Suara Sri Andalas |
Posted: 23 Jul 2012 02:12 AM PDT Dilampirkan salinan memorandum untuk rujukan; Memorandum dibaca oleh Saudara Azmizam Zaman Huri, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor di hadapan Wisma Rozali, Sek 13, Shah Alam seperti di bawah: MEMORANDUM MEMBANTAH CADANGAN SYABAS UNTUK PROGRAM CATUAN AIR DAN MENGESA SYABAS AGAR MEMBENARKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGAMBIL ALIH (STEP IN) DALAM OPERASI DAN PENGURUSAN AIR SYABAS DI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA 23 JULAI 2012 Kepada : Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Daripada : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, bersama Pakatan Rakyat Selangor, NGO-NGO Selangor dan Rakyat Selangor 1) Bantahan Cadangan Program Catuan Air Oleh Syabas Kami membantah cadangan Syabas untuk melaksanakan program catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor. Tindakan mengadakan catuan ini akan menyebabkan kesusahan kepada penduduk di kawasan berkenaan lantaran mengganggu aktiviti kehidupan harian mereka. Cadangan catuan ini juga akan menyebabkan situasi panik kepada orangramai yang akan mendorong mereka menyimpan air secara berlebihan dan keadaan ini akan merumitkan lagi keadaan. 2) Desakan Menyerahkan Operasi Air Terawat Kepada Kerajaan Negeri Selangor Berikutan KEGAGALAN SYABAS MEMENUHI TANGGUNGJAWAB dalam membekalkan air terawat yang mencukupi kepada pengguna seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air ,Kami mendesak supaya SYABAS menyerahkan operasi merawat dan menbekal air kepada Kerajaan Negeri Selangor. Keengganan SYABAS berbuat demikian bukan sahaja melanggari perjanjian yang telah dibuat malah menyusahkan rakyat di negeri Selangor. 3) Perkhidmatan SYABAS Yang Tidak Memuaskan SYABAS tidak berupaya menyediakan air terawat yang mencukupi walaupun bekalan air mentah di tujuh empangan Selangor melimpah. Dibeberapa kawasan di Selangor, pengguna mengalami bekalan air pada tahap tekanan yang rendah dengan kualiti air yang tidak bersih disebabkan saluran paip yang digunakan sudah lama, sudah berkarat dan harus diganti. Keadaan ini menyebabkan urusan harian pengguna terjejas dan pengguna terpaksa membayar perkhidmatan tersebut dengan nilai yang tidak setimpal. 4) Kedudukan Kewangan SYABAS Yang Membimbangkan Kami juga tidak yakin dengan kelangsungan operasi SYABAS. Laporan awal audit mendapati SYABAS gagal melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) dengan baik. Ini jelas ditunjukkan apabila SYABAS setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 bilion. SYABAS juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil NWR (non-revenue water) kepada 20%. 5) Kerajaan Negeri Selangor Lebih Cekap Mengendalikan Operasi Air Terawat Kami menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk 'step in' bagi mengambilalih SYABAS dan percaya bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berupaya memberi perkhidmatan air terawat yang lebih baik dengan harga yang tidak membebankan rakyat Selangor. 6) Berhenti Mensabotaj Kerajaan Negeri Selangor Beberapa tindakan SYABAS dilihat tidak professional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna yang lebih bersifat kepada tindakan mensabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor antaranya; 1. Cadangan Catuan air dan program catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor dengan alasan kononnya bekalan air terawat tidak mencukupi dan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor atas keengganan meluluskan Projek Langat 2. Tindakan ini dilihat sengaja mahu mengundang rasa tidak puas hati dan marah rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor. 2. Menyebabkan Selangor kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan. 3. Sebanyak 162 buah projek pembangunan di Selangor tidak diluluskan oleh SYABAS membuktikan SYABAS tidak layak untuk mengurus air di negeri ini. Banyak aduan telah diterima dari masyarakat perniagaan yang membangunkan kawasan masing-masing tetapi tidak mendapat sijil atas alasan tekanan air rendah. Tindakan sabotaj telah menyebabkan projek yang dibangunkan tidak dapat diduduki kerana gagal memperolehi sijil menduduki. 4. Cubaan membina persepsi negatif kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan mengumumkan krisis air. SYABAS serahusnya sedar bahawa kuasa untuk mengumumkan krisis bekalan air di sesuatu negeri terletak pada tangan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan syarikat konsesi yang mengendalikan operasi air. Tindakan tidak bertanggungjawab SYABAS boleh mencetuskan isu keselamatan didalam negeri Selangor. 7) Menolak Projek Langat 2 Kami Rakyat Selangor menolak Projek Langat 2 yang dilihat akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus. Kos penyaluran Air Mentah dari Pahang Ke Selangor dan pembinaan Loji Langat 2 menelan kos perbelanjaan berjumlah RM8.65 Bilion dan kos ini akan 'dipaksakan'ke atas rakyat Selangor dengan cara terpaksa membayar bil air yang tinggi apabila projek ini siap kelak. Air adalah merupakan hak asasi yang tidak sepatutnya didagangkan hingga membebankan rakyat. Selangor sudah pun mempunyai bekalan air mentah yang mencukupi dan tidak memerlukan pembekalan air mentah dari Pahang. Apa yang diperlukan adalah operasi rawatan air yang cekap dan SYABAS sememangnya tidak berupaya melakukannya dan Projek Langat 2 dilihat hanya mengkayakan segelintir elit yang mempunyai kepentingan. Atas sebab-sebab dan kelemahan yang dinyatakan ini, Kami Rakyat Selangor mendesak sekeras-kerasnya supaya SYABAS menyerahkan semua operasi pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor demi kepentingan 5.7 juta rakyat negeri Selangor. Sekian, terima kasih. Angkatan Muda KEADILAN (AMK)Selangor, bersama Pakatan Rakyat Selangor, NGO-NGO Selangor dan Rakyat Selangor |
Selangor Government Is Prepared to Hold a Referendum of the Rakyat On the Take Over of SYABAS Posted: 23 Jul 2012 01:42 AM PDT 23 JULAI 2012 The statement by the Special Cabinet Committee (SCC) that there is no need for water rationing in Selangor, Putrajaya and KL only goes to show that the threat of water rationing and the entire saga of there being a "water crisis" was wholly manufactured by SYABAS and their cronies. 1. Today we visited the Water Treatment Plant in Sg Semenyih that has a maximum design output of 545 MLD, and is currently producing about 650 MLD daily. This treatment plant is owned and run by ABBAS (Selangor State Government). Only 4 out of 33 water treatment plants in Selangor are under the State Government's control. 2. There are currently 2 water treatment plants, namely SSP1 and SSP3 (Sg. Selangor treatment plants) that are running below their maximum design output. Reason being there isn't sufficient infrastructure to channel the additional treated water out of those 2 plants. To solve this issue, the Selangor State Government has requested RM 225 million from the Ministry of Finance (Federal Government) to carry out Water Mitigation projects (to provide the needed infrastructure), but this request is still pending approval. 3. It is the duty and responsibility of the Federal Government and SYABAS (Puncak Niaga) to maintain, upkeep and upgrade all these water assets (water treatment plants, pipes, supply lines etc) which are leased to them by the state. If the Federal Government does not approve these funds, the Selangor Government is prepared to spend its own funds to fulfill the water mitigation projects, to ensure that the rakyat of Selangor have enough water. These water mitigation projects increase output of treated water by more than 200MLD. 4. In addition to the RM 225 million the Selangor Government, is also studying the possibility of spending an additional RM200-300million to upgrade the water treatment technology at the plants to the latest membrane technology without disruption to the present supply of treated water. 5. The State Government asks the cooperation of SYABAS to allow the 4 professionals appointed by the State EXCO last week to be allowed to monitor all the water treatment plants, including the 29 plants run by SYABAS. It would be only fair to allow our State representatives to monitor the figures of water demand and supply for themselves. Right now, we have no access to the SYABAS controlled water treatment plants, and the State has to rely on the figures and statistics given by them. 6. The Selangor State Government is very serious about our role in the water management of Selangor for the people. We are committed to the facts that the Non Revenue Water (wasted treated water) must be reduced to below 20% and that water tariffs must be fair and affordable, amongst other issues. We are certain the state will be able to keep the cost within 12% increase only for the consumers. To this end we are prepared if necessary to hold a REFERENDUM of the PEOPLE where the rakyat can directly vote, and have a say whether to either accept or reject the intentions of the State Government to take over Syabas. We know we are in the right, and we are confident that the rakyat of Selangor have faith in the Government they elected. DR. A. XAVIER JAYAKUMAR AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan