Khamis, 3 Mei 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Press Release: Azmin Ali Sues Utusan Malaysia for RM 100 Million Over Fake Sex Photos

Posted: 03 May 2012 03:30 AM PDT

I refer to the publication of fake images and false allegations of an extra-marital liaison in the media and blogs against PKR Deputy President Azmin Ali. The allegations and photographs are fabricated, politically motivated and the lowest kind of gutter journalism. As usual, the photos have been widely published in the BN owned media and pro-UMNO blogs. Utusan Malaysia published the images in a particularly vicious and calculated manner. Images of a pornographic nature implicating the Gombak MP were splashed on the front pages of Utusan Malaysia on 2.5.12. We hold Prime Minister and President of UMNO Najib Tun Razak personally responsible for the publication of the photos. It is impossible that character assassination of this scale could be carried out by Utusan Malaysia without the approval and knowledge of Najib, whose UMNO ruling party owns Utusan Malaysia.

Today, Azmin Ali has through his solicitors Messrs Edwin Lim Suren & Soh issued a letter of demand to Utusan Melayu (Malaysia) Berhad which owns Utusan Malaysia and its Editor demanding a withdrawal of the allegations and a public apology to be published in the front page of Utusan Malaysia. In view of the seriousness of the allegations and the nationwide circulation of the newspaper, Azmin Ali has demanded the sum of RM 100 million in damages. Azmin Ali has commenced these legal proceedings to vindicate his name and reputation as a national leader and politician, and to defend the right of the public to fair and clean journalism.
 
Issued by,
N SURENDRAN 
VICE PRESIDENT KEADILAN 
3rd May 2012

Gambar Lucah: Utusan Malaysia, TV3 Paling Tak Bermoral

Posted: 03 May 2012 03:00 AM PDT

Kenyataan Media 
YB Dr Xavier Jayakumar,  EXCO Negeri Selangor
Gambar Lucah: Utusan Malaysia, TV3 Paling Tak Bermoral

Kegairahan Utusan Malaysia menyiarkan gambar lucah adegan seks di muka hadapan  semalam  terhadap Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan merupakan satu tindakan yang paling tak bermoral sebuah akhbar media arus perdana di Negara ini.

TV3 pula tanpa segan silu memutarkan fitnah melalui Ummi Hafilda untuk terus menerus mengaibkan Azmin Ali tanpa sedikitpun  merasa bersalah. 

Rakyat melihat kedua-dua media tersebut langsung tidak mempunyai etika kewartawanan dan kita beranggapan bahawa Editor kedua-dua organisasi media tersebut begitu rendah tahap profesionalisme mereka.

Masakan begitu mudah mereka menyiarkan gambar-gambar lucah yang di ambil dari blog-blog tempelan pro UMNO dan tanpa terlebih dahulu melakukan tindakan mengesahkan sumber kesahihannya sebaliknya terus menyiarkannya bagi menfitnah pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Inilah dia organisasi media yang kononnya milik orang Melayu yang beragama Islam tetapi sebaliknya ianya sanggup diperkudakan sebegitu rendah martabatnya untuk mengaibkan seorang Melayu Islam yang lain.

 
Kita berpendapat bahawa media propaganda UMNO ini tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi lidah rasmi bagi orang Melayu secara keseluruhannya kerana tindak tanduknya jelas memperlihatkan kecenderungannya menyiakan segala perintah dan suruhan tuan-tuan UMNO mereka.

Sejarah negara telah menunjukkan bahawa pemimpin UMNO silih berganti semenjak zaman Mahathir hinggalah ke zaman Najib Razak,  memperalatkan media yang sama untuk menjaja cerita-cerita seks bagi menjatuhkan lawan politik mereka .

Jarang sekali mereka berani berdebat secara bersemuka untuk memperbincangkan isu-isu kepentingan rakyat, rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerana mereka tahu kerana isu-isu sedemikian sebaliknya akan pula menjatuhkan mereka.

Rakyat Malaysia sudah matang dan mereka tidak tidak begitu terpengaruh dengan fitnah-fitnah adegan perlakuan seks yang dijaja oleh pemimpin UMNO terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor

Tarikh : 03 Mei, 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Bersihkan Pembodohan

Posted: 03 May 2012 05:45 PM PDT

The Malaysian Insider
Oleh Zulhabri Supian

Bersih! Bersih! Bersih! Kata-kata ini telah menggegarkan.

Seperti semua maklum tanggal 28 April 2012 lalu merupakan detik bersejarah di dalam perjalanan sebuah negara moden bernama Malaysia apabila puluhan ribu bahkan ada mengatakan ratusan ribu rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama turun ke jalan raya menuntut pilihan raya bersih dan adil. Aksi ini dinamai sebagai Bersih 3.0.

Sehingga kini telah tersebar catatan para peserta di blog, nota Facebook dan di media alternatif yang menceritakan pengalaman dan sudut pandang masing-masing mengenai persitiwa yang menghebohkan negara bahkan dunia. Semua itu akan dikenang suatu masa nanti sebagai catatan penting sejarah Malaysia untuk generasi mendatang seperti mana buku "Face Off: A Malaysian Reformasi Diary (1998-99)" oleh Sabri Zain dan "Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi" oleh Fathi Aris Omar yang mengisahkan catatan seputar awal reformasi dan tahun-tahun seterusnya.

Bersih pertama

Saya mempunyai ikatan personal yang kuat dengan Bersih melalui aksi pertama mereka pada November 2007 di mana saya telah membantu sedikit sebanyak belakang tabir setelah diundang bekerja sukarela oleh Faisal Mustaffa yang pada waktu itu aktif sebagai jawatankuasa. Kesan pertama, pengalaman bergiat dengan Bersih mempertemukan saya dengan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama yang cintakan negara dan di sini tiada sosok yang masih bermimpi bahawa negara ini milik Melayu dan Islam sahaja.

Pada aksi Bersih pertama saya terperangkap di Masjid Jamek setelah disembur gas pemedih mata dan air kimia dan kemudian berkumpul semula di Jalan Raja Laut sebelum berarak ke Istana Negara melaui Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu dan malangnya disambut rakyat yang sedang bersurai setelah berjaya menghantar memorandum kepada Agong. Aksi pertama menurut saya dihadiri majoriti pendukung parti PAS dan PKR dan hanya sebahagian kecil bukan Melayu. Impak Bersih pertama yang boleh diukur adalah tumbangnya Barisan Nasional di 4 buah negeri dan hilangnya 2/3 majoriti mereka di parlimen buat pertama kali dalam sejarah.

Bersih 2.0

Kemenangan parti pembangkang (kemudian dinamakan Pakatan Rakyat) di Selangor dan Pulau Pinang serta Kuala Lumpur yang beragam kaum dan agama masyarakatnya telah merubah dinamik politik di Malaysia apabila kesedaran kelas menengah dan urban terhadap hak-hak sebagai rakyat dan tuntutan kepada perubahan dan penambahbaikan negara semakin lantang. Menariknya kelantangan ini merentas 3 kaum utama yang ada di Malaysia iaitu; Melayu, Cina dan India dan pada saya dipicu oleh damainya perubahan yang terjadi di 2 negeri tersebut tanpa melalui pergaduhan dan pertumpahan darah antara kaum. Mudah kata momok 13 Mei berjaya dilepasi dan kesempatan ini dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk menggerakkan perubahan.

Tidak seperti jawatankuasa Bersih pertama yang didominasi ahli-ahli politik pembangkang, Bersih 2.0 berubah sifat apabila pemimpin-pemimpin NGO mengambil alih peranan yang pastinya mengundang pro dan kontra dari dalaman masyarakat sivil dan Pakatan Rakyat. Meskipun begitu faktanya siapa pun yang mengetuai, Umno Barisan Nasional tetap akan menganggap sebarang bentuk perlawanan sebagai musuh mereka bahkan musuh negara yang perlu dibanteras dengan apa cara sekalipun.

Tidak menghairankan apabila respon kerajaan terhadap Bersih 2.0 sangat di luar dugaan dengan tangkapan-tangkapan awal terhadap aktivis, rampasan baju kuning Bersih, tuduhan komunis sehingga teman seaktivis dari Korea Selatan terpaksa dihantar pulang dan aksi menutup bandaraya Kuala Lumpur. Seperti diramal aksi berakhir dengan keganasan dari pihak polis terhadap peserta. Meski semua itu, hasil mahal yang diperolehi dari aksi kedua adalah kemajmukan rakyat yang sanggup dan berani turun melepasi segala halangan yang dipasang polis menuju pusat kota.

Bersih 3.0

Buat pertama kali dalam sejarah Bersih, saya tidak dapat hadir menyertai rakyat di pusat utama aksi Bersih 3.0 iaitu Kuala Lumpur kerana sedang bertugas di Bali. Namun begitu kesedihan diubati dengan melakukan aksi Bersih 3.0 di Pantai Kuta yang sering menjadi tumpuan pelancong bersama rakyat Malaysia yang sedang bekerja dan belajar di sini. Tambah menarik aksi turut disertai beberapa pelancong Malaysia yang kebetulan berada di Bali dan mengetahui tentang aksi ini melalui Facebook, lihat betapa patriotiknya mereka sehingga sanggup mengorbankan sedikit masa percutian yang singkat. Tidak ketinggalan beberapa teman aktivis dari Bali turut hadir memberikan sokongan mereka. Aksi diakhiri dengan penghantaran memorandum tuntutan Bersih kepada konsul jeneral Malaysia di Bali.

Untuk pengetahuan, aksi Bersih 3.0 peringkat global telah berjaya dilakukan secara rasmi di 85 buah kota di 35 buah negara dan secara tidak rasmi di beberapa kota lainnya seperti di Nigeria dan Pulau Weh, Acheh. Apa yang saya maksudkan dengan rasmi adalah aksi yang terkoordinasi di bawah Global Bersih yang berpusat di Melbourne, Australia. Saya fikir ini merupakan aksi bersejarah dan wajib didokumentasi untuk diperingat kepada generasi mendatang.

Usai aksi di Pantai Kuta, saya melaju pulang ke rumah untuk mengikuti perkembangan terkini situasi di Kuala Lumpur. Persetankan "kerusuhan" yang telah berlaku dan teori-teori yang berlegar, saya sangat kagum dan benar-benar tidak berkata apa melihat kehadiran rakyat Malaysia yang melimpah ruah. Foto-foto kerumunan manusia yang kemudian muncul menimbulkan rasa iri hati kerana saya tidak di sana, sedih juga sebenarnya walaupun berjaya diubati dengan aksi di Bali.

Aksi Bersih 3.0 di Bali.
Jam-jam dan hari-hari seterusnya saya menghabiskan masa dengan membaca catatan-catatan peserta dan yang satu ini sangat menyentuh hati nurani saya;
"I am your typical Malaysian. A 4th generation Chinese born and raised in Malaysia. I am a mother of two young energetic children. I am your middle class average Jane Doe. I am a professional working 9-5. I studied here, married here, worked here and have never lived abroad. I did not go out on 428 because I have a terrible life. I did not go out because I am not loyal to my country or her rulers. I did not go out because I am a dumb wit bought by the opposition to cause trouble. I went because I love my country. I went because I am Malaysian. And thank you all who stood next to me that day to help me reaffirm that," — Charmaine

Pasca-Bersih 3.0

Bersih 3.0 telah membentuk dua kubu di kalangan rakyat seperti baju kuning dan merah di Thailand, pro-Bersih dan anti-Bersih dan perdebatan hangat berlaku sebelum, semasa dan sejurus aksi selesai di laman media sosial dan dunia fizikal. Macam-macam pembenaran dibawa oleh kubu pro-Bersih dan begitu juga pembodohan dari kubu anti-Bersih, ya sekali lagi "pembodohan" kerana majoriti anti-Bersih menentang kerana alasan-alasan berikut; Ambiga itu pro LGBT dan murtad, kenapa korang tidak bersyukur, Melayu gaduh dengan Melayu bangsa lain bertepuk tangan, kalau korang kutuk polis jangan nanti dirompak melapor pada polis, korang diperalatkan Anwar Ibrahim yang kemaruk nak jadi PM dan lain-lain alasan sebodoh dengannya kerana sandaran mereka hanya kaum dan agama. Jarang bahkan hampir tiada kubu anti-Bersih yang berbicara tentang tuntutan-tuntutan Bersih.

Menurut saya dengan menolak semua pembodohan tersebut, impak terbesar Bersih 3.0 adalah bersatunya anak pelbagai kaum dan agama menuntut salah satu hak mereka sebagai rakyat iaitu pilihanraya bersih dan adil. Tiada momok perkauman sebaliknya rakyat berbilang kaum dan agama bersatu hati bersama-sama di waktu senang dan di waktu susah apabila ditembak gas pemedih mata.

Apakah 8 tuntutan Bersih beserta 3 tuntutan tambahan akan segera dipenuhi kerajaan amat sukar diramal. Seandainya pilihanraya tetap dilaksana jua tanpa mengendahkan segala tuntutan Bersih dan kelak dimenangi Barsian Nasional, gerakan menuntut perubahan akan semakin lantang dan bercorak partisan. Andai dengan segala kecurangan itu hati nurani rakyat secara berjemaah memilih Pakatan Rakyat, saya percaya gerakan Bersih akan menjadi pemicu kepada pengembangan besar-besaran kelompok masyarakat sivil dan non-partisan. Bahkan kini pun saya percaya satu pertiga dari peserta Bersih 3.0 dan 90 peratus peserta Global Bersih adalah terdiri dari kelompok masyarakat sivil dan non-partisan.

Pada hemat saya, kemenangan Pakatan Rakyat sangat penting untuk memudahkan Malaysia beranjak ke tahap seterusnya dengan syarat janji-janji perubahan dilaksanakan mereka. Kala itu saya, kita dan semua yang mendukung Bersih 3.0 berupaya melangkah jauh dalam segala agenda yang diperjuangkan dan tidak akan mudah terperangkap dengan pandangan-pandangan yang kini dinamai "partisan".

Kemerdekaan kedua Malaysia ini perlu supaya tiada kedengaraan lagi alasan diperalat Anwar Ibrahim dan Ambiga, dan sudah tentu kita mahukan wacana kawan-kawan kita di Facebook tidak lebih lemah dari anak-anak sekolah menengah di Indonesia. Dari sisi lain Bersih bukan sekadar tentang pilihanraya bersih dan adil, sebaliknya tentang kualiti hujah dan pemikiran kubu yang menentang kerana kita mahukan penentang yang berfikir supaya negara bertambah maju dan dengannya dogma kaum dan agama menjadi terpinggir.

Anwar: We Did Not Order Breach Of Cordon

Posted: 03 May 2012 05:32 PM PDT

‘Langgar Penghadang Tak Tentang Arahan Mahkamah’

Posted: 03 May 2012 09:42 AM PDT

Malaysiakini

Tindakan melanggar penghadang polis di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut semasa perhimpunan BERSIH Sabtu lalu tidak menyalahi larangan mahkamah, kata Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan.

Syahredzan berkata, arahan mahkamah hanya melarang orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka dan bukan jalan sekitarnya.

“Saya rasa ia perangkap. Mereka pasang penghadang di kawasan berdekatan Kelab Diraja Selangor dan Jalan Raja walaupun tempat itu bukan dikira sebahagian daripada Dataran.

“Tetapi apa yang tidak boleh dilanggar? Arahan mahkamah apa? Arahan mahkamah hanya menyebut kamu tidak boleh melanggar ke Dataran, bukan penghadang,” katanya dalam forum analisis pasca-BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur malam tadi.

[Baca berita penuh]

Censorship Remains Despite Press Law Changes

Posted: 03 May 2012 03:37 AM PDT

Malaysiakini

We commemorate World Press Freedom Day yet again under the shadow of censorship despite claims by the government of press law reforms.

UN secretary-general Ban Ki-moon in a joint statement with Unesco director-general Irina Bokova highlighted the urgent need to lift this yoke of oppression from us when they said on the occasion of the World Press Freedom Day, “Freedom of expression is one of our most precious rights. It underpins every other freedom and provides a foundation for human dignity.”

The amendments to the Printing Presses and Publications Act 1984 (PPPA) two weeks ago do not constitute anything close to a law reform as promised by PM Najib Razak last year. The amendments do not address the critical issues of press freedom at all.

The oppressive instruments of censorship remain largely intact. It’s a sleight of hand rushed through Parliament in the early hours of the morning like a thief in the night without discussions, without consensus.

The new PPPA is bad law simply because it lacks both serious deliberation and consultation with the stakeholders – the media owners, media watchers, editors, journalists, readers, advertisers, both the bench and the bar, journalism professors, and regulatory agencies, among others.

Our press law is part of the slew of draconian laws enacted by the departing colonial regime. Under 22 years of Mahathirism, censorship became intolerable.

Even MCA, the senior partner of the ruling coalition wanted such laws scrapped. Just seven months ago its president, Dr Chua Soi Lek, wanted a deadline set for abolishing PPPA rather than merely amending it. His subsequent silence now speaks loudly about his inability to push this reform agenda within the ruling coalition.

Any serious attempt at reforming our press laws requires nothing short of a royal commission of inquiry or at least a select parliamentary committee.

This is important because the press in a participatory democracy serves as the fourth estate in the check and balance system among the legislative, executive, and judiciary.

The PPPA as its name implies is not about press freedom. It’s about censorship under its draconian provisions to the extent of granting absolute judicial power to the minister in charge in the implementation and enforcement of it. The minister plays a three-in-one role as law enforcer, prosecutor and judge, and only he can do no wrong.

The recent amendments remove the need for annual press licences and the absolute power of the minister in revoking or imposing arbitrary conditions. This means nothing. Anyone wanting to publish is still required to apply for a licence from the minister who still has the power to revoke it at any time.

Old poison in a new bottle

Censorship is rebranded as old poison in a new bottle. The minister should be embarrassed that he possesses this absolute judicial power in the first place instead of claiming victory for the removal of such a stone-age provision.

Any serious effort at press law reform must begin by embracing Article 19 of the Universal Declaration on Human Rights (UDHR) that guarantees the right to freedom of expression in the following terms:

“Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes the right to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers.”

The UDHR, as a UN General Assembly resolution, is not directly binding on member states.

However, parts of it, including Article 19, are widely regarded as having acquired legal force as customary international law since its adoption in 1948. Malaysia has no other option than to uphold press freedom.

There is no constitutional guarantee of press freedom in Malaysia. It enjoys only a derived or implied freedom from Part 2 of the federal constitution on fundamental liberties under Article 10 regarding freedom of speech, assembly and association.

It’s about time we amend the federal constitution to guarantee press freedom as a fundamental liberty.

Even a smaller nation like the Democratic Republic of East Timor (Leste) guarantees such freedom.

Among other things, Section 40 of its constitution states: “The exercise of freedom of speech and information shall not be limited by any sort of censorship.” Section 41 further states: “Freedom of the press and other mass media is guaranteed.”

The next thing we must do is to totally repeal the PPAA and replace it with two new laws – Freedom of the Press Act and Freedom of Information Act – both to be overseen by the Information Ministry and not the Home Ministry.

There should be no requirement to apply for a publishing permit and there should be reasonable access to official information and court documents.

All classified information must be de-classified say, after 25 years, unless there are compelling reasons not to. Imagine how much more well-informed we would be about the hitherto undisclosed deliberations over both the Merdeka and Malaysia Constitutions, May 13, and the NEP. Perhaps if we knew better, there would be no May 13 or the need for 'Ketuanan Melayu’ or Perkasa.

M’sia left behind by its neighbours

Press law reform is possible. All it takes is political courage and will. Look at Indonesia. It was only yesterday that the press there is totally censored by the Suharto regime and journalists must be licensed by the Persatuan Wartawan Indonesia before any publisher can hire them.

Today, Indonesia has one of the most open press in the region, if not the world. This may well explain why after the demise of the Suharto regime, the Indonesian economy has picked together with increased foreign direct investment (FDI) inflows following liberalisation of the press in 1999 and other institutions.

The Indonesian press law provides for protection for press freedom at several places there shall be no prior censorship or licensing for either the print or broadcast media. The press has the right to seek, acquire and disseminate ideas and information.

Significantly, breach of these provisions is a crime, punishable by up to two years’ imprisonment or a fine of up to 500,000,000 rupiah (RM160,000).

We do not have to wait for the demise of another totalitarian regime to reform our press law. Just bury the obnoxious publications and printing law together with its instruments of censorship.

BOB TEOH is a retired journalist. He was previously secretary-general of the Jakarta-based Confederation of Asean Journalists.

Malaysian EC is Backward, Opines Fact-Finding Group

Posted: 03 May 2012 02:59 AM PDT

Klik Disini Untuk Baca Laporan Penuh : International Fact-Finding Mission April 2012

PKR Ajak Rakyat Tolak Budaya Fitnah Umno

Posted: 03 May 2012 01:01 AM PDT

Harakah

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk keras tindakan terbaru Umno dan para pengendali laman-laman blog upahan mereka yang menjadikan Timbalan Presiden PPKR Mohamad Azmin Ali sebagai mangsa fitnah mereka.
 
Justeru, Parti Keadilan Rakyat menggesa Presiden Umno Najib Tun Razak tampil mengambil tanggungjawab dan tidak lagi bersikap 'baling batu sembunyi tangan'.
 
"Hakikat bahawa media kawalan Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang begitu bernafsu menyambung fitnah terhadap Mohamad Azmin Ali sekadar mengesahkan peranan Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan laluan lampu hijau," kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar).
 
Katanya, budaya politik kotor yang di luar batas adab dan akhlak itu sewajarnya dihentikan.
 
"Budaya fitnah ini amat jauh dari pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak dalam pemaknaan dan pengertian dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhamad saw melalui rentetan sirah," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Machang dalam satu kenyataan.
 
Menurutnya, apakala Umno berada dalam keadaan terdesak dek kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap mereka sepertimana peristiwa terbaru Bersih 3.0 di mana rakyat membebaskan diri dari perasaan takut untuk turun beramai-ramai, Umno akan beralih kepada kepakaran sebenar mereka yakni mencipta fitnah.
 
Beliau berkata, harapan Umno rakyat dapat melupakan perbuatan ganas polis ke atas rakyat, SPR yang terus memanipulasikan pilihanraya dan propaganda media kawalan Umno yang membuta tuli mempertahankan fitnah dan kezaliman mereka.
 
"Parti Keadilan Rakyat lantas mengajak rakyat mengambil pengajaran daripada peristiwa fitnah yang menimpa isteri kesayangan Nabi Muhamad saw Ummul Mukminin Aisyah ra yang difitnah berbuat jahat dengan seorang sahabat yang terkenal wara' dan kebaikannya.
 
"Peristiwa ini mendedahkan peranan golongan munafik yang mencipta dan menjaja fitnah ini. Golongan ini wajib ditolak dan ditentang habis-habisan," ujarnya lagi.
 
Jelasnya, peristiwa itu juga memberi pengajaran bahawa membanteras perbuatan fitnah menjadi tugas dan kewajipan sesama muslim demi melindungi dan memelihara maruah saudara seagama.
 
Justeru, katanya Parti Keadilan Rakyat mengajak rakyat seluruhnya menolak dan meninggalkan Umno yang terus mengamalkan politik fitnah pada pilihanraya ke 13 akan datang.
 
Menurut Saifuddin lagi, rakyat semakin matang dan jika Umno beranggapan mereka terus boleh kekal berkuasa dengan politik fitnah ini ternyata Umno silap besar.
 
"Rakyat mampu membezakan di antara haq-batil, adil-zalim dan mahmudah-mazmumah," ujarnya.

Mahkamah Paris Boleh Keluar Waran Tangkap Jika Tolak Sepina

Posted: 03 May 2012 12:32 AM PDT

Malaysiakini

Waran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan.

Menurut peguam Perancis, Joseph Breham (kanan), yang mewakili NGO Malaysia, Suaram, dalam aduan awam berhubung dakwaan
membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, “amaran merah” boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.

“Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d’amener, memaksa saksi hadir di mahkamah. Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

“Waran tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu.”

Bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau atau sesiapa sahaja dari kementeriannya, tidak akan membantu siasatan di Perancis itu.

Zahid dinamakan dalam senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh Suaram, yang telah diterima oleh hakim siasatan Perancis, Roger Le Loire.

Paris Court Can Issue Arrest Warrant If Subpoena Rejected

Posted: 03 May 2012 12:26 AM PDT

Malaysiakini

An international arrest warrant can be issued by a French judge if a witness refuses to assist in an inquiry following the issuance of a subpoena.

According to French lawyer Joseph Breham (right), who is acting on behalf of Malaysian NGO Suaram on the civil complaint on the multi-million ringgit arms kickbacks, a “red alert” can be sent to Interpol as a last resort.

“If the witness refuses to abide by the subpoena, the court can issue a notice mandat d’amener, compelling the witness to appear before it. If the witness (still) fails to oblige, a warrant of arrest may be issued.

“The warrant of arrest is applicable within the French territory, and may be internationalised, if the judge deems it necessary.”

Last month, Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi said neither he nor anyone from his ministry would assist in the French inquiry.

Zahid was named in the list of seven witnesses proposed by Suaram, which was accepted by French investigating judge Roger Le Loire.

However, this does not mean that all seven witnesses, including Prime Minister Najib Abdul Razak and his associate Abdul Razak Baginda will be subpoenaed by the inquiry.

Criminal charges soon

The judge is currently in the process of issuing subpoenas.

"The judge did indicate that Abdul Razak Baginda is a key person (in the case)," Suaram director Cynthia Gabriel (left) told a press conference today.

Reading out Breham's explanation to media, Suaram activist and lawyer Fadiah Nadwa Fikri added Breham was also informed that criminal charges will be brought upon those involved in the kickbacks.

Fadiah said that French prosecutors told Suaram's lawyers that it is about to conclude criminal investigations, separate to Suaram's complaint, on the same matter.

"The civil case has given birth to a criminal investigation. The prosecutors have told our lawyers that criminal charges will be brought soon," she said, although it is unclear who will be charged and when.

The scandal involving DCN is also linked to prominent French politicians.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kematian misteri pakar kapal selam Malaysia

Posted: 03 May 2012 12:14 AM PDT


Allahyarham Mustaffa Dapat dikhabarkan adalah merupakan seorang pakar kapal selam. Beliau mendapat pendidikan di Amerika Syarikat. Pernah berkhidmat dengan TLDM. Beliau adalah merupakan pegawai TLDM pertama mendapat sijil kapal selam pada tahun 1993 ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Australia sehingga Tentera Laut Australia begitu kagum dengan kebolehan beliau.

Beliau telah dilantik sebagai konsultan dalam projek pembelian kapal selam negara pada tahun 2001 dan telah dihantar ke Perancis. Allahyarham Mustafa Dapat meninggal dunia pada 28 Ogos 2004 setelah menghidap demam. Keadaan bertambah kritikal setelah mendapat alahan penisilin yang jarang berlaku.

Malaysia kehilangan seorang pakar kapal selam yang mungkin belum ada penggantinya lagi.


Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar
1:23PM Mei 3, 2012 

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

Ceramah Perdana 9 Mei 2012 di Kepis, Kuala Pilah

Posted: 02 May 2012 08:07 PM PDT


CERAMAH PERDANA
Saham FELDA, Siapa Untung, Siapa Rugi?
Tarikh : 9 Mei 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Felda Kepis, Kuala Pilah, N.Sembilan (rumah Damin)
Bersama :
Mazlan Aliman
Tunku Harmy Tunku Hanan
Aiman Athirah

Semua dijemput hadir . Untuk maklumat lanjut hubungi Damin 013-6280845

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


BILA BERSIH 4.0?? 1 JUTA SEDIA TURUN

Posted: 02 May 2012 09:31 PM PDT

Bila lagi nak ada BERSIH 4.0?

Apabila orang Palastine di bunuh, dipukul dgn kejam hanya kerana membaling batu2 kecil kepada tentera Israel.. kaum keluarga, saudara dan rakan-rakan mereka terus melawan tentera Israel, dan ada sehinggakan san...ggup membunuh diri dgn cara suicide-bomb.. membela yg teraniaya..

Kerana apa? Perasaan benci membuak melihat keganasan polis tidak mudah hilang begitu shj, dimana rakyat diberi jaminan berhimpun dan menyuarakan pendapat secara aman...menyebabkan imej polis negara terhumban jatuh... Soalannya, rakyat yg terbalikkan kereta kerana provokasi ada mangsa dibawah kereta, yg naik lompat atas kereta kerana kereta menghentam org ramai, siasatlah siapa yg melompat itu........... dan hari ini lagi polis mau ugut rakyat di utusex......

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Lagi warga asing diberi IC

Posted: 03 May 2012 03:27 AM PDT

Ini nama Pakistan ker haper?

Mubin Ahamed bin Abdul Rasul Selamat datang ke Malaysia. undilah kerajaan yang beri kamu i.c 

Aku berani jamin mamat ni pengundi hantu. Sebab aku interview dia tak paham cakap melayu. Bila aku tanya asal mana dia cakap beranak di Kuala Lumpur. Tapi no ic tengah tu 67. Aku tanya dia mcm mana jadi warganegara tapi tak tahu bahasa melayu? Senyap jer dia. kemudian aku cek kat semak daftar spr memang nama dia ada.So kalu buat spot cek mulai sekarang ,tahan semua warga asing mintak ic,agak agak berapa ratus ribu yang akan kantoi?..

sementara cadangan ini nak buat,sah sah dalam perlimen tiba tiba buat undang undang baru,rakyat malaysia dilarang menyoal / memeriksa warga asing sebab nak backup depa supaya mengundi BN nanti.

Undang undang menyekat mat mat bangla,indon,Pakistan,myamar,filipin dan lain lain ini telah pun diluluskan dalam perlimen pada jam 3.30 pagi. Kelulusan tergesa gesa yang bakal menyekat warga asing ini dari dipertikaikan kelayakan mereka dari membuat penentuan siapakah yang patut menerajui negara.

Inilah tujuan BERSIH demo di adakan.

Sumber: http://kingofgoblok.blogspot.com/

Adoyaii...kesiannya !!!

Posted: 03 May 2012 02:50 AM PDT

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


MAHATHIR NAFI ANTI YAHUDI

Posted: 02 May 2012 06:09 PM PDT

MAHATHIR NAFI ANTI YAHUDI

Apa kata Utusan Malaysia?

Keratan diatas saya paparkan kepada rakyat agar dapat menilai jenis apakah individu ini termasuk pimpinan UMNO/BN. Semakan kepada Utusan bertarikh 28 Febuari 1998 jelas menunjukkan bahawa mereka tidak ada pendirian yang konsisten terhadap isu Israel-Yahudi.

Namun hari ini cuba untuk menjuarai isu dengan membuat tohmahan kepada pimpinan Pakatan Rakyat berkaitan isu sokongan kononnya kepada Israel-Yahudi.
Rakyat & Anak-anak muda boleh menilai akan perkara ini. Polisi oleh pimpinan UMNO/BN yang tidak konsisten menyebabkan kita hilang arah dalam menentukan sikap terhadap dasar luar negara yang lebih konstruktif. 
-Kamarul Baharin-

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


YANG BERSIH DAN YANG KOTOR ~

Posted: 03 May 2012 12:43 AM PDT

1 JUTA MENUNGGU BERSIH 4.0

Posted: 02 May 2012 09:29 PM PDT

UTUSEX PAPAR AKSI JAMBAN !!

Posted: 02 May 2012 07:04 PM PDT

PENGUNDI HULU SELANGOR MAHUKAN CALON TEMPATAN! PAK KHALID JAAFAR MENGAMBIL KESEMPATAN !

Posted: 02 May 2012 06:14 AM PDT

AKHBAR MILIK UMNO JADIKAN AKSI SEKS PUNCA REZEKI

Posted: 02 May 2012 05:26 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


YANG BERSIH DAN YANG KOTOR ~

Posted: 03 May 2012 12:43 AM PDT

1 JUTA MENUNGGU BERSIH 4.0

Posted: 02 May 2012 09:29 PM PDT

UTUSEX PAPAR AKSI JAMBAN !!

Posted: 02 May 2012 07:04 PM PDT

PENGUNDI HULU SELANGOR MAHUKAN CALON TEMPATAN! PAK KHALID JAAFAR MENGAMBIL KESEMPATAN !

Posted: 02 May 2012 06:14 AM PDT

AKHBAR MILIK UMNO JADIKAN AKSI SEKS PUNCA REZEKI

Posted: 02 May 2012 05:26 AM PDT