Anwar Ibrahim |
- Sulu Sultanate denies links with Malaysian Opposition
- [VIDEO] Anwar Gives Utusan, TV3 24-hour Ultimatum to Retract Sabah Stand-off Allegations
- Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kawasan Parlimen Ampang / Pandan
- [KENYATAAN MEDIA] Dato’ Seri Najib Razak Sewajarnya Menumpukan Usaha Memastikan Kedaulatan Wilayah Negara, Keselamatan Rakyat Sabah dan Anggota Pasukan Keselamatan
Sulu Sultanate denies links with Malaysian Opposition Posted: 04 Mar 2013 05:49 PM PST MANILA, Philippines — The Sulu Sultanate denied claims by the Malaysian government that the political opposition there had helped stoke the Sabah crisis. "We are not connected to the Malaysian opposition; we have not talked to any of them," Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram III said, www.interaksyon.com reported. She also brushed off President Benigno Aquino III's allegations "conspirators" funded the voyage of some 200 followers who went to Sabah to press its claim to the territory. The voyage was "KKB," short for "kaniya-kaniyang bayad," meaning everyone who went paid contributed towards expenses, Abraham Idjirani, spokesman of the sultanate, said at a press briefing Monday afternoon, The sultanate's briefing immediately followed that held in Malacanang by Aquino. She slammed Aquino's briefing, calling it full of "hypothetical analogy" and "speculative statements" to which they could not respond and dared Aquino to "name the conspirators" he claimed had abetted their follower's voyage to Sabah. |
[VIDEO] Anwar Gives Utusan, TV3 24-hour Ultimatum to Retract Sabah Stand-off Allegations Posted: 04 Mar 2013 02:05 AM PST |
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kawasan Parlimen Ampang / Pandan Posted: 04 Mar 2013 01:57 AM PST 5 Mac 2013 (Selasa) Masa : 9.00 – 12.00 malam Lokasi: Padang Tasik Tambahan Ampang Barisan Penceramah: 2) YB Azmin Ali 3) YB Zuraida Kamaruddin 4) YB Khalid Samad 5) YB Jenice Lee 6) YB Khassim Abdul Aziz 7) Brig. Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Khatab 8) YBhg Dr Surendren |
Posted: 03 Mar 2013 08:39 PM PST KENYATAAN MEDIA 4 MAC 2013 DATO' SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan. Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan. Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat. Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh. Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik. Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas. Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan. Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini. YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM YB DATO' SERI ABDUL HADI AWANG YB LIM KIT SIANG |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan