Pengikut

Nuffnang

Rabu, 31 Oktober 2012

Suara Sri Andalas

0 ulasan
sumber :-

Suara Sri Andalas


Kerajaaan Negeri Selangor Rancang Buka Semula Loji Rawatan Air Bukit Jelutong

Posted: 31 Oct 2012 03:30 AM PDT

Pagi tadi saya bersama pegawai-pegawai Unit Perancang Ekonomi (Upen) Negeri Selangor telah melakukan lawatan ke loji tersebut yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

Turut menyertai adalah  pegawai-pegawai  dari Konsortium Abbas dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta wakil-wakil dari syarikat konsultan.

Loji air tersebut telah dibina sekitar tahun 1963 dan telah ditutup awal 1995 ekoran sumber airnya di Sungai Damansara telah tercemar di tahap 4.    

Aset tersebut adalah milik Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Selangor merancang membukanya semula selepas kerja-kerja baik pulih dan naik taraf insfrastruktur loji dalam tempuh 6 bulan.

Anggaran kos tersebut sekitar RM50 juta - RM80 juta.

Kerajaan Negeri akan menanggung sepenuhnya kos tersebut.

Kerajaan Negeri telah mengarahkan syarikat konsultan untuk menyiapkan laporan  dalam masa 2 bulan bagi diteliti dan diberikan penilaian oleh seksyen Makro dan Penswastaan, UPEN Selangor

Dengan pembukaan semula operasi loji tersebut kita mengganggarkan loji tersebut berkeupayaan menghasilkan air terawat sebanyak 50 - 100 juta liter sehari (mld) dan mampu membekalkan lebih dari separuh keperluan permintaan air tambahan di Shah Alam.

Pembukaan loji ini juga merupakan projek perintis (pioneer project) untuk penggunaan sepenuh teknoloji 'membrane' .

Ini merupakan antara daya usaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan sumber air alternatif serta teknoloji yang belum diterokai dalam usaha membekalkan air terawat yang mencukupi kepada rakyat Selangor.

YB Dr. Xavier Jayakaumar
EXCO Negeri Selangor
 
Tarikh : 31 Oktober 2012








Kerajaan Selangor Saman Utusan Atas Artikel PKNS

Posted: 31 Oct 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM 31 OKT : Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Artikel tersebut bertajuk "Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?" diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

"Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar," tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.



Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.

"Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu.

"Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan," tambah beliau.

Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

Sumber: Selangorku

PKR Leaders Demand Post-Mortem

Posted: 31 Oct 2012 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: PKR vice-president N Surendran and Subang MP R Sivarasa today demanded the Home Ministry to order the police to refer the remains of R Kumar Rajah for a post-mortem.

The Kajang prison inmate was in excruciating pain for several days and died on Oct 29, but his mother M Sooriakandhi was only informed of his death yesterday.

"We want the green light from the Home Ministry for a post-mortem to be conducted. It is a cover-up by the police, prisons department, magistrate and the hospital," Sivarasa alleged at a press conference at the Parliament lobby.

"There is no excuse for the prisons department to delay informing the family of the death of Kumar Rajah by a day. That is very serious," he added. Also present was human rights activist S Jayathas who had recently rejoined PKR.

Surendran chipped in: "Home Minister (Hishammuddin Hussein) must answer for this."

He also accused the police of denying a post-mortem from being conducted and claimed that the Kajang Hospital and a magistrate were working in cahoots with the police.

"There has been no post-mortem. The police deliberately refused to allow for a post-mortem. The Kajang Hospital's forensics department director has refused to do a post-mortem unless the police agree or a court order is issued," he said.

Surendran said he would be lodging a report with the Malaysian Medical Council's disciplinary committee against Kajang hospital for refusing the right to a post-mortem.

HIV claim pooh-poohed

He said that the police and the hospital's inaction shows a possible cover-up. "Never before has the police and hospital conspired to prevent a post mortem.

"The mother cannot perform the last rites for her son until a post mortem is conducted. The home minister must immediately direct that one be done immediately," said Surendran.

Sooriakandhi said: "My son told me I could visit him during Deepavali. He was healthy when I visited him last Thursday. At least allow me to perform his final rites.

"I had hopes that he would help me once he is released in February next year. Now they have destroyed my hopes."

Sivarasa said the Kajang prison authorities claimed that Kumar Rajah died due to HIV, however both Sivarasa and Surendran are doubting it.

"They is no evidence to back that up. The can only be confirmed from a post-mortem," said Sivarasa.
Surendran claimed that the magistrate did not do his job. "The magistrate saw the body for 15 minutes and said that there was no need for an investigation and no foul play was involved.

'Hishammuddin a liar'

In a related development, Surendran charged that Hishammuddin lied in parliament yesterday. In a written reply to Kota Melaka MP Sim Tong Him, Hishammuddin said that deaths in custody are investigated under the Criminal Procedure Code.

"Hishammuddin is lying. Never do they conduct an investigation under the Criminal Procedure Code. I'm shocked and surprised that he could lie in Parliament," said Surendran.

After the press conference, the two PKR leaders attempted to meet Hishammuddin but having failed to do so, met Deputy Home Minister Abu Seman Yusop.

While listening to Sooriakandhi, Abu Seman Yusop stressed several times: "Let me check with the police."

Surendran said he would organise street demonstrations in front of Bukit Aman soon if Sooriakandhi does not obtain her son's post-mortem report in a day or two.

Source: FreeMalaysiaToday

Samy Vellu Luluskan Projek Kondo Batu Caves – Anwar

Posted: 31 Oct 2012 02:00 AM PDT

KUALA LANGAT: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.

Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.

Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.

Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.

"Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu," kata Ketua Pembangkang.

"Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab," tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.

Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.

"MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini," kata Anwar.

Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.

"Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya.

Sumber: HarakahDaily

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


KELAB GREENBOC: Isu RM40 juta: Tembelang Nazri Pertahankan Chia Te...

Posted: 31 Oct 2012 05:11 PM PDT

KELAB GREENBOC: Isu RM40 juta: Tembelang Nazri Pertahankan Chia Te...: M enteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah menafikan menerima apa-apa wang dari jutawan kayu Michael Chia lebih skandal berupa...

KELAB GREENBOC: Serangan Umno BN Tak Gugat S’ngor, Audit Iktiraf N...

Posted: 31 Oct 2012 05:10 PM PDT

KELAB GREENBOC: Serangan Umno BN Tak Gugat S'ngor, Audit Iktiraf N...: S erangan Umno BN terhadap kerajaan Selangor hanya omong kosong dan gagal menafikan penarafan Laporan Audit 2011 ke atas negeri itu, kata...

KELAB GREENBOC: Najib Tahu UMNO BN Tumbang Pada PRU13, Itu Sebab M...

Posted: 31 Oct 2012 05:07 PM PDT

KELAB GREENBOC: Najib Tahu UMNO BN Tumbang Pada PRU13, Itu Sebab M...: K ata orang tua-tua, kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah... Begitulah, jika tak ada apa-apa masakan Najib merayu-rayi ...

Suara Pakatan Rakyat Sabah: Hallo Shafie..!! Sapa pecah belahkan rakyat Sabah?...

Posted: 31 Oct 2012 05:05 PM PDT

Suara Pakatan Rakyat Sabah: Hallo Shafie..!! Sapa pecah belahkan rakyat Sabah?...: KedahLanie.info: Hallo Shafie..!! Sapa pecah belahkan rakyat Sabah? kami hanya pecah-belahkan UMNO BN..!!! Suara Pakatan Rakyat Sabah

indah.com: Khalid & Azmin Dalam Sidang Media Bersama Isu Air ...

Posted: 31 Oct 2012 05:03 PM PDT

indah.com: Khalid & Azmin Dalam Sidang Media Bersama Isu Air ...:   T arif air: Selangor selamatkan RM500 juta duit rakyat Meskipun baru empat tahun Pakatan Rakyat (Pakatan) mentadbir Selangor, negeri...

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Pemandu Teksi: Penuhi Tuntutan Atau Kami Protes

Posted: 31 Oct 2012 02:05 AM PDT

Malaysiakini

Pemandu teksi tetap mahu permit individu dikeluarkan – dan dengan tanpa syarat – sebagai salah satu daripada 11 tuntutan mereka yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan di bangunan Parlimen hari ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, dan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad, oleh seorang ahli kumpulan protem yang mewakili pemandu teksi.

Kumpulan tersebut, yang dikenali sebagai Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI), juga mahu kadar meter dikaji semula dan pemandu dibenar menggunakan kereta bukan Proton, kerana tidak puashati dengan masalah ketahanan dan kos penyelenggaraannya.

Presiden protemnya, Mohd Ridzwan Mohd Daud memberi amaran, jika kerajaan tidak memberi perhatian sewajarnya atau ia tidak dipenuhi menjelang pilihan raya umum akan datang, maka TEKSI akan mengadakan protes berterusan di setiap negeri sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Pada masa ini, permit teksi dikeluarkan kepada syarikat, yang kemudiannya memajaknya kepada pemandu teksi.

Jika kerajaan berkeras untuk mengeluarkan permit kepada syarikat, pemandu harus dikecualikan daripada membayar sewa bagi kenderaan mereka pada hari Ahad dan cuti umum yang diwartakan, atau jika mereka dimasukkan ke hospital, kata kumpulan itu.

Mereka mahu kerajaan:

- Mengadakan program kesedaran mengenai hak pengguna dalam pengangkutan terutama mengenai teksi;

- Menarik balik sekatan ke atas tempat teksi boleh beroperasi seperti lapangan terbang;

- Mengkaji perkhidmat bas percuma ‘Go KL’ supaya ia mensasarkan pelancong asing dan bukan penduduk tempatan; dan

- Menubuhkan sebuah agensi untuk menjaga kebajikan pemandu teksi.

{VIDEO] Langat 2: Kerajaan Persekutuan Masih Tidak Terima Hakikat

Posted: 31 Oct 2012 12:16 AM PDT

Samy Vellu Luluskan Projek Kondo Batu Caves

Posted: 31 Oct 2012 12:14 AM PDT

KeadilanDaily

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium
Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.

Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.

Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.

Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.

"Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu," kata Ketua Pembangkang.

"Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab," tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.

Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.

"MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini," kata Anwar.

Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.

"Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya.

Pelancaran Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat 3 November 2012 (Sabtu)

Posted: 30 Oct 2012 11:35 PM PDT

Taman Seremban Jaya, Seremban, Negeri Sembilan
Program:

1) 4.30 – 6.30 ptg – Karnival / Konsert / Pidato Rakyat

2) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

3) 8.30 – 12.00 mlm – Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

4) Pemidato:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Seri Haji Hadi Awang

iii. YB Lim Kit Siang

iv. Pimpinan Utama Pakatan Rakyat

Nota Perbahasan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Peringkat Jawatankuasa

Posted: 30 Oct 2012 09:43 PM PDT

Oleh  Dato' Seri Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang

 

B 24 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

(MS 294)

 

B- 050000 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) (MS308)

 

B- 030400 – Hubungan Ekonomi Dan Perdagangan (MS 307)

 

Pelaburan Langsung Asing atau FDI

 

Perdana Menteri YAB Pekan dan  media perdana kepunyaan UMNO/BN selalu mewar-warkan kejayaan program Pelan Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Plan (ETP) tetapi hakikatnya ia merupakan  "indah khabar dari rupa".

Pelaburan Langsung Asing atau FDI ke Malaysia menyusut 35.2% pada separuh pertama 2012 (Januari-Jun) kepada cuma RM13.6 billion, berbanding RM21 billion pada separuh pertama 2011.

Itupun ia didokong oleh pelaburan dalam sector minyak dan gas  37.2% daripada keseluruhan Pelaburan Langsung Asing atau FDI pada separuh pertama 2012.

Ini menunjukkan kebergantungan FDI Negara kepada sector minyak dan gas sedangkan Pelaburan langsung Asing dalam sector yang lebih produktif seperti sector pembuatan dan perkilangan cuma pada tahap 23.7%.

Jumlah pelaburan di dalam sector pembuatan yang diluluskan oleh MIDA juga menurun 5.8% kepada cuma RM25.8 billion pada separuh pertama 2012 berbanding RM27.4 billion pada separuh pertama 2011.

Ini menunjukkan pelaburan dalam sector yang lebih produktif iaitu sector pembuatan menurun dan ini agak membimbangkan.

Perhatian juga perlu diberi kepada perbezaan ketara di antara pelaburan yang dijanjikan atau "committed investments" yang diperincikan oleh ETP dengan jumlah pelaburan sebenar atau "actual investment".

Untuk separuh pertama 2012, Koridor Pembangunan Sabah cuma meraih pelaburan sebenar berjumlah RM9.5 billion berbanding RM36.0 billion "committed investments" yang diwar-warkan dalam ETP.

Koridor Pembangunan Pantai Timur pula cuma mencatat pelaburan sebenar berjumlah RM1.0 billion berbanding dengan RM11.9 billion yang diwar-warkan dalam ETP. Manakala Koridor Pembangunan Iskandar Malaysia cuma mencatat RM3.6 billion pelaburan sebenar  berbanding RM10.7 billion committed investments yang diwar-warkan di dalam ETP.

Koridor Pembangunan Tenaga Diperbaharui Sarawak pula cuma mencatat pelaburan sebenar berjumlah RM1.7 billion berbanding RM3.4 billion yang diwar-warkan dalam ETP.

Jika dibandingkan dengan prestasi Pelaburan Langsung Asing ke Thailand yang tidak mempunyai progam seperti ETP tapi bersandar kepada system politik yang terbuka.   Pada separuh pertama 2012, Pelaburan Langsung Asing ke Thailand meningkat 62% daripada RM20.5 billion kepada RM33.1 billion, iaitu hampir tiga kali ganda Pelaburan Langsung Asing ke Malaysia pada separuh pertama 2012. KDNK per capita Thailand pula tumbuh pada kadar purata 6.4% antara 2009-2011 berbanding kadar purata 3.2% untuk Malaysia semasa YAB Pekan menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Pada separuh pertama 2012, Indonesia pula menarik RM32.2 billion Pelaburan Langsung Asing, meningkat 28.1% berbanding separuh pertama 2011. Pada tahun 2011 pula Pelaburan Langsung Asing ke Indonesia berjumlah USD19.3 billion, hampir dua kali ganda berbanding Malaysia iaitu USD10.0 billion.

 

B- 040100 – Perkhidmatan Dan Amalan Perdagangan (MS 308)

 

Menurut nota pelaburan oleh CIMB Research, Genting Berhad menjual Genting Sanyen kepada 1MDB dengan harga RM2.3 billion adalah “timely and profitable exit”. Dalam ertikata lain, ianya menguntungkan Genting Berhad tetapi tidak untuk 1MDB. Mengikut CIMB Research lagi, penjualan Genting Sanyen oleh Genting Berhad lebih tinggi harganya berbanding dengan penjualan Tanjong Power.

 

1MDB membeli aset Tanjong Power pada kadar USD1 juta per Megawatt dimana dua dari tiga IPPnya di Malaysia masih mempunyai tempoh hayat Power Purchasing Agreement (PPA) 10 tahun.

 

Manakala 1MDB membayar USD1.38 juta per Megawatt untuk Genting Sanyen, iaitu premium 40% daripada kos benchmark USD1 juta per Megawatt sedangkan hayat PPA Genting Sanyen hanya tinggal tiga tahun sahaja lagi.

 

Menurut CIMB Research lagi, setelah ditolak nilai buku atau "book value" aset Genting Sanyen,  keuntungan bersih yang diperolehi Genting Berhad  atas penjualan Genting Sanyen kepada 1MDB ialah RM1.9 billion, iaitu hampir dua pertiga  daripada nilai keseluruhan BR1M-2.0 yang diberi kepada rakyat jelata yang berjumlah RM3.0 billion.

 

CIMB Research menilai asset tenaga Genting Sanyen hanya  RM1.6 billion sahaja. Ini bermakna 1MDB membayar RM744 juta melebihi nilai sebenar asset tenaga Genting Sanyen.

 

Para analisa kewangan berpendapat Genting Berhad akan menggunakan RM2.3 billion ini untuk melabur di China, India dan Indoensia  dalam sektor tenaga juga. Ini bermakna Genting Berhad   menggunakan hasil jualan Genting Sanyen untuk melabur di luar Negara. Baru-baru ini Genting Berhad telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) di Indonesia selama 25 tahun dan akan membina stesyen janakuasa elektrik arang batu di Banten, Jawa Barat  berharga RM3.2 billion.

 

 

Manakala bagi Tanjong Power pula, 1MDB membayar RM8.5 billion kepada Tan Sri Ananda Krishnan untuk asset-aset janakuasa tenaga Tanjong Power di dalam dan luar negara iaitu pada purata harga USD1 juta per Megawatt sedangkan tempoh hayat PPA salah satu daripada aset janakuasanya cuma tinggal 3 tahun sahaja lagi. Jika BN terus memerintah dijangkakan tempoh PPA akan dilanjutkan hingga 10 tahun lagi menjadikan baki tempoh hayat PPA 13 tahun lagi  manakala yang dua lagi tinggal 10 tahun.

 

Kos asal pembinaan stesen janakuasa letrik ini 18 tahun yang lalu dianggarkan USD1 million per Megawatt. Sepatutnya setelah 18 tahun stesyen janakuasa pertama beroperasi dan 11 tahun  untuk dua  lagi stesyen janakuasa, sudah tentu nilai asset-aset ini menyusut dan dianggarkan nilai sebenar paling tinggi cuma RM5 billion sahaja.

 

Mengapa asset-aset stesyen janakuasa elektrik Genting Sanyen dibeli dengan harga melebihi 40% dari nilai sebenar dan Tanjong Power 70%?

 

 

 

P- 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi di Bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburn (JKMP) – (MS 310)

Di dalam Bajet 2013 RM582 juta telah diperuntukkan untuk dibayar pampasan kepada syarikat2 konsesi lebuh raya. Kami mempersoal kewajaran memberi pampasan kepada syarikat2 konsesi kerana mereka sudah memperolehi keuntungan berlipat ganda melalui konsesi tol lebuhraya yang telah dianugerahkan kepada mereka.

 

 

P- 18009 – Program Pembangunan Perindustrian (MS 310)

Pada 29 Oktober 2012 baru-baru ini Proton Holdings Bhd dan Honda Motor mengumumkan perjanjian kerjasama dalam bidang peningkatan keupayaan teknologi termasuk membangun enjin Proton sendiri, pengeluaran pelbagai produk baru dan perkongsian platform dan kemudahan kilang yang tidak digunapakai sepenuhnya.

Usahasama ini melibatkan pengeluar dan pengedar kenderaan bermotor terkemuka dunia Honda Motor diharap dapat memulih Proton yang menghadapi masaalah sejak kegagalan dalam rundingan dengan Volkswagen sebelum dan selepas diambilalih oleh DRB-Hicom dari Khazanah.  Ini akan memberi DRB-Hicom dan Proton peluang untuk berkembang sebagai pembuat dan pengeluar peralatan asal (OEM- Original Equipment Manufacturer)

Beberapa persoalan yang saya pohon diperjelaskan

i.             kenapa perkongsian strategic ini dibenarkan selepas Proton di swasta kepada DRB-Hicom Berhad sedang Proton boleh dipulihkan sebelum itu melalui perkongsian dengan Volkswagen?

ii.            Apa kelebihan perkongsian ini berbanding yang ditawarkan oleh Volkswagen.

iii.           Selepas penyusunan ini Proton bercadang mengurangkan pembekal peralatan yang banyak diusahakan oleh bumiputera daripada 300 kepada 100. Apa implikasi kepada usahawan yang selama ini bergantung kepada perusahaan Proton.

iv.          Adakah perkongsian atau usahasama ini dapat bertahan untuk jangka panjang atau hanya sementara sahaja.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

0 ulasan
sumber :-

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Tarif air: Selangor selamatkan RM500 juta duit rakyat

Posted: 31 Oct 2012 01:08 AM PDT


KUALA LUMPUR 30 Oktober: Meskipun baru empat tahun Pakatan Rakyat (Pakatan) mentadbir Selangor, negeri itu berjaya menyelamatkan RM500 juta wang rakyat daripada 'diratah' Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Pusat dalam pengurusan industri air.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kejayaan itu hasil daripada tindakan kerajaan negeri menyekat perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Pusat dengan Syabas.

"Kita lakukan penyusunan semula (industri air) ini untuk (kenaikan) tarif air yang akan dikenakan oleh Syabas. Hingga empat tahun ini, menerusi penyusunan semula tersebut, sekurang-kurangnya rakyat Selangor sudah tidak perlu bayar hampir RM500 juta.
"Kalau ikut kenaikan tarif, kami telah selamatkan RM500 juta duit rakyat di tiga kawasan iaitu Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Ekoran itu, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bertegas untuk membangunkan teknologi membran bagi meningkatkan jumlah penghasilan air di loji rawatan walaupun Kerajaan Pusat berdegil mahu meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
"Dari keluaran 4.8 juta liter sehari, kita dapati 33 peratus atau lebih 1.5 juta sehari air terawat tidak digunakan (NRW).
"Kalau kita selesaikan masalah air terawat, kita tidak memerlukan loji Langat 2. Memandangkan kos teknologi membran lagi murah iaitu RM800 juta dan kos Langat 2 adalah RM300,000 juta," katanya.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang turut sama dalam sidang media itu berkata, kerajaan Umno zalim dalam perjanjian air bersama Syabas yang hanya 'membunuh' rakyat.
"Saya nak rujuk data rasmi yang terkandung dalam perjanjian konsesi sedia ada di mana Syabas ada kelulusan daripada Kerajaan Pusat untuk naikkan tarif air kepada 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012," kata Pengerusi KEADILAN Selangor itu.
"Kalau Kerajaan Pakatan tidak menyekat kenaikan ini, bermakna pada 2012, ada pertambahan sebanyak 25 peratus menjadikan harga air di Selangor, sebanyak RM2.38 per meter padu.
"Kemudian dalam perjanjian sama, kenaikan tambahan daripada 20 peratus pada 2015, dan 10 peratus pada 2018, dan bermakna pada 2018, rakyat Selangor perlu bayar RM3.15 per meter padu dan harga ini akan melonjak naik kepada RM3.83 pada 2030," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu.

Pembalakan haram: Mohamad Hassan bohong, KEADILAN ada bukti

Posted: 31 Oct 2012 01:04 AM PDT


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berbohong berhubung skandal tanah yang mengaitkannya, sedangkan KEADILAN ada bukti kukuh, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Beliau mengulas jawapan Mohamad bahawa tanah hutan simpan di negeri itu di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan hanya dipajak untuk tanaman kelapa sawit.
"Menteri Besar bohong apabila dakwa tanah itu milik kerajaan negeri. Kita juga akan buktikan skim pajakan yang digunakan sangat tidak menguntungkan (kerajaan negeri) dan tidak beri apa-apa hasil kepada rakyat," katanya.

Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai cukup bukti kukuh menunjukkan Yayasan Negeri Sembilan digunakan pimpinan politik Umno BN negeri itu untuk mendapatkan kawasan hutan berkenaan.
Katanya lagi, penerokaan hutan simpan dibuat secara berperingkat, dimulai dengan penebangan balak dan diikuti dengan tanaman kelapa sawit.
"Di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan, sebahagian besar balak habis (ditebang)…bukit sudah botak," katanya sambil menegaskan akan mengemuka bukti dari masa ke semasa.
KEADILAN Selasa lalu mendedahkan mengenai pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram oleh Mohammad membabitkan 487.3 hektar hutan yang diwarta sebagai hutan simpan sejak 1918.

KEADILAN lapor polis, desak siasatan pembalakan haram MB N Sembilan

Posted: 31 Oct 2012 01:03 AM PDT


KUALA LUMPUR 30 Oktober: KEADILAN akan membuat laporan polis Khamis ini mendesak siasatan terhadap pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram yang dilakukan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan.
"Sehingga kini Mohammad masih belum memberi sebarang jawapan mengenai perkara ini dan hanya mendiamkan diri. Oleh itu, saya dan pimpinan Pakatan Rakyat serta aktivis NGO akan membuat laporan polis di Seremban pada 1 November ini jam 3 petang agar siatan dapat dimulakan segera," kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau berkata, Mohammad perlu mendedahkan segera semua maklumat skandal konsesi pembalakan di negeri itu melibatkan kuota 4,800 hektar.
"Rakyat berhak tahu siapa yang mendapat konsesi balak ini, berapa hasilnya kepada kerajaan negeri dan status hak milik tanah-tanah ini setelah diterokai.
"Sebaliknya jika keadaan ini tidak berlaku, KEADILAN akan terus mendedahkan individu-individu yang mendapat 'durian runtuh' dari kegiatan pembalakan di atas tanah hutan simpan ini dan kaitan mereka dengan pimpinan Umno BN," kata Rafizi.

8,616 hektar hutan simpan dibatalkan status  
Menurut Rafizi, pendedahan tersebut berdasarkan Laporan Audit 2010 yang menegur kerajaan negeri berhubung penggantian kawasan hutan simpan.
"KEADILAN menyemak dokumen-dokumen rasmi secara jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Sembilan, mempunyai rekod paling buruk dari segi kegagalan menggantikan hutan simpan yang diambil untuk kegunaan lain.
"Walaupun ada sedikit penggantian sebanyak 2,400 hektar seperti yang disebut oleh Mohammad, jumlah keluasan hutan simpan di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan yang dibatalkan statusnya bagi tujuan pembalakan adalah jauh lebih besar, yang mencatat 8,616 hektar tanah hutan hilang," katanya.
Rafizi berkata, jika kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di negeri itu berterusan dan di luar kawalan akibat tidak dapat menggantikan hutan simpan yang dibatalkan, Negeri Sembilan bakal kepupusan tanah hutan.
"Pada kadar kehilangan hutan simpan lima peratus setiap lima tahun, KEADILAN menjangkakan kawasan hutan dan tadahan hujan di Negeri Sembilan boleh pupus sepenuhnya dalam tempoh 50 tahun, terutamanya apabila semakin tahun hutan simpan makin berkurangan," katanya.

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang