Suara Sri Andalas |
- Kerajaaan Negeri Selangor Rancang Buka Semula Loji Rawatan Air Bukit Jelutong
- Kerajaan Selangor Saman Utusan Atas Artikel PKNS
- PKR Leaders Demand Post-Mortem
- Samy Vellu Luluskan Projek Kondo Batu Caves – Anwar
Kerajaaan Negeri Selangor Rancang Buka Semula Loji Rawatan Air Bukit Jelutong Posted: 31 Oct 2012 03:30 AM PDT Pagi tadi saya bersama pegawai-pegawai Unit Perancang Ekonomi (Upen) Negeri Selangor telah melakukan lawatan ke loji tersebut yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Turut menyertai adalah pegawai-pegawai dari Konsortium Abbas dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta wakil-wakil dari syarikat konsultan. Loji air tersebut telah dibina sekitar tahun 1963 dan telah ditutup awal 1995 ekoran sumber airnya di Sungai Damansara telah tercemar di tahap 4. Aset tersebut adalah milik Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Selangor merancang membukanya semula selepas kerja-kerja baik pulih dan naik taraf insfrastruktur loji dalam tempuh 6 bulan. Anggaran kos tersebut sekitar RM50 juta - RM80 juta. Kerajaan Negeri akan menanggung sepenuhnya kos tersebut. Kerajaan Negeri telah mengarahkan syarikat konsultan untuk menyiapkan laporan dalam masa 2 bulan bagi diteliti dan diberikan penilaian oleh seksyen Makro dan Penswastaan, UPEN Selangor Dengan pembukaan semula operasi loji tersebut kita mengganggarkan loji tersebut berkeupayaan menghasilkan air terawat sebanyak 50 - 100 juta liter sehari (mld) dan mampu membekalkan lebih dari separuh keperluan permintaan air tambahan di Shah Alam. Pembukaan loji ini juga merupakan projek perintis (pioneer project) untuk penggunaan sepenuh teknoloji 'membrane' . Ini merupakan antara daya usaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan sumber air alternatif serta teknoloji yang belum diterokai dalam usaha membekalkan air terawat yang mencukupi kepada rakyat Selangor. YB Dr. Xavier Jayakaumar EXCO Negeri Selangor Tarikh : 31 Oktober 2012 |
Kerajaan Selangor Saman Utusan Atas Artikel PKNS Posted: 31 Oct 2012 03:00 AM PDT SHAH ALAM 31 OKT : Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Artikel tersebut bertajuk "Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?" diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan. Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi. "Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini. "Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar," tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu. Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama. "Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu. "Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan," tambah beliau. Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta). Sumber: Selangorku |
PKR Leaders Demand Post-Mortem Posted: 31 Oct 2012 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR: PKR vice-president N Surendran and Subang MP R Sivarasa today demanded the Home Ministry to order the police to refer the remains of R Kumar Rajah for a post-mortem. The Kajang prison inmate was in excruciating pain for several days and died on Oct 29, but his mother M Sooriakandhi was only informed of his death yesterday. "We want the green light from the Home Ministry for a post-mortem to be conducted. It is a cover-up by the police, prisons department, magistrate and the hospital," Sivarasa alleged at a press conference at the Parliament lobby. "There is no excuse for the prisons department to delay informing the family of the death of Kumar Rajah by a day. That is very serious," he added. Also present was human rights activist S Jayathas who had recently rejoined PKR. Surendran chipped in: "Home Minister (Hishammuddin Hussein) must answer for this." He also accused the police of denying a post-mortem from being conducted and claimed that the Kajang Hospital and a magistrate were working in cahoots with the police. "There has been no post-mortem. The police deliberately refused to allow for a post-mortem. The Kajang Hospital's forensics department director has refused to do a post-mortem unless the police agree or a court order is issued," he said. Surendran said he would be lodging a report with the Malaysian Medical Council's disciplinary committee against Kajang hospital for refusing the right to a post-mortem. HIV claim pooh-poohed He said that the police and the hospital's inaction shows a possible cover-up. "Never before has the police and hospital conspired to prevent a post mortem. "The mother cannot perform the last rites for her son until a post mortem is conducted. The home minister must immediately direct that one be done immediately," said Surendran. Sooriakandhi said: "My son told me I could visit him during Deepavali. He was healthy when I visited him last Thursday. At least allow me to perform his final rites. "I had hopes that he would help me once he is released in February next year. Now they have destroyed my hopes." Sivarasa said the Kajang prison authorities claimed that Kumar Rajah died due to HIV, however both Sivarasa and Surendran are doubting it. "They is no evidence to back that up. The can only be confirmed from a post-mortem," said Sivarasa. Surendran claimed that the magistrate did not do his job. "The magistrate saw the body for 15 minutes and said that there was no need for an investigation and no foul play was involved. 'Hishammuddin a liar' In a related development, Surendran charged that Hishammuddin lied in parliament yesterday. In a written reply to Kota Melaka MP Sim Tong Him, Hishammuddin said that deaths in custody are investigated under the Criminal Procedure Code. "Hishammuddin is lying. Never do they conduct an investigation under the Criminal Procedure Code. I'm shocked and surprised that he could lie in Parliament," said Surendran. After the press conference, the two PKR leaders attempted to meet Hishammuddin but having failed to do so, met Deputy Home Minister Abu Seman Yusop. While listening to Sooriakandhi, Abu Seman Yusop stressed several times: "Let me check with the police." Surendran said he would organise street demonstrations in front of Bukit Aman soon if Sooriakandhi does not obtain her son's post-mortem report in a day or two. Source: FreeMalaysiaToday |
Samy Vellu Luluskan Projek Kondo Batu Caves – Anwar Posted: 31 Oct 2012 02:00 AM PDT KUALA LANGAT: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang. Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007. Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor. Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut. "Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu," kata Ketua Pembangkang. "Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab," tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat. Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008. "MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini," kata Anwar. Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut. "Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya. Sumber: HarakahDaily |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan