Pengikut

Nuffnang

Rabu, 18 Julai 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Semarak Ramadhan anjuran Sekretariat Task Felda Negeri Selangor di Felda Sg Tengi Hulu Selangor 18.7.12

Posted: 18 Jul 2012 09:54 AM PDT

 Sdr Rebin Birham, Setiausaha Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor

 Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN
 Sdr Khalid Jaafar, Penyelaras DUN Batang Kali
 Sdr Shamsul Iskandar, Pengerusi Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor





Zabidie Abas, Anggota Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor

Suara Sri Andalas

0 ulasan
sumber :-

Suara Sri Andalas


KUMPULAN PROFESIONAL TELITI OPERASI HARIAN SYABAS

Posted: 18 Jul 2012 01:02 AM PDT


KUMPULAN PROFESIONAL TELITI OPERASI HARIAN SYABAS

Kerajaan Negeri akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bagi mengenal pasti keadaan semasa air terawat di Selangor.

Kumpulan profesional ini dianggotai oleh Suhaimi Kamaruzaman (Ketua Pengawai Eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (Pengarah ABASS), Karim Endut, (Pengurus Besar Pengurusan Air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kevin Lee (Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan, Perangsang Selangor).

Kumpulan profesional ini dihantar kerana SYABAS gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi.

Kerajaan Negeri Selangor yakin kumpulan ini akan dapat bekerjasama dengan SYABAS kerana semua anggotanya berpengalaman luas dalam operasi dan pengurusan air.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga sudah menyediakan surat untuk memaklumkan hasrat kerajaan Selangor untuk 'step in' dalam pengurusan SYABAS kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. 

Ahli EXCO Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya pada petang ini secara peribadi kepada KETTHA kerana Kerajaan Negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kita berharap SYABAS dan Kerajaan Pusat tidak menyalahgunakan isu air untuk menyusahkan rakyat terutama kepada umat Islam yang akan mula berpuasa hujung minggu ini.

Kerajaan Selangor konsisten dengan pendirian bahawa penstrukturan semula industri air merupakan penyelesaian holistik serta menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Semua Kakitangan Syabas Dikekalkan Kecuali Pengurusan Kanan Syabas Dalam Proses ‘Step-In’ Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 18 Jul 2012 12:11 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
18 Julai 2012

Kerajaan Negeri membidas  saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana agar  Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini.

Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua Negara dan juga seorang  penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas sebuah syarikat yang  berpaksikan  keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja.

Dalam kata lain Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka.

Sepatutnya Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata.

Kita juga ingin menegaskan disini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa (authority) untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air (water ration) kerana Syabas tidak diperuntukan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moralkepada rakyat Selangor.

Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air,  itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran)

Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik.

Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk 'step in' dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini.

Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan  di sini bahawa :

Semua kakitangan Syabas dibawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.

Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta  berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masadepan mereka dalam proses 'step-in' Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi.
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Wacana “Islam dan Reformasi Pemikiran Ummah” Bersama Dr. Tariq Ramadan 19hb Julai 2012 di Bukit Segambut

Posted: 18 Jul 2012 06:34 AM PDT

Tariq Ramadan: Muslims Must Fight Unjust Laws

Posted: 17 Jul 2012 09:50 PM PDT

Malaysiakini

World leading contemporary Islamic philosopher and thinker Prof Tariq Ramadan has offered six principles of governance which break the stereotype that frames Muslim administrations as anti-democratic and anti-human rights.

In a lecture organised by Penang Institute yesterday, Tariq listed rule of law, equal citizenship, universal suffrage, accountability, separation of powers and ethics in politics as basic democratic principles which must be complied with by Islamic governments.

Tariq (right) – a professor of Contemporary Islamic Studies at Oxford University – said that citizens must honour the 'agreement' in their countries which sets the rules (of law) in their daily interpersonal relationships.

For example in Malaysia, Muslims – as any other citizens of other religions – must abide by the law as they have accepted the framework of the country, added Tariq in his lecture titled 'Islam, Democracy and Human Rights: The Awakening of the Muslim World'.

However, citizens must struggle within the given framework to oppose existing (or new) laws which are unjust, said Tariq, adding "And you know how many laws in this country need reform".

The remark elicited a loud round of applause and laughter from the 300-odd crowd – comprising Penang government officials, academicians, politicians and NGO activists – who attended the three-hour lecture.

But an amused Tariq told the participants that their response to his comment made him feel like he was with the opposition, which he clarified he was not.

"I am not with the opposition, not in political terms. But in philosophical terms, I say something which is very true, your model is not perfect and your mores are not perfect," he said.

"That in the name of justice, in the name of your conscience, as a Muslim, Buddhist, Christian or whatever you are, in the name of the citizenship you have, it is your duty to stand up for what is right, if not for your government, it is for the people who live in your country," he added, to more applause from the audience.

"Don't put me in the political landscape of your country. I don't care, for if one day you come into power and you are in acceptance of injustice, you will have my wrath against you. This is the way principles are maintained," he stressed.

'Unity must be based on what is right'

Later, Tariq – the grandson of Hassan Al-Banna who founded the Muslim Brotherhood – said the Muslims must not be united based on what is wrong for to do so is not being powerful but weak.

The 49-year-old Swiss citizen of Egyptian origin also took part in a panel discussion with Islamic Renaissance Front chairperson Ahmad Farouk Musa, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia assistant professor Maszlee Malik and Penang Institute executive director Prof Woo Wing Thye.

Meanwhile, Tariq elaborated at length on the second principle – equal citizenship – which must be present in Islamic governance to ensure the government practised democracy and human rights.

He said that citizens must not only be equal before the law but must participate in the narrative that binds them as a nation.

He described Malaysian society as being "pluralistic", saying that it is a society with different cultural and religious backgrounds.

"But every citizen, no matter what their origin or their religion, should be treated equally," he said, followed by loud applause from the floor.

“Don't talk about my citizenship as if I am a minority. I am a citizen, you get it? Equal citizen means don't ask me about my history or where I come from but where we are going together."

‘Jews welcomed as part of ummah’

Tariq then cited a situation where the Prophet when arriving in Medina – which Muslims described as the first Islamic government or society – had welcomed the Jews as part of the community or "ummah".

He said "ummah" in Islam is not only from the spiritual aspect or an organised structural community at the local level but meant that a community was "part of us and have the same rights and duties as us".

He added that no community is better than the other just because they are Muslims.

"It is not by discriminating others that you are going to be the best," he quipped, to another round of loud applause, which he attempted to halt but which ended with much laughter from the crowd.

Tariq then advised that a citizen of a country must observe the laws, speak the language to express himself or herself, and must be loyal.

"If you are a loyal citizen, you would want the best for your nation. But a loyal citizen is always critical. Blind loyalty is dangerous, sectarian and racist," he added.

Anak Muda Kampung Nak Senang

0 ulasan
sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bilal masjid selalu ponteng?

Posted: 18 Jul 2012 12:18 AM PDT

18 Julai 2012 - Kami jemaah Masjid Jamek Rengit, Batu Pahat, Johor sangat kesal dengan bilal kerajaan masjid ini yang selalu ponteng hingga boleh dikatakan tahap keterlaluan. Dalam seminggu hanya sehari atau dua hari sahaja beliau menjalankan tugasnya.

Perkara ini telah lama berlaku, pelbagai agensi telah kami adukan seperti, BPA Johor, BPA putrajaya dan JAIJ sendiri,namun langsung tiada sebarang tindakan.Apa yang menghairankan, pejabat agama daerah Batu Pahat langsung tidak berbuat apa-apa tindakan dalam hal ini seolah-olah bersubahat dengan apa yang berlaku.

Masjid ini mempunyai dua imam kerajaan,salah seorang daripada mereka (Imam Saleh) juga kerap ponteng,tapi tidak seteruk seperti bilal tadi. Ini adalah satu amanah yang wajib dipikul oleh penjawat awam, lebih-lebih lagi dalam skop agama.

Diharap dengan terdedahnya diaduanrakyat online ini, pihak yang berkaitan dapat meninjau, menyiasat seterusnya menyelesaikan masalah-masalah ini.

Sekian teriam kasih

By: kahar

BULETIN RAKYAT

0 ulasan
sumber :-

BULETIN RAKYAT


KERAJAAN SELANGOR AMBILALEH SYABAS ~ TS KHALID IBRAHIM

Posted: 18 Jul 2012 04:33 AM PDT

SHAH ALAM 18 Julai: Kerajaan Selangor menghantar surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bagi memaklumkan hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Exco Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengetuai delegasi ke Putrajaya petang ini bagi menyerahkan surat itu secara peribadi.
"Isu ini penting (dan perlu) diselesaikan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Kerajaan Negeri konsisten berpendirian bahawa penstrukturan semula industri air adalah penyelesaian holistik dan menguntungkan rakyat seperti dihasratkan Akta Perkhidmatan Industri Air 2206," jelas Khalid dalam satu kenyataan.

Kerajaan Selangor sebelum ini mengumumkan penstrukturan semula untuk mengelakkan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung kenaikan tarif air sebanyak 50 peratus.
Keputusan itu dibuat menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 Perjanjian Konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan bagi kerajaan negeri masuk dalam pengurusan Syabas.
Xavier dalam kenyataan berasingan pula berharap, kakitangan Syabas yang berpengalaman dan berdedikasi agar tidak cemas terhadap masa depan mereka dalam proses 'step in' ini.
"Rombakan semula melibatkan pegawai pengurusan kanan, manakala semua kakitangan teknikal serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan," katanya.
Dalam pada itu, Khalid turut berkata, kumpulan profesional akan dihantar untuk meneliti operasi harian Syabas, ekoran kegagalan Syabas menjelaskan dengan terperinci beberapa isu dalam taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri pagi tadi.
"Ia dianggotai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Suhaimi Kamaruzaman; Pengarah Konsortium Abass, Ir Abas Abdullah; Pengurus Besar Pengurusan Air Kumpulan Perangsang Selangor, Karim Endut dan Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan Perangsang, Kevin Lee.
"Kami yakin kumpulan ini dapat bekerjasama dengan Syabas kerana semua anggotanya berpengalaman luas dalam operasi dan pengurusan air," kata Menteri Besar.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

0 ulasan
sumber :-

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


LIVE TV -18hb Julai - Ceramah MERDEKA RAKYAT -Kg. Jalan Kebun

Posted: 18 Jul 2012 06:21 AM PDT

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang