Pengikut

Nuffnang

Selasa, 25 September 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Beli baja dari Tajudin Ramli

Posted: 25 Sep 2012 09:44 PM PDT

Untuk mendapatkan hasil yang baik, bukan saja rajin dan usaha didalam berkebun.   Ilmu pertanian juga perlu ada.  Mengendalikan tanah bukan hanya sekadar menanam biji-biji benih atau anak-anak pokok.  Cara menanamnya juga perlu ada seninya.  Baja yang sesuai dengan tanahnya juga diperlukan, bukan sebarang baja untuk semua tanah.

Sedikit demi sedikit saya belajar, melalui pengalaman saya dan melalui pengalaman rakan-rakan yang sudah berkecimpung di bidang ini.

Saya tengok rambutan saya setiap tahun begitu lebat buahnya; dan baja yang saya gunakan adalah 15-15-15, tetapi baja ini mungkin tidak sesuai dengan pokok mangga.  

Saya ada 20 batang pokok mangga, saya tanam serentak dengan pokok rambutan.  Rambutan sudah berbuah berpuluh kali, kadang-kadang 2 kali setahun.  Tetapi mangga, kecuali mempelam, tak pernah berbuah lagi walaupun setiap tahun berbunga dengan lebatnya dan bunganya itu terus layu dan tidak berhasil.

Saya lihat pokok mangga Tajudin di Taman Jaya berbuah begitu lebat.  Dia hanya tanam satu pokok sahaja di sekitar rumahnya, tetapi sentiasa berbuah.  Berterusan berbuah.  Ada yang sudah boleh dipetik, ada yang sedang-sedang, ada yang baru berputik dan sementara itu yang berbunga tetap berbunga.  Tak habis dimakan, dan Tajudin sedekahkan kepada rakan.

2 hari lepas saya bertanya kepada Tajudin akan rahsia mangganya yang bukan sahaja berbuah lebah tetapi tak henti-henti berbuah;  dia mengatakan bahawa dia gunakan sejenis baja Amonia yang dibekalkan oleh sebuah kilang di Selangor.

Saya tempah baja itu dari Tajudin dua guni.  Pagi ini saya bajakan pokok-pokok mangga saya mengikut sukatan yang ditunjukkan oleh Tajudin dan ditaburkan jauh sedikit dari pokok.

Ditaburkan jauh dari pokok kerana akar-akar kecil yang menyalurkan makanan kepada pokok itu menjalar jauh dari batangnya, dan jangan ditabur begitu banyak kerana baja ini panas dan dibimbangkan pokok yang menerima baja ini terlalu banyak akan mati.

Saya akan membubuhkan baja ini sekurang-kurangnya sebulan sekali dan didalam tempoh 6 bulan ini, saya akan bajakan pokok-pokok mangga saya dengan baja ini, dan mengikut pengalaman Tajudin, beliau berbuat demikian sehinggalah pokok bajanya menghasilkan buah yang begitu lebat.

Saya berdoa agar baja ini sesuai dengan tanah dan pokok yang saya tanam, dan jika elok, saya akan rekomenkan kepada semua kawan-kawan yang menanam pokok-pokok buahan sekitar rumah masing-masing.

MATC Cabang Kuala Krau

Posted: 25 Sep 2012 03:03 PM PDT

Alhamdulillah, KEADILAN Cabang Kuala Krau berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada 23hb September 2012 yang lalu.  Turut berjaya mengadakan MATC masing-masing ialah Wanita Keadilan Cabang Kuala Krau dan Angkatan Muda Keadilan Cabang Kuala Krau.

Cabang Kuala Krau dan 2 sayapnya iaitu Wanita dan AMK telah membuat pemilihan perwakilan masing-masing ke Kongres Nasional masing-masing yang dijadualkan berlangsung pada November 2012 jika tiada aral melintang.  Aral melintang yang digambarkan ialah kemungkinan PRU yang mungkin diadakan pada bulan itu. Jika PRU diadakan pada bulan November 2012 maka Kongres Nasional akan diundurkan ke tarikh yang terkemudian dan jika PRU-13 diadakan tahun hadapan maka Kongres akan berlangsung seperti yang dijadualkan pada bulan November.


Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua KEADILAN Cabang Rompin berucap merasmikan MATC Cabang Kuala Krau.

Kehadiran MATC tahun ini cukup menggalakkan melebihi sekali ganda dari MATC tahun lepas.  Hampir keseluruhan ranting-ranting menghantarkan anggota masing-masing ke MATC kali ini dan seperkara yang sangat membanggakan ialah kehadiran wanita dan AMK yang melebihi korum yang diperlukan untuk MAT masing-masing.


Kehadiran Wanita melebihi korum yang diperlukan untuk MAT Wanita Cabang.

Manakala kehadiran Angkatan Muda Keadilan juga bertambah sekali ganda dan melebihi korum yang diperlukan.  Dengan itu ketiga-tiga saya Parti di Cabang Kuala Krau ini dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing dengan selesa.

3 buah usul telah diluluskan didalam MATC Cabang Kuala Krau tahun ini masing-masing mengenai penurunan harga getah yang begitu rendah dan menyukarkan kehidupan orang-orang kampung samada yang memiliki kebun sendiri apatah lagi yang menoreh di kebun orang lain; mengenai Felda dan Orang Asal. 

Usul mengenai harga getah yang rendah itu telah dipersetujukan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal supaya dijadikan Usul oleh Biro ini dan di Kongres nanti jika usul ini diterima untuk dibahaskan maka Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro akan menjadi pembahasnya dan jika usul ini tidak diterima untuk perbahasan maka ucapan-ucapan dari wakil-wakil Cabang yang menganggotai Biro ini akan menyentuh isu tersebut menandakan bahawa isu Orang Kampung adalah isu yang sangat penting bagi Parti Keadilan Rakyat.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

0 ulasan
sumber :-

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


BAHU JALAN UTAMA KE SEKOLAH DIPENUHI LONGGOKKAN SAMPAH

Posted: 25 Sep 2012 03:17 AM PDT

Bahu Jalan dipenuhi dengan sampah sarap

Sisa makanan juga dibuang ditepi jalan mengeluarkan bau yang memualkan
Jalan Sejahtera 16, Taman Desa Skudai merupakan jalan utama menuju ke Sekolah Kebangsaan Taman Desa Skudai dan Sekolah Menengah Taman Desa Skudai. Jalan yang sepatutnya cantik dan bersih namun sebaliknya yang berlaku. Bahu jalan tersebut telah dicemari dengan longgokkan sampah sarap seolah-olah ianya adalah tempat buangan sampah sarap. Mereka yang tidak bertanggungjawab telah mengambil jalan mudah dengan membuang sampah sarap disitu. Longgokkan sampah tersebut sudah melebihi sebulan namun tiada tindakan dari pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.  Jika perkara sebegini berlaku di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, sudah pasti ianya menjadi tajuk utama akhbar2 perdana... AMK Gelang Patah mendesak agar pembersihan segera dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Reformasi Ekonomi untuk Malaysia

Posted: 25 Sep 2012 04:41 AM PDT

Petang tadi di Kelab Diraja Selangor — di hadapan lebih 350 tetamu — terdiri daripada tokoh korporat dan elit perniagaan negara, saya mengulangi keyakinan bahawa Agenda Ekonomi Malaysia merupakan model ekonomi masa depan untuk negara ini. Hari ini, pemerintah UMNO-BN mewarisi amalan ekonomi lapuk yang parah dengan amalan kronisme, nepotisme dan rasuah yang membarah. Kebejatan ini harus dihentikan, bukan dengan retorik transformasi, tetapi dengan reformasi ekonomi yang konsisten.

Reformasi ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat bukan hanya berkisar soal menggantikan rejim lama dengan pemerintahan baru, tetapi adalah satu suntikan kebangkitan baru kepada sektor ekonomi negara. Saya ulangi iltizam untuk memerangi rasuah, kronisme dan nepotisme dan dalam masa sama memastikan pengagihan semula kekayaan secara adil, seimbang dan sama rata untuk semua rakyat. Pemerintah yang tidak mampu untuk membela golongan miskin dan tertindas, tiada guna dipertahankan lagi.

Dasar afirmatif yang ditawarkan juga tak harus lagi berdasarkan merit kaum semata-mata apatah lagi tatkala yang memanfaat itu adalah mereka yang rapat dengan elit pemerintah. Sudah tiba masanya kita kembali kepada matlamat asal untuk membantu mereka yang benar–benar memerlukan dan layak.

Sistem tender terbuka yang diamalkan di negeri–negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat — seperti di dalam pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor dan Saudara Lim Guan Eng di Pulau Pinang — tak hanya memastikan perjalanan proses lebih telus dan adil, tetapi juga mampu mengurangkan kos projek lantas merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan. Ini adalah bukti kejayaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri secara adil, telus dan wibawa.

Saya sekali lagi mengulangi tekad bahawa Pakatan Rakyat komited dalam usaha memerangi rasuah dan ketidakadilan, kerana demi rakyat, Reformasi akan kita laksanakan tatkala Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya kelak.

ANWAR IBRAHIM

Wee Choo Keong

0 ulasan
sumber :-

Wee Choo Keong


Expedia uses AirAsia Go Holiday’s IATA Accreditation Certificate to operate as online travel agency in Malaysia?

Posted: 25 Sep 2012 09:42 AM PDT

From: YOUR VOICE ONLINE <UVOICE@malaysiaairlines.com> Date: 20 September 2012 03:33:05 PM GMT+08:00 Subject: MALAYSIA AIRLINES APPOINTS EXPEDIA, INC. TO OFFER ONLINE FARES 20 September 2012                     MALAYSIA AIRLINES APPOINTS EXPEDIA, INC. TO OFFER ONLINE FARES Malaysia's national carrier fares offered through the world's leading full-service online distribution channel                                                         Malaysia Airlines announced today [...]

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang