Anak Muda Kampung Nak Senang |
Graduan Pendidikan 2011, Kementerian Pelajaran abaikan Posted: 21 Mar 2013 09:19 PM PDT Dari laman web aduanrakyat.com.my 22 Mac 2013 Salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia; Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat tidak adil apabila KPM hanya menguruskan graduan pendidikan IPTA keluaran 2012 sahaja untuk sessi temuduga guru dan pengambilan guru. KPM lansung tidak memberi perhatian kepada nasib graduan pendidikan yang berlambak menganggur di luar sana. Atas alasan KPM tidak ada kekosongan jawatan guru. Tetapi persoalannya, mengapa masih membuka sessi temuduga guru untuk graduan 2012. Dasar kerajaan yang sering berubah-ubah amat menyusahkan graduan pendidikan yang menganggur untuk sekian lama. Matlamat untuk memantapkan sistem pendidikan konon, tetapi pada masa yang mengehadkan atau membekukan pengambilan guru bagi graduan 2010 -2011. Pengurusan apa semacam ni. Untuk pengetahuan KPM; berikut adalah graduan pendidikan yang masih menganggur. Nasib graduan yang tidak pernah diambil perhatian oleh KPM. Tidak pernah menerima panggilan sessi temuduga guru apatah lagi menerima penempatan. Sudah menganggur 2 tahun. Graduan Pendidikan IPTA (TESL) , Mei 2011 , UiTM Cawangan Sabah Graduan Pendidikan IPTA (Matematik) , November 2011, UMS Sabah Mohon KPM ambil tindakan segera dan bertindak adil untuk graduan pendidikan yang tercicir. By: Lee Tze |
Posted: 21 Mar 2013 09:19 PM PDT |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan