PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Toyota dijangka ambil alih kedudukan Proton
- Kenapa KWSP, KWAP beli saham FGVH ketika merosot?
- Ahli ekonomi ramal Pakatan menang PRU 13
Toyota dijangka ambil alih kedudukan Proton Posted: 11 Jan 2013 12:10 AM PST dipetik dari Malaysian Insider January 11, 2013 KUALA LUMPUR, 11 Jan — Pada satu ketika, empat daripada setiap lima kereta yang dijual di Malaysia adalah Proton, namun pengeluar kereta tempatan itu berkemungkinan jatuh ke tangga ketiga dari segi jualan dibelakang Toyota dan Perodua — pembuat kereta nasional kedua negara, yang menduduki kedudukan tinggi sejak lebih dari enam tahun. Sumber dalaman industri berkata kepada akhbar The Edge, dalam artikel yang disiarkan hari ini, penjualan Proton menurun pada Disember 2012, apabila hanya 17.7 peratus jualan, sedangkan Toyota menghampiri 17.1 peratus penjulan kereta penumpang di negara ini. "Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd) mendahului pasaran, sedangkan Proton sejak penghujung tahun lalu menduduki tangga kedua. Namun sekarang Toyota semakin menghampiri kedudukan Proton," kata sumber industri dipetik dari The Edge. Proton dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, melalui syarikatnya DRB-Hicom. Sumber tersebut berkata, penjualan Proton jatuh lebih 11 peratus kepada 140,000 units daripada 158,000 unit tahun sebelum ini, daripada sasaran syarikat itu sebanyak 200,000 unit. Kadar jualan hanya akan diumumkan dalam beberapa minggu, namun sumber industri itu berkata Toyota semakin hampir mengatasi kedudukan Proton dari segi jualan pada Disember. Proton diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1983 dan menjadi anak emas kepada polisi perindustrian beliau. Dr Mahathir menjadikan pembelian kereta Proton seolah patriotik, namun syarikat itu menunjukkan penurunan sejak beberapa dekad berikutan peningkatan liberalisasi dalam pasaran Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia merasakan mereka dipaksa membeli Proton pada harga yang murah dan lebih berkemampuan berbanding kereta asing yang dikenakan cukai yang terlalu tinggi. Menurut The Edge, tanpa model baru, Proton akan terus berada dalam tekanan tahun ini. Bagi tahun 2013 Proton hanya mengeluarkan satu model baru sahaja. |
Kenapa KWSP, KWAP beli saham FGVH ketika merosot? Posted: 11 Jan 2013 12:07 AM PST PETALING JAYA 11 Jan: KEADILAN mendesak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menjelaskan tindakan mereka membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) ketika majoriti penganalisis saham tidak menyarankan pembelian itu. Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen berkata, seawal 9 Ogos 2012 hingga 4 Januari 2013, pandangan majoriti pengalisis saham terhadap saham FGVH menjadi negatif dan harga sahamnya jatuh mendadak. "(Namun) KWSP terus tambah 46 juta saham kepada portfolionya, manakala KWAP tambah 10 juta saham. "Di samping itu, keseluruhan pembelian mereka dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP. Pembelian ini akibatkan anggaran kerugian atas kertas sebanyak RM40 juta (KWSP) dan RM35 juta (KWAP," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN. Justeru, katanya lagi, KWSP dan KWAP sebagai penjaga dana rakyat perlu beri penjelasan. "KEADILAN percaya penyumbang KWSP dan penjawat awam berhak untuk tahu sama ada pembelian saham FGV yang bertentangan dengan pandangan penganalisis bermotifkan politik. "KEADILAN menuntut KWSP dan KWAP jawab sama ada mereka pernah terima apa-apa arahan dari kerajaan atau ahli politik untuk membeli saham FGV," katanya lagi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42844 |
Ahli ekonomi ramal Pakatan menang PRU 13 Posted: 10 Jan 2013 08:23 PM PST dipetik dari Malaysian Insider TERKINI @ 11:18:42 AM 11-01-2013 January 11, 2013 KUALA LUMPUR, 11 Jan — Pakatan Rakyat (PR) akan menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 menurut perkiraan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin. Dalam laporan The Straits Times Singapura, perkiraan Azrul mendapati BN hanya mampu menang diantara 97 heingga 107 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan, tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan. Tetapi ini juga bermakna PR hanya menjadi kerajaan dengan majoriti tipis, jauh dari apa yang pernah dinikmati oleh BN satu masa dahulu. Penemuan ini dianggap paling mungkin dalam pembentangan dilakukan oleh jurubank itu di Regional Outlook Forum, Singapura semalam dengan mengambilkira faktor kaum dan demografi. Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindak balas secara "spontan" serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat. Beliau juga tidak menolak kemungkinan "sabotaj ekonomi" oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN. Kerajaan BN masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kemenangan melawan pembangkang paling tersusun pada PRU yang mesti diadakan selepas akhir April tahun ini. Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai pemberian yang memberikan manfaat dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang PRU. Ini termasuklah pemberian pusingan kedua RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah, pengembangan pemberian tersebut kepada golongan muda belum berkahwin berpendapatan bawah RM3,000 sebulan menerima sebanyak RM250. Awal minggu ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemberian tersebut dijadikan tetap dan dinaikkan kepada RM1,000 jika BN menang PRU. Bantuan lain termasuklah voucher buku RM500 dan rebat untuk telefon pintar sebanyak RM250 bagi pelajar. Populariti Najib jatuh dua mata peratusan dari 65 peratus pada November kepada 63 peratus baru-baru ini dalam tinjauan terbaru oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center. Pusingan sebelumnya pemberian BR1M telah meningkatkan sokongan untuk Najib, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah yang merupakan penerima utama. Tetapi "Himpunan Kebangkitan Rakyat" yang disokong PR esok memberikan risiko terhadap kerja-kerja BN, sepertimana perhimpunan Bersih 28 April 2012 dikatakan menjadi sebab menagapa Najib tidak mengadakan pilihan raya mengejut tahun lalu. Najib mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya 2013 bila-bila masa sebelum 27 April, dimana Parlimen akan dibubarkan dan secara automatiknya pilihan raya akan dijalankan. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan