Anak Muda Kampung Nak Senang |
Muzium Negeri Sembilan di saman RM180,000.00? Posted: 12 Dec 2012 12:15 AM PST Benarkah Muzium Negeri di Seremban banyak berlaku artifak hilang, buku besar dari Sarawak, kehilangan keris Di Raja, kehilangan barangan peninggalan pendeta Zaaba. Dalam kes buku besar Sarawak kes mahkamah melibatkan RM180,000.00? Jika benar, apa sudah jadi dengan pentadbiran serta pengurusan Muzium Negeri? Za'ba dipersenda 2011/05/15 Waris kecewa khazanah tinggalan pendeta tidak dihargai KUALA LUMPUR: "Tok Tai akan menangis dalam kubur jika tahu khazanah warisannya tidak dihargai," kata cucu Pendeta Za'ba, Rozlin Za'ba Mohd Redza, merujuk panggilan mesra Allahyarham datuknya, Tan Sri Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia 38 tahun lalu. Beliau kesal kerana Teratak Za'ba yang dibina dengan kos hampir RM2 juta, di kampung asalnya, di Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan 10 tahun lalu, seperti tidak menghargai sumbangan tokoh berkenaan kerana hampir keseluruhan bahan pameran dalam memorial itu bukan milik Allahyarham, sedangkan keluarga mereka sanggup menyerahkan khazanah tinggalan Za'ba secara percuma. |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan