ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG |
SUAMI SHAHRIZAT DIDAKWA PECAH AMANAH Posted: 12 Mar 2012 08:55 AM PDT
(Shahrizat tiba di mahkamah sesyen Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan moral kepada suaminya selepas mengumumkan perletakan jawatan semalam)
KUALA LUMPUR, 12 Mac: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di mahkamah sesyen hari ini atas dakwaan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat. Semalam Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan meletakkan jawatan apabila tamat tempoh perlantikan beliau sebagai senator 8 April nanti. Namun, ramai yang tidak bersetuju beliau meletakkan jawatan kerana beliau sebenarnya tamat tempoh perkhidmatan pada tarikh tersebut. Ekoran berita itu, hari ini media menyiarkan pula berita pemimpin kanan NFC akan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini. Datuk Dr Mohamaed Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif NFCorp yang mendapat pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta. Ketika membentang laporannya hujung tahun lalu, Ketua Audit Negara menyatakan, ada masalah yang sedang menyelubungi projek ini. Ekoran itu, pelbagai pendedahan dibuat termasuk pembelian kondo mewah di Bangsar dan Singapura, kereta mewah serta perlancongan mewah yang melibat wang NFC. Ia bertentangan sama sekali dengan tujuan pinjaman mudah ini diberikan iaitu projek memajukan penternakan negara melalui pusat fidlot nasional. |
You are subscribed to email updates from ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan