Khamis, 3 Mei 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kematian misteri pakar kapal selam Malaysia

Posted: 03 May 2012 12:14 AM PDT


Allahyarham Mustaffa Dapat dikhabarkan adalah merupakan seorang pakar kapal selam. Beliau mendapat pendidikan di Amerika Syarikat. Pernah berkhidmat dengan TLDM. Beliau adalah merupakan pegawai TLDM pertama mendapat sijil kapal selam pada tahun 1993 ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Australia sehingga Tentera Laut Australia begitu kagum dengan kebolehan beliau.

Beliau telah dilantik sebagai konsultan dalam projek pembelian kapal selam negara pada tahun 2001 dan telah dihantar ke Perancis. Allahyarham Mustafa Dapat meninggal dunia pada 28 Ogos 2004 setelah menghidap demam. Keadaan bertambah kritikal setelah mendapat alahan penisilin yang jarang berlaku.

Malaysia kehilangan seorang pakar kapal selam yang mungkin belum ada penggantinya lagi.


Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar
1:23PM Mei 3, 2012 

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

Ceramah Perdana 9 Mei 2012 di Kepis, Kuala Pilah

Posted: 02 May 2012 08:07 PM PDT


CERAMAH PERDANA
Saham FELDA, Siapa Untung, Siapa Rugi?
Tarikh : 9 Mei 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Felda Kepis, Kuala Pilah, N.Sembilan (rumah Damin)
Bersama :
Mazlan Aliman
Tunku Harmy Tunku Hanan
Aiman Athirah

Semua dijemput hadir . Untuk maklumat lanjut hubungi Damin 013-6280845

Tiada ulasan: