PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- 13 tahun risikan tentera diguna untuk politik – Lt Jen (B) Ghafir
- Konflik Lahad Datu berlanjutan akibat campur tangan BN – Lt Jen (B) Ghafir
- Negara tidak bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah – Musa Hitam
13 tahun risikan tentera diguna untuk politik – Lt Jen (B) Ghafir Posted: 13 Mar 2013 02:13 AM PDT PETALING JAYA 13 MAC: Risikan tentera yang lemah dan diguna untuk matlamat politik menyebabkan musuh menceroboh perairan dan membolos masuk ke dalam negara, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid. Beliau mendedahkan, mulai tahun 2000, aset dan keupayaan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) cenderung digunakan untuk operasi politik. "Selama 13 tahun mereka hilang kepakaran dan aset untuk melaksanakan tugas utama untuk merisik. Sepatutnya kita boleh menjangka apa yang bakal berlaku dengan risikan yang baik. "Dalam BSPP ada bahagian yang mengendali risikan luar. Mereka ini sepatutnya mengumpul maklumat dan analisis risikan. Itu kerja utama mereka. Tugas pemikiran politik bukan kerja mereka. "Sumber maklumat yang diproses untuk perisikan. Ini yang akan kita gunakan untuk memberi pilihan berhubung tindakan yang akan diambil. Bukannya musuh dah sampai ke darat baru nak ambil tindakan. Ini sangat deactive (lambat)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini. Beliau merujuk isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini. Ghafir mempertikai alasan kerajaan kononnya tentera tidak boleh dilibatkan dalam operasi keselamatan kerana perlu mematuhi Konvensyen Gineva 1949 dalam menangani insiden Lahad Datu. "Bila ini berlaku, (bagaimana kerajaan) ubah pula dengan menggunakan angkatan tentera dengan konvensyen yang sama?" soalnya. "Mereka (penceroboh) datang untuk mengambil tanah wilayah kita dan mengancam nyawa rakyat," kata Ghafir menjelaskan definisi pencerobohan adalah termasuk atas tujuan kepentingan ekonomi. – NS Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47208 |
Konflik Lahad Datu berlanjutan akibat campur tangan BN – Lt Jen (B) Ghafir Posted: 13 Mar 2013 01:11 AM PDT KUALA LUMPUR 13 MAC: Pasukan keselamatan negara gagal menyelesaikan konflik di Lahad Datu, Sabah dalam masa singkat ekoran campur tangan politik kerajaan BN, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid. Beliau menganggap Ops Daulat secara keseluruhan gagal menentang penceroboh kerana tumpuan operasi terganggu dengan matlamat politik. "Terlalu banyak objektif politik, (contohnya) nak 'tangkap' Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu politik yang dibawa menyebabkan tentera tidak jelas dengan objektif operasi mereka. "Jadi saya rasa (ia punca) operasi keselamatan 'gagal sepenuhnya' sejak hari pertama," katanya pada Forum 'Solidariti Lahad Datu' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. Beliau merujuk tuduhan media kawalan Umno BN mengaitkan Ketua Umum KEADILAN itu dengan pencerobohan pengganas Sulu, di Sabah. Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu. Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban dan 57 penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini. Dalam pada itu, Ghafir yakin isu keganasan tentera kesultanan Sulu di Lahad Datu tidak akan berpanjangan, sehingga menyebabkan pilihan raya umum ditangguh. Katanya, sejumlah 200 pengganas Sulu tidak akan dapat menandingi kekuatan pasukan keselamatan negara. "Ia tidak akan jadi operasi yang berpanjangan dan menjejaskan PRU. "Pilihan raya patut diteruskan. Tiba masa itu, tentera dan polis sudah (berjaya) laksanakan misi mereka," kata Ghafir. Sambung beliau, tentera Malaysia berpotensi untuk menjadi pasukan keselamatan terbaik di di Asia Tenggara jika setiap peruntukan digunakan dengan telus. "Saya dah cakap berulang kali mengenai peruntukan yang banyak hilang di tengah jalan. Kalau kita guna dengan efektif, kita boleh jadi tentera paling canggih di rantau ini. "(Tetapi) saya tak nak ulas panjang. Anda boleh pergi ke Kementerian Pertahanan dan tanya Ketua Setiausaha sendiri," sinisnya. Forum anjuran Akademi Pak Sako itu dimudahcara Exco Pemuda KEADILAN, Dr Afif Bahardin. Panelis lain terlibat adalah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing |
Negara tidak bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah – Musa Hitam Posted: 13 Mar 2013 01:08 AM PDT KUALA LUMPUR 13 MAC: Negara tidak akan bankrap jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara, kata Tun Musa Hitam. Tegas bekas Timbalan Perdana Menteri itu, tidak adil jika menganggap negara akan bankrap di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Menurutnya, jika Pakatan mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik. Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur. "Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya. "Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan buat ekonomi bankrap," kata Musa dipetik Sinar Harian. Musa berkata demikian pada sidang media semalam ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika Pakatan mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47198 |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan