Rabu, 18 Julai 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bilal masjid selalu ponteng?

Posted: 18 Jul 2012 12:18 AM PDT

18 Julai 2012 - Kami jemaah Masjid Jamek Rengit, Batu Pahat, Johor sangat kesal dengan bilal kerajaan masjid ini yang selalu ponteng hingga boleh dikatakan tahap keterlaluan. Dalam seminggu hanya sehari atau dua hari sahaja beliau menjalankan tugasnya.

Perkara ini telah lama berlaku, pelbagai agensi telah kami adukan seperti, BPA Johor, BPA putrajaya dan JAIJ sendiri,namun langsung tiada sebarang tindakan.Apa yang menghairankan, pejabat agama daerah Batu Pahat langsung tidak berbuat apa-apa tindakan dalam hal ini seolah-olah bersubahat dengan apa yang berlaku.

Masjid ini mempunyai dua imam kerajaan,salah seorang daripada mereka (Imam Saleh) juga kerap ponteng,tapi tidak seteruk seperti bilal tadi. Ini adalah satu amanah yang wajib dipikul oleh penjawat awam, lebih-lebih lagi dalam skop agama.

Diharap dengan terdedahnya diaduanrakyat online ini, pihak yang berkaitan dapat meninjau, menyiasat seterusnya menyelesaikan masalah-masalah ini.

Sekian teriam kasih

By: kahar

Tiada ulasan: