Selasa, 27 November 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


PM Dan Razak Baginda Mungkin Disepina – Peguam Scorpene

Posted: 27 Nov 2012 01:31 AM PST

KeadilanDaily

Daripada tujuh senarai saksi yang diberi Suaram, nama Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina, kata peguam Scorpene, Apoline Cagnat.

Beliau juga menegaskan tiada siapa termasuk Perdana Menteri Malaysia itu memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun, Apoline tidak dapat memastikan tempoh sepina itu diberi kerana proses sedemikian mengambil masa tetapi tidak menolak kemungkinan kedua-dua individu itu bakal disepina.

Peguam itu juga sepanjang taklimat menyebut 'Najib Razak' sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam senarai saksi cadangan.

Apoline adalah rakan sejawat kepada William Bourdon yang pernah dihalau kerajaan Malaysia sebelum ini.

Selain Najib dan Razak Baginda, mereka yang dalam senarai Suaram untuk disepina ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev, penyiasat persendirian, Balasubramaniam dan seorang korporat, Lodin Wok Kamaruddin.

Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia hari ini, ditukar lokasi ke Changi, Singapura berikutan halangan daripada kerajaan Malaysia.

Terdahulu, Apoline juga menyatakan rekod kes pembunuhan Altantuya juga akan diteliti Hakim Siasatan Mahkamah Perancis.

Nota Bicara Pembunuhan Altantuya Untuk Siasatan Scorpene?

Posted: 27 Nov 2012 01:25 AM PST

Malaysiakini

Seorang peguam Perancis yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, berkata para hakim Perancis yang menyiasat skandal Scorpene, tidak mempunyai pilihan tetapi akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan mereka.

“… mereka sudah pasti akan menelitinya,” kata Apoline Cagnat , di majlis taklimat untuk ahli Parlimen Malaysia di Singapura hari ini.

Walaupun pembunuhan Altantuya bukan merupakan elemen paling kritikal dalam siasatan tersebut – yang memberi tumpuan kepada dakwaan pembayaran komisen dalam perolehan dua kapal selam kelas Scorpene oleh Malaysia – tetapi ia adalah salah satu aspek utama, kata Cagnat.

Oleh itu, beliau percaya dua hakim penyiasat akan meminta nota prosiding perbicaraan kes pembunuhan itu, di mana dua anggota keselamatan, telah disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya.

Tiada ulasan: