Anwar Ibrahim |
- Julian Assange Interviews Anwar Ibrahim on ‘The World Tomorrow’
- ‘JI And Reds Claims Meant to Distract From Crime Issues’
- BERSIH : Najib, Hishammuddin Didesak Mohon Maaf
- Mahkamah Putuskan BERSIH Entiti Yang Sah
Julian Assange Interviews Anwar Ibrahim on ‘The World Tomorrow’ Posted: 24 Jul 2012 12:41 PM PDT |
‘JI And Reds Claims Meant to Distract From Crime Issues’ Posted: 24 Jul 2012 09:19 AM PDT The allegation by the Special Branch that communists and Jemaah Islamiah (JI) have infiltrated Pakatan Rakyat is merely a distraction from Home Minister Hishammuddin Hussein’s failure to tackle crime, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar says. “These statements are meant to divert attention from the home minister’s track record, for he has failed to tackle the rising crime rate. “I urge that he performs his duties properly and not hurl such accusations in bad faith at the opposition,” Nurul Izzah told a press conference today. She said the people should evaluate the minister's track record, whom she said had released some 1,000 'hard core criminals' held under the Emergency Ordinance and were later accused of contributing to a spike in the crime rate. In the meantime, she said, Hishammuddin had mocked Internal Security Act detainees by saying that he would rather have lamb chops while they held a hunger strike. ‘Move to villify Pakatan Rakyat’ At the same press conference, Seputeh MP Teresa Kok accused Hishammuddin of using the police to make the communists-terrorists allegation in order to vilify Pakatan Rakyat. "Hishammuddin used Special Branch officers to claim that communists and Jemaah Islamiah had infiltrated Pakatan Rakyat. After using the officer, he continued with the same statement. "This gives the impression that he has ran out of political capital and has to revive old issues," Kok said at the joint press conference of secretaries-general from Pakatan Rakyat parties. Last Thursday, Special Branch’s E2 (M) national social extremist threat division assistant director Mohd Sofian Md Makinuddin claimed that the opposition parties were infiltrated by terrorists who wanted to become candidates in the next general election. Hishamuddin later said that the infiltration has not yet become a national security issue and that action would be taken if it posed a threat. Pakatan Rakyat has vehemently denied the allegation and challenged the police to name the infiltrators. The police have not responded. |
BERSIH : Najib, Hishammuddin Didesak Mohon Maaf Posted: 23 Jul 2012 11:54 PM PDT Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf secara terbuka kepada rakyat kerana mengatakan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan 'haram'. "Jika kedua-dua mereka menghormati undang-undang dan Perlembagaan Negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialukan. "Jika di negara maju dan bertamadun, pemimpin yang melakukan kesilapan terhadap rakyat tampil mohon maaf secara terbuka bahkan ada meletak jawatan demi menjaga integriti serta reputasi kerajaan dan imej negara," kata Timbalan Ketua Penerangannya, Najwan Halimi dalam kenyataan. Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1 Julai tahun lalu bahawa gabungan itu adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang. Sementara itu, Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC) yang senada dengan AMK turut menuntut Hishamuddin dan kerajaan membuat permohonan maaf berikutan tindakan terhadap peserta Bersih. "AIC Malaysia merasakan Hishammuddin seharusnya bersama-sama kerajaan Malaysia memohon maaf atas kesilapan pengisytiharan itu, dan juga tindakan ganas serta tidak masuk akal terhadap pertubuhan, peserta dan rakyat yang menyokong Bersih 2.0 termasuk mereka yang menyertainya pada 9 Julai. "Justeru tidak ada alasan lebih konkrit serta ruang untuk berdolak-dalik atas ketidak upayaan Hishammuddin yang bukan sahaja gagal menangani tuntutan rakyat dengan baik, malah bertindak sebaliknya dengan mentakrifkan pertubuhan Bersih 2.0 sebagai haram serta melabel jutaan rakyat yang mendukung tuntutan itu dengan pelbagai istilah negatif," kata Presidennya, Saifuddin Shafi Muhammad. Katanya, demi menjaga nama baik beliau, Hishammuddin harus tampil berdepan rakyat supaya tidak timbul kebencian melampau terhadapnya. "Tidak perlulah menyemarakkan permusuhan dengan rakyat yang jelas telah lebih matang dan berani untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sebarang bentuk penindasan. "Mungkin inilah juga peluang terbaik kerajaan Barisan Nasional dan Hishammuddin untuk mengotakan slogan Janji Ditepati, dengan mengangkat aspirasi rakyat kembali kepada tempatnya," kata Saifuddin. |
Mahkamah Putuskan BERSIH Entiti Yang Sah Posted: 23 Jul 2012 11:43 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan ‘haram’. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos. Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden. Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram. Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH. “Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai,” katanya. “Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini. Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya. Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan). Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga – yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan – berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang. “… Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH,” kata Shanmuga. Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara. Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: “Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am. “Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih “Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram),” tambahnya. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan