Selasa, 27 November 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hempas batu nisan ketika Ahli Parlimen berceramah

Posted: 26 Nov 2012 11:12 PM PST


27 Nov 2012

MELAKA: Majlis penutup Karnival Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek 55 Jam yang berlangsung di Japerun DUN berkenaan kecoh apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman tiba-tiba muncul di pentas dan menghempaskan batu nisan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lelaki berusia lewat 30-an itu tiba-tiba menaiki pentas membawa bungkusan ketika ceramah disampaikan Ahli Parlimen Sri Gading, Johor, Datuk Mohamad Aziz.

Sumber berkata, tindakan lelaki itu menyebabkan Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin serta hadirin terkejut.

"Mohamad berhenti menyampaikan ceramah selepas nampak lelaki terbabit muncul di pentas sambil bertanyakan tujuannya datang sebelum batu nisan itu dihempaskan.

"Keadaan agak kecoh dan mengejutkan hadirin sebelum sepasukan polis menahan lelaki terbabit kerana mengganggu perjalanan majlis berkenaan," katanya, di sini, semalam.

Cubaan pecah mesin ATM di masjid gagal

Posted: 26 Nov 2012 11:11 PM PST


27 Nov 2012 

KUALA LUMPUR – Sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) Bank Islam di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul di sini gagal dipecah sekumpulan suspek dalam kejadian samun yang dipercayai berlaku pagi semalam.

Kejadian itu disedari pada kira-kira 9 pagi ketika seorang pencuci sedang menjalankan tugasnya di dalam kiosk itu, yang turut menempatkan mesin deposit wang milik Bank Islam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, pemeriksaan mendapati beberapa kesan bakar dan pecah pada ATM itu, yang dipercayai menggunakan bahan Oxytelene.

Beliau berkata, polis percaya suspek tidak meneruskan cubaan memecah ATM itu setelah menyedari perbuatan mereka dikesan orang awam yang melalui kawasan tersebut.

"Suspek dipercayai tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian setelah gagal memecahkan ATM," katanya dalam khidmat pesanan ringkas malam tadi.

Zakaria berkata, siasatan di tempat kejadian turut menemui dua tong gas dan satu beg galas yang mengandungi peralatan pecah rumah. – BERNAMA

Tiada ulasan: