Rabu, 13 Mac 2013

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


TIDAK ADIL ANGGAP NEGARA AKAN BANGKRUP JIKA PR AMBILALEH NEGARA ~ MUSA HITAM

Posted: 12 Mar 2013 10:09 PM PDT

Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.
Menurutnya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," katanya dalam sidang media, semalam.

Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika PR mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau menegaskan, pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mahu terus kekal sebagai pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

"Ini harapan mereka, itu sebab mereka masuk pilihan raya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda tidak akan kata pihak yang lain akan membuat negara bankrap," katanya.

Tiada ulasan: