Anak Muda Kampung Nak Senang |
- CERAMAH UMUM
- Ceramah Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau
- Ceramah Jelajah DUN Paroi
- Warga asing protes di N.Sembilan, adakah Anwar akan dituduh lagi?
Posted: 11 Mar 2013 03:47 AM PDT |
Ceramah Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau Posted: 11 Mar 2013 03:46 AM PDT Tarikh : 23 Mac 2013 , Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : Bilik Gerakan UPU Kg Legong Ulu, Jln Kota-Astana Raja (Rumah peninggalan Undang Rembau ke 19, Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah) Penceramah : Zulkefly Mohamad Hj Omar (AJK PAS Pusat) Zulhazmi (Peguam Kempen Anti Saman Ekor - KASE) Hj Baharom Bakar (Penyelaras Parlimen Rembau - PKR) Hj Ghazali Mohd Shom (Penyelaras DUN Kota - PAS) Turut hadir : Yusuf Tapar (Pengarah 1 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Pemangku Ketua Cabang PKR Rembau) Rozmal Malakan (Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau) Semua dijemput hadir Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Izamri 013-2124086 (Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota) |
Posted: 10 Mar 2013 04:28 PM PDT |
Warga asing protes di N.Sembilan, adakah Anwar akan dituduh lagi? Posted: 10 Mar 2013 04:25 PM PDT Beberapa hari lalu berlaku rusuhan di sebuah kilang di Johor berkenaan isu gaji minima untuk pekerja asing. Kini pekerja asing di sebuah kilang di Negeri Sembilan pula mengadakan protes besar-besaran. Adakah Dato Seri Anwar Ibrahim akan dituduh menjadi dalang terhadap tindakan tidak puas hati pekerja asing seluruh Semenanjung Malaysia selepas ini? Adakah anggota keselamatan kita mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan di Semenanjung Malaysia memandangkan ramai anggota keselamatan telah dikerah ke Sabah? Warga asing protes kilang tak beri gaji minima 10 Mac 2013 NILAI – Kira-kira 1,000 pekerja warga asing sebuah kilang kain di kawasan perindustrian Nilai mengadakan piket di sini semalam, sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak pengurusan kilang yang tidak memberi mereka gaji minima. Difahamkan, pekerja warga asing terbabit mogok di hadapan kilang terbabit sejak awal jam 8 pagi kelmarin dan diteruskan sehingga ke hari ini (semalam). Mereka dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pengurusan kilang yang tidak memberikan mereka gaji minima memandangkan sebelum ini mereka hanya memperolehi RM600 sahaja dan meminta gaji minima sebanyak RM900 dipertimbangkan. Bagaimanapun, warga asing berkenaan mengadakan protes secara aman dan operasi kilang kain berkenaan berjalan seperti biasa yang dikendalikan oleh pekerja tempatan. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusof Awang berkata, tiada sebarang kes jenayah yang berlaku berikutan protes tersebut. "Namun, polis mengambil maklum berkenaan dengan perkara ini dan semuanya berada dalam keadaan terkawal," katanya. |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan