Selasa, 11 Disember 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


MEMBAWA SABAH KE KUALA KRAU

Posted: 11 Dec 2012 02:18 PM PST

Saya sedang berusaha membawa SABAH ke Kuala Krau, saya telah menghantar mesej kepada Sdr Thamrin Jaini, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Lajim Haji Ukin, dan Musli Oli.  Setakat ini belum ada jawapan daripada mana-mana pimpinan Sabah tersebut.

Pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan pada 1hb Disember 2012 lalu saya telah bertemu dengan Sdr Thamrin Jaini dan beliau telah pun memberikan isyarat bersetuju tetapi akan confirmkan tarikh itu kemudian.

Saya juga berpeluang menghubungi Sdr Ansari, tetapi pada 22hb Disember 2012 itu, beliau akan mengahwinkan anaknya dan beliau pinta tarikh lain yang lebih sesuai.

Baru sebentar tadi Sdr Musli Oli, Ketua Penerangan PKR Sabah, telah memberikan jawapan bahawa beliau akan menyemak dengan dairynya samada tarikh itu sesuai atau sebaliknya.

Tujuan saya membawa Sabah ke Kuala Krau adalah untuk memberi peluang kepada pengundi-pengundi Kuala Krau dan khususnya pengundi-pengundi DUN Jenderak mendengar dari mulut pimpinan Sabah sendiri akan perkembangan di Sabah.

Diberitakan bahawa kali ini Sabah akan jatuh kepada Pakatan Rakyat dan sekurang-kurangnya 16 daripada kerusi Parlimen di Sabah akan dirampas oleh Pakatan Rakyat.  Tetapi berita-berita gembira itu hanya dapat dibaca dari akhbar-akhbar alternatif Suara Keadilan, Harakah dan Roket.

Saya juga berhajat membawa Sdr Bumburing tetapi contact numbernya belum saya perolehi, dan sebelum PRU-13 ini saya akan juga hubungi Sdr Baru Bian, Pengerusi MPN PKR Sarawak dan Sdri Zulhaidah Suboh dari Miri Sarawak untuk turun ke Kuala Krau dan bercerita sendiri tentang perkembangan di Sarawak.

Pakatan Rakyat menyatakan bahawa pada PRU-13 ini, Barisan Nasional akan tumbang dan kerajaan baru Pakatan Rakyat akan menggantikannya.  Pertambahan kerusi Parlimen untuk Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Johor dan lain-lain Negeri memberikan majoriti mudah kepada Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Pengundi-pengundi atas pagar akan lebih mudah membuat perkiraan dengan perkhabaran ini!

King Of Goblok: Apakah yang akan berlaku selepas pengumuman Pakata...

Posted: 11 Dec 2012 01:59 PM PST

King Of Goblok: Apakah yang akan berlaku selepas pengumuman Pakata...: Apakah yang akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13? Sebelum gua cerita lanjut tentang isu ini, sila baca dulu pencerahan u...

Tiada ulasan: