Selasa, 27 November 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Laman Rasmi: PERLETAKAN JAWATAN TIMB KETUA AMK BERI KELEBIHAN K...

Posted: 27 Nov 2012 08:52 PM PST

Laman Rasmi: PERLETAKAN JAWATAN TIMB KETUA AMK BERI KELEBIHAN K...: Benarkah seperti yang dihebohkan di dalam satu portal PDO bahawa PKR Pahang bergolak?  Di dalam isu yang berkaitan, selain dari PDO (Pahang...

Laman Rasmi: "DRAMA ALTANTUYA" SEMAKIN MENARIK - EDISI KANTOI

Posted: 27 Nov 2012 08:49 PM PST

Laman Rasmi: "DRAMA ALTANTUYA" SEMAKIN MENARIK - EDISI KANTOI: Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah Harakahdaily, 27 Nov 2012 ...

Omak Kau!!!!: BIAR GAMBAR BERBICARA!!!...TAK RAMAI MANA PUN PUTE...

Posted: 27 Nov 2012 08:37 PM PST

Omak Kau!!!!: BIAR GAMBAR BERBICARA!!!...TAK RAMAI MANA PUN PUTE...: Lihat dengan mata kepala sendiri.. bukan nak mencai atau menghina tetapi ini adalah fakta bergambar.. Bukan sedikit kerusi kosong dibahagi...

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Water Crisis - Learn from Mahathir’s Blunder

Posted: 27 Nov 2012 01:45 AM PST

"The fake water crisis in Selangor, manufactured by BN, features the same blunder that Mahathir made, forcing Singapore to look to technology for water self-efficiency. "

By Chua Jui Meng
 
Singapore's $9 billion per annum water industry exposes Barisan Nasional government as incompetent, unable to think out of the box.

The island republic is now thanking Malaysia's former premier Dr Mahathir Mohamad for its current $9 billion per annum water industry.

If not for Mahathir's devious intentions and actions to use the raw water supply to hold Singapore to ransom, the island republic today would not have such a thriving industry.

So, Mahathir is, after all, not all that Machiavellian?

Only a man without conscience will threaten to deny human beings their right and thirst for water.

Let's now look at Selangor's water issues for a parallel comparison. The ongoing Langat 2 dispute between the Pakatan Rakyat-led Selangor government and the BN federal government is another inhumane attempt to try and hold the people of Selangor to ransom.

The BN's intention to bulldoze the construction of the RM8.6 billion Langat 2 water treatment plant is to realise its share of the gravy train for its cronies which is also linked to the RM60 million annual royalty for raw water supply from Pahang.

When completed, the people of Selangor will be burdened with a 100% hike in water rates.

The fake water crisis, perpetuated by BN, features the same blunder that Mahathir made, forcing Singapore to look to technology for water self-efficiency. Mahathir's not so Machiavellian move is now a blessing in disguise for Singapore.

As it is, all seven dams in Selangor are operating and supplying sufficient raw water. All 34 water treatment plants in the state are also running smoothly to ensure adequate supply of treated water in the state.

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin had also tried to cow Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim by saying construction of Langat 2 would proceed with or without the approval of the state.

That only reflects Muhyiddin's "bully boy" mentality and his utter contempt of law. I reiterate the Selangor government's stand that there is no necessity for Langat 2.
 
Shortage of raw water in Selangor?

Langat 1 was constructed to resolve the 2009 water crisis in the state. Fewer than three years after, why is there the need for Langat 2?

The real issue is Syabas' inefficient and incompetent management to ensure smooth treated water supply in the state. The beef with Syabas is the 30% loss in Non Revenue Water (NRW).

According to the Selangor government, a 10% reduction in NRW would save 500 million litres of water a day for the state and consumers.

It will do BN leaders well to learn from its selfish mismanagement and its greed to remain in power at all cost.

You are elected to serve the people, not for your personal cause and financial well being. Learn from Mahathir's blunder that is now benefiting Singapore.

Source: FreeMalaysiaToday
Chua Jui Meng is PKR vice-president and Johor state chief. He is also a former MCA vice-president and an ex-Cabinet member.

Syabas Tiada Hak Lulus Projek Baru di Selangor

Posted: 27 Nov 2012 01:30 AM PST

SHAH ALAM, 27 NOV : Kerajaan Selangor telah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meneruskan kebenaran merancang yang dipohon oleh pemaju hartanah bagi melaksanakan projek-projek baru.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, tugas pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) adalah untuk membekalkan dan mengagihkan air terawat sahaja.

Justeru pihak Syabas tidak ada kena mengena dengan kebenaran untuk meluluskan projek kilang, perumahan dan pusat komersil baru di negeri itu.

"Ianya kerana kita percaya pihak Syabas jika tidak boleh melaksanakan penyaluran air tersebut maka Syabas akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) semasa perbahasaan mengenai JKR.

Sebelum itu ADUN Permatang Sulaiman Abdul Razak memohon penjelasan berkenaan tindakan Syabas yang idak dapat meluluskan projek kilang, perumahan dan pusat komersil baru.

Syabas didapati enggan memberi kelulusan untuk projek komersil dan perumahan baru atas alasan tidak cukup bekalan air di Selangor.

"Kerajaan Negeri sudah membuat persediaan pasukan yang akan menolong berkenaan penyaluran-penyaluran air di Selangor," kata Abdul Khalid.


Sumber: Selangorku

Lebih 75 peratus Warga Emas Di Selangor Didaftar Dalam Program SMUE

Posted: 27 Nov 2012 01:15 AM PST

SHAH ALAM,27 NOV : Seramai 200,356 orang warga emas telah didaftarkan untuk program-program di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sehingga 31 Oktober 2012.

Jumlah tersebut merupakan 75.6 peratus daripada keseluruhan populasi golongan itu di dalam Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri tidak dapat mendaftar warga emas secara automatik kerana ketiadaan sistem pangkalan data tentang maklumat warga emas di Selangor.

Sistem tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

Abdul Khalid berkata, berdasarkan analisa, terdapat kira-kira 236,000 warga emas yang sepatutnya boleh mendaftar untuk SMUE.

"Menurut peratusan sejak program ini dilancarkan sebanyak 75.6 peratus adalah layak mengikut syarat untuk menyertai dalam Skim Mesra Usia Emas," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) menjawab soalan dari Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Sumber: Selangorku

Laporan Penyata Jawatan Kuasa Khas Dicetak dan Diedar kepada Umum

Posted: 27 Nov 2012 01:00 AM PST

SHAH ALAM 27 NOV : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mengorak langkah terbaru dengan menerbitkan penyata laporan setiap jawatankuasa khasnya untuk diedarkan kepada masyarakat awam.

Sepaker DNS, Datuk Teng Chang Kim berkata setiap jawatankuasa akan menyiapkan penyata laporan berbentuk buku yang lengkap untuk tujuan pencetakan dan pengedaran.

Sebelum ini, katanya, penyata laporan hanya dibentangkan dalam DNS dan pengedarannya terhad.

"Mulai hari ini DNS membuat satu langkah terbaru dengan penerbitan semua penyata laporan bagi setiap jawatankuasa.

"Kita mngikut amalan berparlimen dipraktikkan di negara komanwel lain di mana ia diterbitkan untuk dieadarkan kepada pihak awam," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah :

Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-Padat) dan Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT).

Teng berkata, buat permulaan DNS sudah menerbitkan lima penyata laporan Selcat dan satu penyata masing-masing daripada PCA, JP-PADAT dan JP-PBT.

Beliau menjelaskan semua penyata laporan tersebut dilengkapi dengan maklumat menyeluruh termasuk cakera padat.

"Setiap penyata laporan buat permulaan akan diterbitkan dalam 200 set setiap satu dan akan ditempatkan ke pelbagai agensi yang mudah untuk diperolehi oleh semua pihak," katanya.

Sumber: Selangorku

AMK KEDAH

AMK KEDAH


RAFIZI RAMLI DAN SAIFUDDIN NASUTION BERADA DI PARLIMEN KUBANG PASU

Posted: 27 Nov 2012 11:05 AM PST

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


PM Dan Razak Baginda Mungkin Disepina – Peguam Scorpene

Posted: 27 Nov 2012 01:31 AM PST

KeadilanDaily

Daripada tujuh senarai saksi yang diberi Suaram, nama Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina, kata peguam Scorpene, Apoline Cagnat.

Beliau juga menegaskan tiada siapa termasuk Perdana Menteri Malaysia itu memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun, Apoline tidak dapat memastikan tempoh sepina itu diberi kerana proses sedemikian mengambil masa tetapi tidak menolak kemungkinan kedua-dua individu itu bakal disepina.

Peguam itu juga sepanjang taklimat menyebut 'Najib Razak' sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam senarai saksi cadangan.

Apoline adalah rakan sejawat kepada William Bourdon yang pernah dihalau kerajaan Malaysia sebelum ini.

Selain Najib dan Razak Baginda, mereka yang dalam senarai Suaram untuk disepina ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev, penyiasat persendirian, Balasubramaniam dan seorang korporat, Lodin Wok Kamaruddin.

Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia hari ini, ditukar lokasi ke Changi, Singapura berikutan halangan daripada kerajaan Malaysia.

Terdahulu, Apoline juga menyatakan rekod kes pembunuhan Altantuya juga akan diteliti Hakim Siasatan Mahkamah Perancis.

Nota Bicara Pembunuhan Altantuya Untuk Siasatan Scorpene?

Posted: 27 Nov 2012 01:25 AM PST

Malaysiakini

Seorang peguam Perancis yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, berkata para hakim Perancis yang menyiasat skandal Scorpene, tidak mempunyai pilihan tetapi akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan mereka.

“… mereka sudah pasti akan menelitinya,” kata Apoline Cagnat , di majlis taklimat untuk ahli Parlimen Malaysia di Singapura hari ini.

Walaupun pembunuhan Altantuya bukan merupakan elemen paling kritikal dalam siasatan tersebut – yang memberi tumpuan kepada dakwaan pembayaran komisen dalam perolehan dua kapal selam kelas Scorpene oleh Malaysia – tetapi ia adalah salah satu aspek utama, kata Cagnat.

Oleh itu, beliau percaya dua hakim penyiasat akan meminta nota prosiding perbicaraan kes pembunuhan itu, di mana dua anggota keselamatan, telah disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


27-11-2012 Questions Time: Tindakan ke atas pemilik kedai letak kerusi meja di kaki lima

Posted: 27 Nov 2012 04:08 AM PST

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah tindakan telah diambil bagi memastikan pemilik-pemilik kedai yang meletakkan kerusi dan meja di tepi-tepi jalan dan di kaki lima/siar kaki bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dan halangan lalu lintas terutamanya di Seksyen 2, Wangsa Maju dan di Plaza Prima di Wangsa [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hempas batu nisan ketika Ahli Parlimen berceramah

Posted: 26 Nov 2012 11:12 PM PST


27 Nov 2012

MELAKA: Majlis penutup Karnival Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek 55 Jam yang berlangsung di Japerun DUN berkenaan kecoh apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman tiba-tiba muncul di pentas dan menghempaskan batu nisan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lelaki berusia lewat 30-an itu tiba-tiba menaiki pentas membawa bungkusan ketika ceramah disampaikan Ahli Parlimen Sri Gading, Johor, Datuk Mohamad Aziz.

Sumber berkata, tindakan lelaki itu menyebabkan Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin serta hadirin terkejut.

"Mohamad berhenti menyampaikan ceramah selepas nampak lelaki terbabit muncul di pentas sambil bertanyakan tujuannya datang sebelum batu nisan itu dihempaskan.

"Keadaan agak kecoh dan mengejutkan hadirin sebelum sepasukan polis menahan lelaki terbabit kerana mengganggu perjalanan majlis berkenaan," katanya, di sini, semalam.

Cubaan pecah mesin ATM di masjid gagal

Posted: 26 Nov 2012 11:11 PM PST


27 Nov 2012 

KUALA LUMPUR – Sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) Bank Islam di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul di sini gagal dipecah sekumpulan suspek dalam kejadian samun yang dipercayai berlaku pagi semalam.

Kejadian itu disedari pada kira-kira 9 pagi ketika seorang pencuci sedang menjalankan tugasnya di dalam kiosk itu, yang turut menempatkan mesin deposit wang milik Bank Islam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, pemeriksaan mendapati beberapa kesan bakar dan pecah pada ATM itu, yang dipercayai menggunakan bahan Oxytelene.

Beliau berkata, polis percaya suspek tidak meneruskan cubaan memecah ATM itu setelah menyedari perbuatan mereka dikesan orang awam yang melalui kawasan tersebut.

"Suspek dipercayai tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian setelah gagal memecahkan ATM," katanya dalam khidmat pesanan ringkas malam tadi.

Zakaria berkata, siasatan di tempat kejadian turut menemui dua tong gas dan satu beg galas yang mengandungi peralatan pecah rumah. – BERNAMA