The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Program Wanita PKR di PKR Cabang Kuala Krau Posted: 12 Mar 2012 08:01 AM PDT Pn Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita PKR Pahang menyampaikan sumbangan kepada Halimatun Sakdiah, semua sumbangan yang disampaikan adalah sumbangan dari YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Pusat.
Ketua Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Wanita PKR Pusat, Pn Siti Khalijah Hj Mohamad menyampaikan sumbangan kepada wakil kepada ahli masyarakat yang dhaif Bermula dari jam 10.00 pagi, bertempat di Pejabat PKR Cabang Kuala Krau, setelah mendengar penerangan dan takllimat yang disampaikan oleh Ketua Wanita PKR Pahang, Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, bermulalah program menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli masyarakat yang dhaif, ibu tunggal dan golongan Orang Berlainan Upaya. Program yang dianjurkan oleh Wanita PKR Kuala Krau pada 8hb Mac 2012 itu disertai oleh Wanita PKR peringkat Pusat dan juga Negeri Pahang. Tumpuan lawatsumbang itu adalah di Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan. Melalui turun padang ini barulah diketahui bahawa disebalik kononya peneroka-peneroka Felda dan Generasi Kedua Felda yang hidup senang lenang itu terdapat manusia-manusia dhaif yang hidup terbiar, ibu-ibu tunggal dari generasi kedua yang hanya bergantung kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan sumbangan yang langsung tidak mencukupi untuk menampung kehidupan sehingga anak-anak tidak bersekolah dan tinggal di dalam rumah yang beratapkan atap yang bocor sehingga apabila waktu hujan tidak ada tempat didalam pondok buruknya yang tidak ditembusi air, manusia oku yang dijagai 100% dari masanya oleh ibu tua yang sudah tidak ada keupayaan, dan anak-anak cacat mental yang langsung tidak boleh berdikari, dan bayangkan kalau ibunya yang sudah ketiadaan suami meninggal dunia, kepada siapakan anak cacat mental ini akan bergantung harapan untuk meneruskan kehidupan. Inilah yang kami temui didalam masyarakat peneroka Felda di Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan. Siapa yang ambil tahu tentang mereka ini? Felda? Wakil Rakyat? Jauh api dari panggang kerana ada diantara mereka sudah pun mengadu kepada Wakil Rakyat tetapi tidak mendapat pembelaan. Isu-isu ini kami telah dedahkan melalui blog dan facebook dan dibaca di seluruh Negara namun tiada yang memberikan respon yang positif. Pada hari ini, 12.3.12 Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau, Pn Anita Karim, sekali lagi melawat golongan yang dhaif ini, dan tengah hari tadi sampai di pondok Halimatun Sakdiah. Pn Halimatun memupunyai 9 orang anak dari umur 3 bulan hingga 19 tahun. Anak-anaknya tidak bersekolah kerana Halimatun tidak mempunyai apa-apa kemampuan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah, dan tiada seorang pun yang bekerja. Suami Halimatun berada di Pusat Serenti. 3 dari anak Halimatun tidak mempunyai Surat Beranak, dan Halimatun telah mengadu kepada pihak-pihak berkuasa di Kuala Krau tetapi tidak memperolehi pertolongan. Beliau tinggal di sebuah rumah sewa yang benar-benar usang, dengan atapnya yang sudah tidak dapat menahan kebocoran air hujan. Di luar rumahnya pula kedapatan bentangan tikar diatas papan tiga keping dan disitu tempat tidur seorang wanita yang tidak mempunyai rumah, dan dikatakan cucu kepada bekas dan arwah Penghulu Mukim Jenderak. Semasa Anita Karim sedang menemui Halimatun untuk mendapatkan butir-butir kerosakan rumahnya, dan anak-anaknya yang tidak mempunyai Surat Beranak tiba didatangi oleh seorang Ahli MCA kononnya untuk memberikan bantuan. Tetapi wanita itu terus meninggalkan rumah itu apabila mendapat tahu bahawa Anita adalah Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau. Kami dari PKR mengalu-alukan bantuan kepada Halimatun ini tanpa mengira dari mana datangnya, samada daripada Orang Ramai, Pegawai-Pegawai Kerajaan, dari parti-parti politik termasuk MCA, tetapi malangnya Wakil Rakyat kawasan ini yang sudah dikunjungi oleh Halimatun langsung tidak memberikan perhatian. Insya Allah, didalam keadaan kami PKR Cabang Kuala Krau yang tidak mempunyai apa-apa peruntukan, kami akan usahakan juga untuk memperbaiki rumah tempat tinggal Halimatun ini dan akan mengusahakan untuk mendapatkan Surat Beranak kepada 3 dari anak-anak Halimatun itu. (Sila lihat berita bergambar di dalam entri sebelum ini mengenai lawatsumbang Wanita PKR ke kawasan Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan). |
Program Wanita PKR di PKR Cabang Kuala Krau Posted: 12 Mar 2012 07:08 AM PDT |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan