencang apabila bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein - yang baru menyertai PKR pada 6 Mac lalu - dikatakan akan bertanding di kerusi itu.

Md Hashim dijangka bertanding menentang penyandangnya Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Johor Bahru merupakan kubu kuat Shahrir sejak sekian lama dan beliau pernah bertanding atas tiket bebas dan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil akhir 1980-an.

Pada pilihan raya umum 2008, Shahrir - tokoh Umno yang berpengalaman dan pernah menjadi menteri kabinet - menewaskan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi.

Sementara itu sumber-sumber memberitahu Malaysiakini beberapa lagi tokoh baru dalam PKR disebut-sebut akan bertanding kerusi parlimen di negeri selatan Semananjung Malaysia itu.

'Payung terjun' di Batu Pahat

Dikatakan seorang lagi bekas panglima tentera darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid disebut-sebut akan bertanding di kerusi Pasir Gudang. Manakala menurut satu lagi sumber, kedudukannya bertanding di situ masih belum dimuktamadkan.

Pasir Gudang diwakili Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin. Beliau menang dengan majoriti 17,281 undi menentang calon PKR Md Rizan Mohd Saman.

Lebih mengejutkan apabila nama naib presiden NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan bekas pemimpin Abim, Datuk Idris Jauzi turut disebut-sebut untuk bertanding di Batu Pahat.

NONE
Bagaimanapun, hal tersebut dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong ketua cabang PKR Batu Pahat Syed Hamid Ali - adik kepada bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali.

Mereka mewujudkan laman sosial Facebook menyokong Syed Hamid sebagai calon PKR di parlimen itu dan menolak calon "payung terjun" yang didakwa bergelar "dato".

"Bertahun-tahun Pak Habib buat kerja, sekarang orang lain pula mahu kutip hasilnya. Calon 'payung terjun' ini ialah seorang "dato" yang mengaku dirinya sebagai calon PKR Parlimen Batu Pahat.

"Kononnya Syed Hamid Ali (Ketua Cabang PKR Batu Pahat) telah setuju beri laluan kepadanya! Satu lagi pembohongan!" poster itu dipetik.

Chua Jui Meng disebut lwn Subra

Pada pilihan raya umum lalu, Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi menang dengan majoriti 12,968 menentang calon PKR Muhammad Abdullah.

NONE
Sementara itu, sumber juga memberitahu nasib Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Datuk Seri Chua Jui Meng turut akan bertanding di Johor tetapi tidak dapat dipastikan kerusi parlimen mana.

Khabar angin menyebut beliau yang juga bekas menteri kesihatan akan bertanding di parlimen Segamat yang kini diwakili oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam. Beliau menang dengan majoriti 2,991 menentang calon DAP Pang Hok Liong.

Sebelum ini Anwar telah mengumumkan beberapa tokoh PKR yang akan bertanding termasuk Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution di Kulim Bandar Baharu, Naib Presiden N Surendran (Padang Serai) dan Pengerusi PKR Perak Datuk Mohd Nor Manuty di Bagan Serai.

Campur tangan BN jejas tugas polis – bekas Pengarah SB Sabah

Posted: 21 Mar 2013 11:35 PM PDT


KUALA LUMPUR 22 MAC: Campur tangan politik pemimpin Umno BN antara punca polis gagal menangani isu keselamatan dan membendung jenayah, kata bekas Pengarah Cawangan Khas (SB) Sabah, Yusuf Barji.
"SB adalah jabatan yang menjalankan tugas secara rahsia demi keselamatan negara meliputi aspek ekonomi, ancaman dalam dan luar.
"Tapi sejak dikawal Majlis Keselamatan Negara (MKM) yang terletak dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM), ia menjadi lemah dan ditindas.
"Ia memecah belah dan mengurangkan kuasa polis. MKM menyebabkan tugas polis terarah kepada lawan politik, bukan lagi isu keselamatan negara dan rakyat," katanya.
polis rogol
Beliau berkata demikian depan kira-kira 1,000 penduduk yang hadir forum bertajuk 'Bicara Keselamatan dan Kedaulatan Negara: Lahad Datu' di Dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang, malam tadi.

Yusuf berkata, kawalan MKM menyebabkan moral anggota polis tergugat berikutan MKM tidak ada kepakaran tapi dibiar menguasai jabatan SB.
Katanya, perbuatan menjadikan SB sebagai medium kepentingan pihak tertentu dalam BN  membawa kerosakan kepada reputasi polis.
Secara lantang, beliau mahu peranan sebenar polis dikembalikan supaya keyakinan rakyat dapat dipulihkan.
"Kita mahu peranan polis seperti dulu. Dulu polis sangat rapat dengan rakyat. Sampaikan kalau sesiapa jumpa anggota polis, mereka panggil 'datuk'.
"Situasi itu kita kena wujudkan semula dengan polis diberi kuasa penuh menjalankan kerja, bukan ikut arahan pemimpin politik," katanya.
Menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Yusuf yakin institusi kepolisan hanya dapat dipulihkan melalui pertukaran kerajaan.
"Ini kerja Mahathir. Semasa era beliau, banyak kuasa polis diambil dan diberi kepada jabatan lain demi kepentingan peribadi," katanya.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48013

Anwar umum 5 calon KEADILAN tanding kerusi Parlimen Sarawak

Posted: 21 Mar 2013 11:31 PM PDT


KUALA LUMPUR 21 MAC: Lima calon KEADILAN diisytihar akan bertanding kerusi Parlimen Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Mereka adalah Baru Bian mewakili Parlimen Limbang, Ali Biju (Saratok), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Abun Sui Anyit (Hulu Rajang) dan Roland Engan (Baram).
DSAI 2
Pengumuman itu dibuat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti semalam.

Antara calon yang hadir pada sidang media pengumuman itu, Baru dan Ali, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, See Chee How.
Menurut Anwar, kawasan terbabit yang diputuskan KEADILAN setakat ini tiada pertindihan dengan PAS dan DAP.
Baru yang merupakan Adun Ba'kelalan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 adalah Pengerusi KEADILAN Sarawak.
Beliau adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga pernah bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006.
Baru juga terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat pribumi (NCR).
Ali pula Timbalan Pengerusi Negeri dan Adun Kerian selepas memenangi kerusi tersebut, juga pada PRN 2011.
Sementara Abun adalah tokoh yang konsisten memperjuangkan hak tanah adat bagi rakyat Sarawak. Beliau mula dikenali selepas membela rakyat yang tertindas akibat pembinaan empangan Bakun.
Manakala Roland ialah peguam yang aktif berkhidmat mewakili penduduk Baram, antaranya berhubung pembinaan empangan Baram yang mengganggu kehidupan mereka.
Abang Zulkifli yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri sebelum ini menyuarakan isu petani miskin di Sebangan yang terjejas ekoran kelembapan kerajaan membaiki tambak menyebabkan air laut masuk merosakkan tanaman.
Bekas Setiausaha KEADILAN Negeri itu pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas pada PRN 2011. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47973

