Pengikut

Nuffnang

Selasa, 24 Julai 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PACABA JENGKA 24

Posted: 24 Jul 2012 09:09 AM PDT




Sdr Ramli Lin menjemput saya untuk memberi taklimat kepada PACABA dan Sukarelawan Felda Jengka 24, katanya, "Ada 6 orang yang menawarkan diri untuk berkhimat dengan PKR Dun Jenderak, Kuala Krau didalam PRU akan datang."

Selepas perjumpaan dengan Sdr Rahman dan Sdr Rashid jam 2.30 petang di Pejabat saya di Temerloh, saya sempurnakan jadual saya untuk hari ini, iaitu di Kg Paya Pelong dan Kg Gong Halt.

Sehabisnya lawatan saya ke kedua-dua kampung itu saya terus pergi ke Felda Jengka 24 ke rumah Sdr Ramli.  Sdr Ramli adalah Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau.

Lebih kurang jam 5.30 petang hadirlah 15 orang anak-anak muda yang dikatakan menawarkan diri itu, saya sangka 6 orang seperti yang dikatakan oleh Ramli.  "Saya tak berani nak kata banyak tu, Haji, takut-takut yang datang tu tak ramai," kata Ramli.

Sebenarnya ada lebih 25 orang menawarkan diri menjadi Sukarelawan dan PACABA untuk DUN Jenderak, tetapi pada bulan Ramadhan ini mereka terlibat berniaga, rezeki lebih murah di bulan Ramadhan ini.

2 daripada yang hadir itu bukanlah anggota PKR, maka mereka menyertai keanggotaan sebelum menandatangani persetujuan mereka untuk menjadi sukarelawan itu..

Sementara itu anak-anak muda ini meminta saya meninggal 10 keping Borang keahlian kerana rakan-rakan mereka yang bersama-sama mereka bermain futsal di Felda Jengka 24 itu yang juga belum menjadi anggota dan berhajat menjadi anggota tidak dapat menghadirkan diri petang ini.

Maka dengan pertambahan 10 lagi anak muda yang akan menyertai kumpulan ini dan 10 orang anggota yang juga anak-anak muda yang tidak dapat hadir bererti terdapat 35 orang anak-anak muda dari Felda Jengka 24 yang menawarkan dirii berkhidmat sebagai sukarelawan untuk PKR DUN Jenderak didalam PRU yang akan datang nanti.

Jumlah inii adalah besar.  Hanya anak-anak muda dari Felda Jenderak Selatan sahaja yang boleh mengatasi mereka, kerana di Felda Jenderak Selatan ada lebih kurang 100 orang anak muda yang menawarkan diri menjadi Sukarelawan itu.

Semalam seramai 12 orang, 6 dari Kg Rekoh dan 6 lagi dari Kg Berdut turut menawarkan diri menjadi sukarelawan.

Perkembangan ini sungguh menakjubkan.  Di akhir-akhir ini begitu ramai penduduk menawarkan dirii.  Di kampung-kampung yang dulunya tidak menerima kehadiran PKR seperti Kg Dato Shariff Ahmad dan Kg Terengging kini menyenaraikan sukarelawan dan pacaba yang ramai.

Pok Yi dari Kg Gong Halt yang sudah pun menyenaraikan 12 orang Pacaba dan Sukarelawan dari Kampung itu, petang tadi menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 50 orang lagi sukarelawan-sukarelawan yang menawarkan diri untuk berkhidmat bagi PKR DUN Jenderak.

Alhamdulillah, perkembangan yang tidak disangka-sangka.  Alhamdulillah.

Suara Sri Andalas

0 ulasan
sumber :-

Suara Sri Andalas


Kurangkan Harga Kereta Jadi Manifesto Pakatan

Posted: 24 Jul 2012 12:43 AM PDT

Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan
perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais

Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.

"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.

"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya.

Sumber: Malaysiakini

Tiada Catuan Air, Bukti Usaha Burukkan Imej Kerajaan Selangor

Posted: 24 Jul 2012 12:41 AM PDT

SHAH ALAM 24 JULAI : Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa tiada keperluan untuk mencatu air di Selangor ketika ini adalah bukti isu air sengaja dijadikan gimik politik dalam usaha memburukkan imej Kerajaan Negeri.

Exco Selangor, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan berkata, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pula menjadi alat Umno-BN untuk terus menekan Kerajaan Negeri meluluskan projek Langat 2.

"Kerajaan Pusat tiada perancangan bagaimana Langat 2 akan menyelesaikan kekurangan air sedangkan Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan menerusi projek mitigasi air bernilai RM 225 juta.

"Sudahlah tiada pun penyelesaian kukuh dalam menambahbaik bekalan dan pengurusan air terawat, mereka cuba pula mensabotaj usaha Kerajaan Negeri melakukan perkara betul demi melindungi kepentingan rakyat," jelas Elizabeth yang juga Adun Bukit Lanjan.

Menurut beliau lagi, tindakan Kerajaan Pusat menghalang usaha Kerajaan Negeri jelas menunjukkan Kerajaan Umno-BN mementingkan keuntungan syarikat kroni mereka berbanding keperluan rakyat.

Beliau turut mempersoalkan kredibiliti Timbalan Perdana Menteri dalam mempengerusikan Jawatankuasa Khas menangani isu air.

"Sedangkan sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Besar Johor, beliau telah menjadikan tarif air di negeri itu antara tertinggi di negara ini sehingga memaksa rakyat Johor berdepan dengan tarif air pada kadar tidak munasabah.

"Kerajaan Umno-BN mungkin mahu menggadaikan hak rakyat Johor, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berdiam jika ada pihak yang mengambil untung atas kesusahan rakyat," tegasnya.

Sehubungan itu, Elizabeth menyeru rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bangkit mempertahankan hak mereka dan mengelak daripada terus dimanipulasikan pihak berkepentingan.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Selangor Akan Berdepan Dengan Suara Rakyat Dalam Isu Syabas

Posted: 24 Jul 2012 12:33 AM PDT

SHAH ALAM 23 JULAI : Kerajaan Negeri bersedia membuat "referendum" atau pungutan suara bagi mendapatkan pandangan rakyat Selangor berhubung hasratnya untuk mengambil alih operasi Syarikat bekalan Air Selangor (Syabas).

Cadangan ini disuarakan oleh Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar yang berkata rakyat Selangor mempunyai kepentingan dalam usaha ini memandangkan ia melibatkan penggunaan wang rakyat.

"Kita bersedia untuk melaksanakan pungutan suara rakyat dimana rakyat boleh mengundi secara langsung dan menentukan samada untuk menerima atau menolak hasrat Kerajaan Selangor mengambil-alih SYABAS.

"Kita tahu kita di pihak yang benar, dan kita yakin rakyat Selangor mempercayai kerajaan yang mereka pilih," katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor berhasrat untuk mengambilalih Syabas, syarikat swasta yang bertanggungjawab untuk mengurus operasi rawatan dan pengedaran air di Selangor.

Usaha mengambilalih atau "step-in" itu dilakukan apabila Syabas dilihat gagal dalam mengurus bekalan air terawat di Selangor.

Namun usaha itu mendapat tentangan daripada kerajaan persekutuan apabila semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata permintaan untuk Selangor step-in ke Syabas tidak diluluskan.

"Kerajaan Negeri Selangor amat bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya untuk rakyat Selangor.

"Kita komited kepada hakikat bahawa air yang tidak berhasil (NRW) harus dikurangkan ke paras bawah 20 peratus dan tarif air haruslah adil dan berpatutan.

"Kita yakin Selangor mampu mengekalkan kos sekitar kenaikan 12 peratus untuk pengguna," kata Xavier.

Sumber: Selangorku

Selangor Rancang Usaha Tingkatkan Air Terawat Berjumlah RM 500 Juta

Posted: 24 Jul 2012 12:31 AM PDT

SHAH ALAM 23 JULAI : Kerajaan Selangor telah memohon RM 225 juta dari Kerajaan Pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata melalui projek ini, hasil air terawat mampu ditingkatkan sehingga lebih 222 juta litre sehari (MLD).

Tegasnya adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan semua aset-aset air di Selangor seperti loji-loji tersebut, kerana ia dipajak kepada mereka.

"Sekiranya Kerajaan Pusat tidak meluluskan permohonan dana berkenaan, Kerajaan Negeri bersedia mengeluarkan belanja untuk memenuhi keperluan kerja-kerja tersebut.

"Ini bagi memastikan rakyat Selangor mendapat air secukupnya," Xavier dalam kenyataan medianya di sini.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri sedang mengkaji untuk  membelanjakan antara RM 200 juta hingga RM 300 juta untuk meningkatkan kemampuan rawatan air dengan menggunakan teknologi membran.

Sementara itu, Kerajaan Negeri meminta kerjasama Syabas untuk membenarkan kumpulan profesional yang dilantik mesyuarat exco Selangor untuk memantau 29 loji yang diurus mereka.

Syabas, sebuah syarikat swasta, telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi rawatan dan pengedaran air mengikut satu perjanjian pada 2004.

Syabas menguruskan 29 daripada 33 loji di Selangor manakala empat lagi di bawah kawalan Kerajaan Negeri.

"Bahkan lebih baik sekiranya SYABAS membenarkan wakil-wakil rakyat Selangor untuk memantau angka dan unjuran permintaan air dan bekalan air.

"Buat masa ini, wakil-wakil rakyat Selangor tidak dibenar masuk ke loji rawatan air Syabas dan hanya bergantung kepada angka dan statistik yang mereka berikan," Xavier berkata.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Julian Assange Interviews Anwar Ibrahim on ‘The World Tomorrow’

Posted: 24 Jul 2012 12:41 PM PDT

‘JI And Reds Claims Meant to Distract From Crime Issues’

Posted: 24 Jul 2012 09:19 AM PDT

Malaysiakini

The allegation by the Special Branch that communists and Jemaah Islamiah (JI) have infiltrated Pakatan Rakyat is merely a distraction from Home Minister Hishammuddin Hussein’s failure to tackle crime, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar says.

“These statements are meant to divert attention from the home minister’s track record, for he has failed to tackle the rising crime rate.

“I urge that he performs his duties properly and not hurl such accusations in bad faith at the opposition,” Nurul Izzah told a press conference today.

She said the people should evaluate the minister's track record, whom she said had released some 1,000 'hard core criminals' held under the Emergency Ordinance and were later accused of contributing to a spike in the crime rate.

In the meantime, she said, Hishammuddin had mocked Internal Security Act detainees by saying that he would rather have lamb chops while they held a hunger strike.

‘Move to villify Pakatan Rakyat’

At the same press conference, Seputeh MP Teresa Kok accused Hishammuddin of using the police to make the communists-terrorists allegation in order to vilify Pakatan Rakyat.

"Hishammuddin used Special Branch officers to claim that communists and Jemaah Islamiah had infiltrated Pakatan Rakyat. After using the officer, he continued with the same statement.

"This gives the impression that he has ran out of political capital and has to revive old issues," Kok said at the joint press conference of secretaries-general from Pakatan Rakyat parties.

Last Thursday, Special Branch’s E2 (M) national social extremist threat division assistant director Mohd Sofian Md Makinuddin claimed that the opposition parties were infiltrated by terrorists who wanted to become candidates in the next general election.

Hishamuddin later said that the infiltration has not yet become a national security issue and that action would be taken if it posed a threat.

Pakatan Rakyat has vehemently denied the allegation and challenged the police to name the infiltrators. The police have not responded.

BERSIH : Najib, Hishammuddin Didesak Mohon Maaf

Posted: 23 Jul 2012 11:54 PM PDT

 KeadilanDaily

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf secara terbuka kepada rakyat kerana mengatakan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan 'haram'.

"Jika kedua-dua mereka menghormati undang-undang dan Perlembagaan Negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialukan.

"Jika di negara maju dan bertamadun, pemimpin yang melakukan kesilapan terhadap rakyat tampil mohon maaf secara terbuka bahkan ada meletak jawatan demi menjaga integriti serta reputasi kerajaan dan imej negara," kata Timbalan Ketua Penerangannya, Najwan Halimi dalam kenyataan.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1 Julai tahun lalu bahawa gabungan itu adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

Sementara itu, Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC) yang senada dengan AMK turut menuntut Hishamuddin dan kerajaan membuat permohonan maaf berikutan tindakan terhadap peserta Bersih.

"AIC Malaysia merasakan Hishammuddin seharusnya bersama-sama kerajaan Malaysia memohon maaf atas kesilapan pengisytiharan itu, dan juga tindakan ganas serta tidak masuk akal terhadap pertubuhan, peserta dan rakyat yang menyokong Bersih 2.0 termasuk mereka yang menyertainya pada 9 Julai.

"Justeru tidak ada alasan lebih konkrit serta ruang untuk berdolak-dalik atas ketidak upayaan Hishammuddin yang bukan sahaja gagal menangani tuntutan rakyat dengan baik, malah bertindak sebaliknya dengan mentakrifkan pertubuhan Bersih 2.0 sebagai haram serta melabel jutaan rakyat yang mendukung tuntutan itu dengan pelbagai istilah negatif," kata Presidennya, Saifuddin Shafi Muhammad.

Katanya, demi menjaga nama baik beliau, Hishammuddin harus tampil berdepan rakyat supaya tidak timbul kebencian melampau terhadapnya.

"Tidak perlulah menyemarakkan permusuhan dengan rakyat yang jelas telah lebih matang dan berani untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sebarang bentuk penindasan.

"Mungkin inilah juga peluang terbaik kerajaan Barisan Nasional dan Hishammuddin untuk mengotakan slogan Janji Ditepati, dengan mengangkat aspirasi rakyat kembali kepada tempatnya," kata Saifuddin.

Mahkamah Putuskan BERSIH Entiti Yang Sah

Posted: 23 Jul 2012 11:43 PM PDT

Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan ‘haram’.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

“Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai,” katanya.

“Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon
pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan.”

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga – yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan – berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

“… Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH,” kata Shanmuga.

Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: “Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

“Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih
menggambarkan BERSIH sebagai “kotor” di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi

“Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram),” tambahnya.

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang