Isnin, 12 Mac 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Program Wanita PKR di PKR Cabang Kuala Krau

Posted: 12 Mar 2012 08:01 AM PDT

Pn Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita PKR Pahang menyampaikan sumbangan kepada Halimatun Sakdiah,
semua sumbangan yang disampaikan adalah sumbangan dari YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Pusat.
  •           Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, Sdr Ramlah menghulurkan sumbangan


Ketua Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Wanita PKR Pusat, Pn Siti Khalijah Hj Mohamad menyampaikan sumbangan kepada wakil kepada ahli masyarakat yang dhaif

Bermula dari jam 10.00 pagi, bertempat di Pejabat PKR Cabang Kuala Krau, setelah mendengar penerangan dan takllimat yang disampaikan oleh Ketua Wanita PKR Pahang, Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, bermulalah program menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli masyarakat yang dhaif, ibu tunggal dan golongan Orang Berlainan Upaya.

Program yang dianjurkan oleh Wanita PKR Kuala Krau pada 8hb Mac 2012 itu disertai oleh Wanita PKR peringkat Pusat dan juga Negeri Pahang.

Tumpuan lawatsumbang itu adalah di Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.  Melalui turun padang ini barulah diketahui bahawa disebalik kononya peneroka-peneroka Felda dan Generasi Kedua Felda yang hidup senang lenang itu terdapat manusia-manusia dhaif yang hidup terbiar, ibu-ibu tunggal dari generasi kedua yang hanya bergantung kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan sumbangan yang langsung tidak mencukupi untuk menampung kehidupan sehingga anak-anak tidak bersekolah dan tinggal di dalam rumah yang beratapkan atap yang bocor sehingga apabila waktu hujan tidak ada tempat didalam pondok buruknya yang tidak ditembusi air, manusia oku yang dijagai 100% dari masanya oleh ibu tua yang sudah tidak ada keupayaan, dan anak-anak cacat mental yang langsung tidak boleh berdikari, dan bayangkan kalau ibunya yang sudah ketiadaan suami meninggal dunia, kepada siapakan anak cacat mental ini akan bergantung harapan untuk meneruskan kehidupan.

Inilah yang kami temui didalam masyarakat peneroka Felda di Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.

Siapa yang ambil tahu tentang mereka ini?  Felda?  Wakil Rakyat?  Jauh api dari panggang kerana ada diantara mereka sudah pun mengadu kepada Wakil Rakyat tetapi tidak mendapat pembelaan.

Isu-isu ini kami telah dedahkan melalui blog dan facebook dan dibaca di seluruh Negara namun tiada yang memberikan respon yang positif.

Pada hari ini, 12.3.12 Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau, Pn Anita Karim, sekali lagi melawat golongan yang dhaif ini, dan tengah hari tadi sampai di pondok Halimatun Sakdiah.  Pn Halimatun memupunyai 9 orang anak dari umur 3 bulan hingga 19 tahun.

Anak-anaknya tidak bersekolah kerana Halimatun tidak mempunyai apa-apa kemampuan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah, dan tiada seorang pun yang bekerja.  Suami Halimatun berada di Pusat Serenti.

3 dari anak Halimatun tidak mempunyai Surat Beranak, dan Halimatun telah mengadu kepada pihak-pihak berkuasa di Kuala Krau tetapi tidak memperolehi pertolongan.

Beliau tinggal di sebuah rumah sewa yang benar-benar usang, dengan atapnya yang sudah tidak dapat menahan kebocoran air hujan.

Di luar rumahnya pula kedapatan bentangan tikar diatas papan tiga keping dan disitu tempat tidur seorang wanita yang tidak mempunyai rumah, dan dikatakan cucu kepada bekas dan arwah Penghulu Mukim Jenderak.

Semasa Anita Karim sedang menemui Halimatun untuk mendapatkan butir-butir kerosakan rumahnya, dan anak-anaknya yang tidak mempunyai Surat Beranak tiba didatangi oleh seorang Ahli MCA kononnya untuk memberikan bantuan.

Tetapi wanita itu terus meninggalkan rumah itu apabila mendapat tahu bahawa Anita adalah Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau.

Kami dari PKR mengalu-alukan bantuan kepada Halimatun ini tanpa mengira dari mana datangnya, samada daripada Orang Ramai, Pegawai-Pegawai Kerajaan, dari parti-parti politik termasuk MCA, tetapi malangnya Wakil Rakyat kawasan ini yang sudah dikunjungi oleh Halimatun langsung tidak memberikan perhatian.

Insya Allah, didalam keadaan kami PKR Cabang Kuala Krau yang tidak mempunyai apa-apa peruntukan, kami akan usahakan juga untuk memperbaiki rumah tempat tinggal Halimatun ini dan akan mengusahakan untuk mendapatkan Surat Beranak kepada 3 dari anak-anak Halimatun itu.

(Sila lihat berita bergambar di dalam entri sebelum ini mengenai lawatsumbang Wanita PKR ke kawasan Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan).

Program Wanita PKR di PKR Cabang Kuala Krau

Posted: 12 Mar 2012 07:08 AM PDT






























R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Usul Tergempar "COPGATE"

Posted: 12 Mar 2012 09:23 PM PDT

13hb Mac 2012



YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Bangunan Parlimen

50680 Kuala Lumpur 





Tan Sri Yang di-Pertua,





PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18

 Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2), dengan ini saya mohon mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyuarat dengan tujuan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

 Saya , Sivarasa Rasiah [ Subang ] mohon mencadangkan:

 "Bahawa Dewan Rakyat membincangkan tuduhan-tuduhan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang membabitkan mereka dalam perlakuan jenayah yang serius yang telah didedahkan dalam laporan di laman berita internet Malaysiakini pada 11hb Mac 2012 oleh penulis Hafiz Yatim dan membuat suatu ketetapan bahawa Perdana Menteri membuat representasi kepada DYMM YDP Agung untuk melantik satu tribunal di bawah Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menyiasat tuduhan serius tersebut dan menentukan samada tuduhan-tuduhan tersebut adalah berasas dan tindakkan susulan yang diperlukan termasuk pelucutan daripada jawatan yang disandang".

 Yang Di-Pertua,

 Seperti yang perlu di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2), saya kemukakan satu pemberitahu bertulis yang menerangkan perkara yang diusulkan.

 Saya berpendapat kandungan pemberitahu bertulis dengan nyata menunjukkan bahawa perkara ini melibatkan kepentingan awam.  Perkara ini juga adalah satu perkara tertentu yang melibatkan tingkahlaku Peguam Negara.  Perkara ini juga berkehendak disegerakan selepas pendedahan terbaru dan ternyata pada 11hb Mac 2012 dalam laporan Malaysiakini.

 Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.

 Sekian.

 Yang benar,


SivarasaRasiah

AHLI PARLIMEN SUBANG



  

Pemberitahu bertulis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2)

1.Wartawan Malaysiakini En Hafiz Yatim telah dalam satu rencana bertarikh 11 Mac 2012 mendedahkan perbuatan jenayah oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan mantan Ketua Polis Negara. Mengikut isi kandungan rencana tersebut, asasnya adalah beberapa akuan bersumpah  dan juga keterangan daripada Datuk Ramli Yusuff bekas Pengarah PDRM.

2.Jenayah yang didakwa adalah berat dan sekiranya dibuktikan benar  akan mengakibatkan perlucutan daripada jawatan serta-merta dan juga wajib dihukum dengan penjara.
3.Tuduhan yang pertama adalah Gani Patail memberi perlindungan kepada satu orang penting dalam jaringan kongsi gelap di Johor bernama Goh Cheng Poh atau "Tengku Goh".  Dia telah mencelah dalam kes ini selepas Tengku Goh dibuang negeri ke Jeli, Kelantan.

4.Satu pasukan daripda Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman di bawah Datuk Ramli Yusuff  telah mendapati selepas siasatan mereka bahawa Musa Hassan telah bersubahat denganTengku Goh dan melindungi kegiatan judi dan pinjaman wang haram beliau.  Tengku Goh dibuang Negeri ke Jeli, Kelantan.  Akan tetapi seterusnya, Tan Sri Gani Patail telah mencelah dan arahkan polis untuk menyerahkan fail  untuk kes ini di mana fail kemudiannya diserah kepada pihak BPR ( kini SPRM ).  Prosedur untuk melindungi pemberi maklumat dilanggar secara ketara dengan akibat mereka diletak dalam keadaan bahaya.   Pegawai-pegawai SPRM dituduh memaksa beberapa pemberi maklumat menukar kenyataan-kenyataan mereka dengan akibat Tengku Goh berjaya dalam kes mahkamah yang dibawa oleh beliau dan beliau terpaksa dibebaskan.


Sekiranya tuduhan ini dibuktikan, ini bermaksud Tan Sri Gani Patail telah melakukan beberapa jenayah termasuk jenayah bersubahat, jenayah bersubahat  dengan pertubuhan jenayah dan juga memalsukan keterangan.

5.Peguam Negara telah didakwa dibabitkan dalam merekacipta keterangan palsu dalam bentuk tiga lapuran perubatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan kes "mata lebam" di 1998. Di dalam kes ini, Peguam Negara  telah mengarah Dr Abdul Rahman,pakar forensic untuk merekacipta 3 laporan perubatan yang kemudiannya dimasuk dalam fail siasatan kes ini dalam percubaan untuk mempengaruhi keputusan dalam kes tersebut.

6.Peguam Negara juga didakwa terlibat dalam tindakkan rasuah dalam kes berkaitan dengan Tajuddin Ramli dan pengurusan MAS.  Dakwaan di sini adalah beliau telah memberhentikan siasatan terhadap Tajuddin Ramli padahal Ramli Yusuff selaku Pengarah CID Bukit Aman telah mengesahkan kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pada 26.3.2007 bahawa Tajuddin Ramli telah melakukan jenayah dalam pengurusan MAS.


7.Pada peringkat ini, tidak ada kepastian samada dakwaan-dakwaan ini adalah betul atau tidak. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan ada bukit yang boleh dipercayai atau "credible" untuk menyokong dakwaan-dakwaan tersebut khususnya dakwaan merekacipta keterangan palsu dalam kes "mata lebam".


8.Justeru, adalah wajar untuk Dewan ini membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri membuat representasi kepada DYMM YDP Agung supaya melantik satu tribunal di bawah Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menyiasat tingkahlaku Tan Sri Gani Patail dalam kes-kes tersebut di atas.


SIVARASA akan failkan usul tergempar berhubung AG

Posted: 12 Mar 2012 08:05 AM PDT

berita selanjutnya di sini

http://www.malaysiakini.com/news/191787

Sivarasa's response re: "COPGATE"

Posted: 12 Mar 2012 07:50 AM PDT

Minister Hishamuddin's response to Malaysiakini's report on on how informants giving information to the police on Johor underworld kingpin Tengku Goh were forced by ACA officers to change their statements leading to the outcome that Tengku Goh succeeded in his habeas corpus and was freed is the classic ostrich placing its head in the sand.  He response of "prove it, prove it" is typical "in denial" behaviour. Most unbecoming of a Minister purportedly educated in the law.

A responsible response would have been to suggest that perhaps besides making allegations in a newspaper report , that a police report should be lodged. Better still, that he had directed the police to lodge a report so that investigations could be launched as to whether the allegations were true.  After all, the allegations on first blush were credible because Malaysiakini was saying they had the documentary evidence in the form of statutory declarations. Very rarely does it get as good as that.

Hishamuddin's simple-minded response has a strong irresponsible element.  Mkini's expose show that  there are two conflicting versions – the version uncovered by Commercial Crime Investigation Department  led by Ramly Yusuff showing that Musa Hassan whilst Johor CPO ( before he became IGP in 2006) was in cahoots with Tengku Goh running gambling and money-lending syndicates.  The other version supposedly uncovered by the then ACA said that the allegations against Tengku Goh were fabricated . This version led to 6 police officers supposedly making these false allegations being charged – but the Court hearing the charges found them so flimsy it did not even call for their defence. And sitting in the middle of all this is the albatross of the AG Gani Patail who supposedly  pulled the file from the CCID and passed it to the ACA.

Surely the Minister must see the obvious point staring at us all – that an independent inquiry was urgently needed to unearth the truth. 

Surely he must see that the last thing a responsible Minister must do is to ask investigative journalists to provide him "proof" before he takes action.  Journalists do not run investigation departments or courts –they unearth issues for Ministers like him to act on.

The inquiring public will next ask – is Hishamuddin deliberately missing the point?  What is his interest in covering up the matter?   

Sivarasa Rasiah
Member of Parliament Subang

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim: Selamatkan Negara Daripada Perompak Dan Samseng

Posted: 12 Mar 2012 11:05 AM PDT

Rakaman ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Pasir Puteh,Bachang,Melaka

PKR welcomes NFC prosecution but insists on funds recovery

Posted: 12 Mar 2012 02:28 AM PDT

The Malaysian Insider

Rafizi says he will not let up on the NFC scandal before the RM250 million in public monies is recovered. — File pic
KUALA LUMPUR, March 12 — PKR said today it will continue to pursue the recovery of RM250 million in federal funds awarded to the National Feedlot Corporation (NFCorp) even though Datuk Seri Shahrizat Jalil's husband has finally been hauled to court to face criminal charges.

The party's strategic director, Rafizi Ramli, who had made a slew of exposés on the cattle farming project awarded to Wanita Umno chief Shahrizat's family, hoped the prime minister will soon address the "main issue" of the abuse of public funds.

"(Datuk Seri) Najib (Razak) has not responded… And we will continue to push to recover the RM250 million," Rafizi told The Malaysian Insider when contacted today.

Rafizi, however, lauded today's move to charge Shahrizat's husband, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, in the Sessions Court with criminal breach of trust and violating the Companies Act in relation to RM49 million in federal funds given to the NFCorp.

"It is a welcome decision. It shows that Najib and [Barisan Nasional] prove they mean business," he said.

"(But) I hope it's not a show of charging them before the election and acquitting them after," he added.

Shahrizat (left) announced yesterday her decision to relinquish next month her Cabinet post as the women, family and community development minister. She, however, will continue as Wanita Umno chief despite being dogged for over four-and-a-half months by the NFC scandal.

The former Lembah Pantai MP and her family were accused by the opposition of using a RM250 million federal loan meant for the national cattle-rearing scheme to pay for unrelated land, property and expenses.

The cattle-rearing company is headed by her husband, Mohamad Salleh, and their three children.

It was tapped to run the National Feedlot Centre in Gemas, Negri Sembilan in 2006, when Shahrizat was in Cabinet.

She previously resisted calls from within her own party, including by influential former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, to quit by stressing that she was "only the wife" of Mohamad Salleh and had nothing to do with the embattled entity.

NFCorp hit the national headlines after it made it into the Auditor-General's Report last year for missing production targets.

Police recommended last month that the Attorney-General (A-G) charge NFCorp's directors for criminal breach of trust, but the A-G had asked the police to conduct further investigations prior to charging Mohamad Salleh today.

Shahrizat was appointed as the women, family and community development minister in 2001 and held the post until 2008, when she lost her seat to Nurul Izzah Anwar in the general election.

She was then appointed special advisor to the prime minister on women affairs and social development, before taking up her Cabinet portfolio once more a year later.

Kenyataan Media YB Nurul Izzah – Agenda Pemulihan Demokrasi – 11 Mac 2012

Posted: 11 Mar 2012 10:57 PM PDT

Sebagai seorang Ahli Parlimen, adalah menjadi tugas, amanah, dan tanggungjawab saya kepada rakyat Malaysia khususnya penduduk Lembah Pantai untuk memastikan bahawa hasrat dan suara hati rakyat didengar dengan jelas di dalam setiap debat dan perbincangan penggubalan undang-undang di Parlimen.

Oleh itu, agenda utama saya di Parlimen ialah Agenda Pemulihan Demokrasi menerusi  mekanisma Rang Undang-Undang Ahli Persendirian. Agenda ini telah saya lancarkan pada 23 Disember 2010, dan ia bermatlamat untuk:
Membatalkan semua Pengistiharan Darurat;
Memansuhkan semua undang-undang Anti-Demokratik seperti ISA, AUKU, PPPA;
Menunaikan Perjanjian Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia;
Menjaminkan Keadilan dan Ketelusan Pilihanraya Umum;
Mengembalikan Pilihanraya Kerajaan Tempatan;
Mewujudkan Kebebasan Media.

Usaha awal saya yang bermula dengan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian (Private Member's Bill) bertajuk "Akta Pemansuhan Darurat" pada 9 Mac 2011 telah ditolak. Namun, tujuh bulan selepas itu – pada 24 November 2011 – Perdana Menteri pula telah membentangkan usul yang sama yang telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 20 Disember 2011 yang lalu.

Ini membuktikan bahawa usaha memulihkan demokrasi melalui Parlimen mampu mendatangkan kesan dan hasil, terutamanya dengan menarik perhatian Kerajaan Persekutuan terhadap sesuatu agenda untuk manfaat rakyat; Perdana Menteri sendiri pada 16 September 2011 telah mengumumkan hasrat beliau untuk meminda beberapa akta seperti AUKU dan ISA yang akan digantikan dengan RUU baru.

Maka dengan itu, saya meneruskan usaha memperkukuhkan demokrasi dengan cadangan membentangkan tiga RUU Ahli Persendirian di Dewan Rakyat yang akan berlangsung mulai 12 Mac 2012. Tiga RUU Ahli Persendirian tersebut adalah:

1) Pindaan kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Petroleum Development Act 1974), di mana saya mencadangkan agar kuasa Perdana Menteri ke atas Petronas dibataskan, dan Petronas mestilah membentangkan akaun perbelanjaan tahunan di Parlimen yang akan menjamin ketelusan dan penggunaan khazanah bumi terhad negara secara seimbang dan mengutamakan kepentingan dan manafat rakyat;

2) Pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Printing Presses and Publications Act 1984), di mana saya mencadangkan agar akta drakonian dan lapuk ini dimansuhkan sama sekali demi memastikan media bebas dan adil dalam menjalankan tugasnya sebagai pelapor berita dan saluran maklumat yang seimbang; dan terbentuknya sebuah Suruhanjaya untuk mengawal selia urustadbir media. Rakyat mahukan laporan yang menjana budaya ilmu dan maklumat berteraskan kebenaran lagi terpisah daripada fitnah dan kepalsuan propaganda. Ini seterusnya akan membuka ruang demokrasi, langsung menjadikan negara lebih menarik untuk pelabur yang memerlukan maklumat tepat dan cepat.

3) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2012, di mana saya mencadangkan satu pindaan di buat kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan agar institusi kehakiman negara menjadi benar-benar bebas seperti keadaan asal selepas Merdeka. Ini juga akan mengembalikan prinsip perpisahan kuasa (separation of powers) dan menjadi timbang-tara semakan (checks and balances) agar tidak ada salah guna kuasa dan pecah amanah oleh setiap cabang kerajaan.

InsyaAllah, dengan sokongan Ahli-ahli Parlimen dan dokongan rakyat Malaysia, saya yakin kesemua RUU Ahli Persendirian di atas akan dibentangkan, demi Malaysia yang lebih baik.

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Perjanjian MAS, AirAsia batal?

Posted: 12 Mar 2012 03:22 AM PDT

Updates: 12-03-2012 @ 9:15 pm:  TV3 prime time news at 8:00 pm also gave a lengthy report with regards to the news of “reversing or cancellation” of the secret MAS-AirAsia share swap and CCF. Of course, Khazanah headed by Tan Sri Azman Mokhtar, the ex founder of BianFikir Sdn Bhd refused to comments on the [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tiga beranak ikat perut di Melaka kerana miskin

Posted: 11 Mar 2012 10:59 PM PDT



12 Mac 2012 , Berangan Enam, Umbai, Melaka - "Walaupun saya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan, namun kadangkala kami terpaksa juga mengikat perut," kata seorang ayah yang menyara dua anak lelakinya dengan bergantung harap pada bantuan JKM.

Daud Hamzah, 69, berkata, dua anak lelakinya yang berumur 30 dan 36 tahun tidak bekerja kerana mengalami penyakit mental.

Menurutnya, wang bantuan JKM yang diterimanya hanya cukup untuk makan sahaja dan jika terpaksa digunakan untuk tujuan lain, mereka akan mengikat perut.

"Saya akan beli beras dan lauk untuk kami bertiga dengan menggunakan wang JKM memandangkan dua anak saya tidak bekerja kerana sakit," katanya.

Daud berkata, kini dia tinggal di rumah pusaka yang tiada bilik air dan tempat memasak.

"Setiap hari saya perlu mengambil air dari perigi untuk memasak mahupun mandi selain memasak menggunakan dapur kayu," katanya.

Katanya, diharap penderitaan hidup mereka akan berakhir sekiranya pihak berkenaan dapat membina sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di hadapan rumah pusaka berkenaan.

"Saya juga mahu hidup selesa seperti orang lain dan berharap pihak berkenaan akan prihatin dengan penderitaan kami," katanya.

Selain itu, Daud juga meminta pihak berkenaan menurap jalan di hadapan rumahnya bagi mengelakkan masalah debu.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tiga-beranak-ikat-perut-1.31432

Temui Sham KAMIKAZE 17 Mac 2012 di Seremban

Posted: 11 Mar 2012 06:26 PM PDT


FORUM HIJRAH ARTIS
"Santai Bersama Selebriti"
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Bersama :
~ Sham KAMIKAZE
~ Azhar SPRING

Turut Serta : Ustaz Nor Azman Mohamad & Dr. Ahmad Suhaimi (SAMM)

Anjuran SAMM & Pakatan Rakyat N.Sembilan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Azizi 012-3696474


www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Kes pelik bekas IGP, AG dan ketua kongsi gelap

Posted: 11 Mar 2012 11:34 PM PDT

SUMBER MALAYSIAKINI: http://www.malaysiakini.com/news/191771

Ini juga pendedahan yang akan menguatkan hujah bahawa rakyat sudah tidak boleh lagi bergantung kepada pimpinan UMNO/BN untuk mentadbir Malaysia.

Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya 'ketua' kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

NONEDokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

johari baharumJohari (kanan) kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah "sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

ghani patail gani 060409Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.

Majlis tunang anak Najib guna wang rakyat RM400,000

Posted: 11 Mar 2012 11:28 PM PDT

SUMBER SUARA KEADILAN : http://www.keadilandaily.com/jpm-biayai-majlis-tunang-anak-najib-rm400000/


Majlis tunang anak Najib guna wang rakyat RM400,000

PETALING JAYA 9 Mac: KEADILAN hari ini mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah menggunakan sebanyak RM409,767 wang rakyat untuk menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya, yang diadakan di Seri Perdana tahun lalu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kos itu merangkumi satu tempahan majlis bankuet di Hotel Shangri La yang menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis pertunangan berkenaan.

Berdasarkan dokumen yang diedar kepada media, kos tersebut telah dicaj kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

"Hari ini kami tampil dengan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan majlis pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev berlangsung pada 17 Jun tahun lalu.

Menurut Rafizi, KEADILAN juga telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih.

Berdasarkan bil pembayaran, kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang berjumlah RM18,792, kos jamuan tetamu berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000.

"Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa," katanya.

"Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan," ujar beliau.

Rafizi berkata, tindakan itu menggambarkan sikap buruk kerajaan, dari perdana menteri hingga ke barisan menteri kabinet yang menggunakan wang pembayar cukai untuk kemewahan peribadi.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mendakwa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur turut menggunakan wang rakyat untuk merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan, dengan berselindung di sebalik urusan rasmi negara.