Kerajaan Negeri Sembilan haram selepas 26 Mac – Dr Aziz Bari

Posted: 21 Mar 2013 11:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 22 Mac: Kerajaan Negeri Sembilan akan menjadi kerajaan haram jika ia terus beroperasi selepas 26 Mac, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri pada tarikh tersebut jika tiada  pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.
"Sekiranya kerajaan Negeri Sembilan terus beroperasi selepas Selasa, 26 Mac ini, kita boleh katakan yang ia haram. Ini kerana pada tarikh itu DUN Negeri Sembilan bubar secara automatik.
"Dalam sistem demokrasi berparlimen – atau Westminster – hayat kerajaan bergantung kepada dewan. Bila dewan bubar kerajaan pun ikut bubar.
"Sebuah kerajaan sementara (caretaker government) perlu dilantik oleh Yam Tuan Besar. Menteri Besar (MB) yang ada boleh dilantik sebagai MB sementara," katanya kepada Keadilan Daily.
Untuk rekod, sidang pertama Dewan Rakyat adalah pada 28 April 2008, manakala sidang DUN pertama pula bermula dengan Negeri Sembilan iaitu pada 26 Mac dan diikuti DUN-DUN lain pada bulan April 2008.
Menurut Aziz, adalah tidak bermoral bagi kerajaan negeri atau pusat terus berkuasa kerana ia telah melebihi tarikh 8 Mac, iaitu melepasi tempoh mandat lima tahun yang diberikan sejak pilihan raya umum (PRU) 2008.
"Kalau dulu taklah menonjol sangat sebab dewan (Dewan Rakyat dan DUN) dibubar sebelum 5 tahun. Sekurang-kurangnya adalah hujah moral untuk tidak melantik kerajaan sementara secara formal,
"Tetapi sekarang ini lain, tarikh 8 Mac sudah jauh ditinggalkan. Tempat berpijak yang ada hanyalah tarikh dewan bersidang buat kali pertama selepas PRU yang lalu. Kalau tarikh yang itu pun sudah luput, apalagi alasan untuk kerajaan ini berada di situ dan menggunakan kemudahan serta wang rakyat," katanya.
Justeru katanya, kerajaan sementara yang dilantik di Negeri Sembilan selepas 26 Mac perlu melaksanakan prinsip tersebut dengan menjalankan fungsi terhad sebagai sebuah kerajaan.
Ia katanya, termasuk tidak  membuat sebarang keputusan kritikal seperti meluluskan tanah, projek kerajaan atau menyampaikan bantuan kerajaan.
"Kerajaan sementara ini sekadar buat kerja rutin dan tak boleh buat inisiatif penting. Guna kemudahan awam lagilah tak boleh. Naikkan gaji pun menimbulkan persoalan," ujarnya.
Menyifatkan tempoh yang ada pada kerajaan ibarat 'simpanan petrol' dalam tangki minyak sebuah kereta, Aziz menggesa  parlimen segera dibubar agar mandat baru diberikan oleh rakyat.
"Tarikh 26 Mac itu – atau 28 April dalam konteks Dewan Rakyat – ibarat petrol reserve.
"Maknanya kalau minyak habis, kereta kena berhenti dan isi minyak. Isi minyak di sini bermaksud bubar dewan dan adakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat atau autoriti baru dari rakyat," kata Aziz.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48039

Semakan daftar pemilih buktikan Papagomo pengundi hantu

Posted: 21 Mar 2013 10:57 PM PDT


PETALING JAYA 22 MAC: Pemilik blog Papagomo yang kerap memapar kandungan berunsur fitnah dan lucah sebelum disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, didedah hari ini merupakan pengundi hantu berdasarkan bukti senarai daftar pemilih yang disemak KEADILAN.
Pendedahan terbaru ini dibuat Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti, di sini pagi tadi.
Berikut kenyataan penuh pendedahan tersebut:
Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.
Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.
(Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di SINI, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM)
Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.
Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR.
hantu
Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.

Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.
Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.
Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:
Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:
F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:
SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor

Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?
Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.
Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48061

Projek IC: Dr M pembohong besar! – Bekas Ketua Daerah Sandakan

Posted: 21 Mar 2013 10:55 PM PDT

KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pegawai kerajaan menjual kad pengenalan (IC) untuk kepentingan diri. 

"Dr Mahathir pembohong besar," kata Hassnar membidas kenyataan Mahathir seperti dilapor Bernama dalam program 'Bicara Minda di Papar, Sabah 17 Mac lalu. Mahathir dilaporkan berkata, rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan dilakukan pegawai kerajaan atas kepentingan individu. 

Tegas Hassnar, projek IC adalah dalam pengetahuan Mahathir yang tidak selesa dengan pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) antara tahun 1990 dengan 1994. 

Malah kata Hassnar, dirinya menjadi 'bahan tawaran' antara Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan dengan pentadbiran di Kuala Lumpur yang ketika itu berniat untuk menyertai semula Barisan Nasional. "Salah satu syarat (rundingan), Joseph minta saya dimasukkan ke dalam penjara," kata Hassnar. Tegasnya, sekiranya Dr Mahathir memikirkan bahawa projek tersebut sebagai satu kesalahan, dokumen IC tersebut perlu ditarik balik. 

"Tapi ada kita pernah dengar IC yang dikatakan dijual yang kononnya tidak sepatutnya dikeluarkan kepada individu yang diimport dari luar ditarik? Tidak ada!" tegas Hassnar. 

Beliau berkata demikian pada Forum 'Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. – SDQ 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47750

Tiada ulasan: