www.telokkemang.blogspot.com/ |
Kes pelik bekas IGP, AG dan ketua kongsi gelap Posted: 11 Mar 2012 11:34 PM PDT SUMBER MALAYSIAKINI: http://www.malaysiakini.com/news/191771 Ini juga pendedahan yang akan menguatkan hujah bahawa rakyat sudah tidak boleh lagi bergantung kepada pimpinan UMNO/BN untuk mentadbir Malaysia. ![]() Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya 'ketua' kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini. ![]() Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009. Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011. Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.) ![]() Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan. Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah "sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh. Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad. Bagaimanapun kes semakin pelik. ![]() Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan. Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis. Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR. Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh. BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini. |
Majlis tunang anak Najib guna wang rakyat RM400,000 Posted: 11 Mar 2012 11:28 PM PDT SUMBER SUARA KEADILAN : http://www.keadilandaily.com/jpm-biayai-majlis-tunang-anak-najib-rm400000/ Majlis tunang anak Najib guna wang rakyat RM400,000PETALING JAYA 9 Mac: KEADILAN hari ini mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah menggunakan sebanyak RM409,767 wang rakyat untuk menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya, yang diadakan di Seri Perdana tahun lalu.
Berdasarkan dokumen yang diedar kepada media, kos tersebut telah dicaj kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. "Hari ini kami tampil dengan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini. Bernama sebelum ini melaporkan majlis pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev berlangsung pada 17 Jun tahun lalu. Menurut Rafizi, KEADILAN juga telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih. Berdasarkan bil pembayaran, kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang berjumlah RM18,792, kos jamuan tetamu berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000.
"Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan," ujar beliau. Rafizi berkata, tindakan itu menggambarkan sikap buruk kerajaan, dari perdana menteri hingga ke barisan menteri kabinet yang menggunakan wang pembayar cukai untuk kemewahan peribadi. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mendakwa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur turut menggunakan wang rakyat untuk merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan, dengan berselindung di sebalik urusan rasmi negara. |
You are subscribed to email updates from www.telokkemang.blogspot.com/ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan