Isnin, 4 Mac 2013

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Program Bantuan Cermin Mata DUN Batu Maung

Posted: 04 Mar 2013 01:44 AM PST

Program Bantuan Cermin Mata DUN Batu Maung telah disampaikan oleh YB Dato' Hj Abdul Malik Kassim di Bilik Gerakan PPS Permatang Damar Laut. turut hadir bersama-sama adalah pemimpin JKKK kawasan. Seramai 52 Penerima bantuan yang datang dari seluruh DUN Batu Maung melibatkan pelbagai lapisan generasi dari kanak-kanak hingga ke peringkat warga emas yang mempunyai masalah rabun mata telah menerima bantuan tersebut. Program telah diadakan pada 2 mac 2013 jam 5.00 petang. YB Dato' bergegas datang ke program selepas bersama-sama YAB Ketua Menteri menziarahi mayat 2 orang anggota polis yang terkorban dalam Ops Sulu di Sabah. Dalam lawatan YAB Ketua Menteri telah bersetuju untuk memberi wang saguhati kepada anggota keluarga yang terlibat dalam peristiwa tersebut.
















Tiada ulasan: