Khamis, 1 November 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Sekitar Laporan Polis oleh Rafizi Ramli Ke atas MB NS tentang pencerobohan hutan simpan kekal

Posted: 01 Nov 2012 04:15 AM PDT












AES celaru, kerajaan didesak batal semua saman

Posted: 31 Oct 2012 11:07 PM PDT


KUALA LUMPUR 31 Oktober: Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) keliru dan celaru, justeru kerajaan perlu membatalkan semua saman yang dikeluar sejak 13 Oktober lalu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Naib Presiden PAS itu berkata, terdapat beberapa pengguna jalan raya yang dikenakan saman kerana memandu lebih had laju ditetapkan iaitu 110km/j di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Namun, Seksyen 79(2) menyatakan kesalahan kerana mengabaikan isyarat lalu lintas, jadi ada kekeliruan di situ," jelas Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu.
"Hukuman di bawah seksyen tersebut juga menetapkan denda tidak melebihi RM500, bukan minimum RM300. Jadi kepada mereka yang telah disaman, kita sarankan tak perlu bayar kompaun," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, pengguna jalan raya yang disaman mungkin hanya akan dikenakan denda RM50 atau dibebaskan dengan amaran jika pergi ke mahkamah, oleh itu mereka tidak perlu membayar kompaun sehingga RM300.
"Kita pergi ke mahkamah ramai-ramai dan kami akan sediakan peguam. Tapi kalau nak kayakan kerajaan dan kroni, bolehlah pergi bayar," sinisnya.
Semalam, Pemuda Umno turut mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem itu sehingga kajian menyeluruh dilakukan.
Isnin lalu, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju untuk menangguhkan pemasangan AES di negeri masing-masing.

Anak Nazri Aziz guna kereta mewah milik Michael Chia

Posted: 31 Oct 2012 10:40 PM PDT


KUALA LUMPUR 1 November: Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menikmati manfaat terus dari Michael Chia, ahli perniagaan yang terbabit dalam skandal RM40 juta untuk Umno Sabah.
Dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang medianya di Parlimen hari ini, Nedim Nazri menggunakan kenderaan mewah jenis Hummer berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776 milik Chia.
"Kenderaan itu berharga RM459,000…hak miliknya boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
"Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan ia milik Michael Chia atau Chia 0tien Woh (670406-12-5261)," jelas Rafizi.
Menurut Rafizi, berdasarkan pemantauan, kereta tersebut kebiasaannya dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim di antara kediaman beliau di Clearwater Residence, dan kedai miliknya di Bangsar Shopping Complex.
Rafizi turut menunjukkan beberapa gambar bukti.

(Laporan menyusul)

Perhimpunan NS, Pakatan sasar 50,000 penyokong

Posted: 31 Oct 2012 09:58 PM PDT

Dipetik dari Malaysiakini

Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan mega di Seremban Sabtu ini, dan berharap untuk mengumpul 50,000 penyokong dalam siri pertama jelajah ke seluruh negara.


Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke menolak kenyataan Ketua Polis Serembah, Saiful Azly Kamaruddin bahawa permit tidak akan dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut.



"Soalan permit tidak timbul kerana tidak ada permit untuk perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011, saya tak fikir beliau (Saiful) tahu apa yang beliau cakapkan," kata Loke ketika dihubungi semalam.



Saiful dilaporkan berkata polis tidak akan memberi permit untuk perhimpunan itu kerana penganjur telah gagal untuk melengkapkan borang permohonan sebelum tarikh akhir.

Tiada ulasan: