The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 24 Jul 2012 09:09 AM PDT Sdr Ramli Lin menjemput saya untuk memberi taklimat kepada PACABA dan Sukarelawan Felda Jengka 24, katanya, "Ada 6 orang yang menawarkan diri untuk berkhimat dengan PKR Dun Jenderak, Kuala Krau didalam PRU akan datang." Selepas perjumpaan dengan Sdr Rahman dan Sdr Rashid jam 2.30 petang di Pejabat saya di Temerloh, saya sempurnakan jadual saya untuk hari ini, iaitu di Kg Paya Pelong dan Kg Gong Halt. Sehabisnya lawatan saya ke kedua-dua kampung itu saya terus pergi ke Felda Jengka 24 ke rumah Sdr Ramli. Sdr Ramli adalah Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau. Lebih kurang jam 5.30 petang hadirlah 15 orang anak-anak muda yang dikatakan menawarkan diri itu, saya sangka 6 orang seperti yang dikatakan oleh Ramli. "Saya tak berani nak kata banyak tu, Haji, takut-takut yang datang tu tak ramai," kata Ramli. Sebenarnya ada lebih 25 orang menawarkan diri menjadi Sukarelawan dan PACABA untuk DUN Jenderak, tetapi pada bulan Ramadhan ini mereka terlibat berniaga, rezeki lebih murah di bulan Ramadhan ini. 2 daripada yang hadir itu bukanlah anggota PKR, maka mereka menyertai keanggotaan sebelum menandatangani persetujuan mereka untuk menjadi sukarelawan itu.. Sementara itu anak-anak muda ini meminta saya meninggal 10 keping Borang keahlian kerana rakan-rakan mereka yang bersama-sama mereka bermain futsal di Felda Jengka 24 itu yang juga belum menjadi anggota dan berhajat menjadi anggota tidak dapat menghadirkan diri petang ini. Maka dengan pertambahan 10 lagi anak muda yang akan menyertai kumpulan ini dan 10 orang anggota yang juga anak-anak muda yang tidak dapat hadir bererti terdapat 35 orang anak-anak muda dari Felda Jengka 24 yang menawarkan dirii berkhidmat sebagai sukarelawan untuk PKR DUN Jenderak didalam PRU yang akan datang nanti. Jumlah inii adalah besar. Hanya anak-anak muda dari Felda Jenderak Selatan sahaja yang boleh mengatasi mereka, kerana di Felda Jenderak Selatan ada lebih kurang 100 orang anak muda yang menawarkan diri menjadi Sukarelawan itu. Semalam seramai 12 orang, 6 dari Kg Rekoh dan 6 lagi dari Kg Berdut turut menawarkan diri menjadi sukarelawan. Perkembangan ini sungguh menakjubkan. Di akhir-akhir ini begitu ramai penduduk menawarkan dirii. Di kampung-kampung yang dulunya tidak menerima kehadiran PKR seperti Kg Dato Shariff Ahmad dan Kg Terengging kini menyenaraikan sukarelawan dan pacaba yang ramai. Pok Yi dari Kg Gong Halt yang sudah pun menyenaraikan 12 orang Pacaba dan Sukarelawan dari Kampung itu, petang tadi menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 50 orang lagi sukarelawan-sukarelawan yang menawarkan diri untuk berkhidmat bagi PKR DUN Jenderak. Alhamdulillah, perkembangan yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan