Jumaat, 23 November 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Aki saya juga adalah Ahli UMNO

Posted: 23 Nov 2012 05:28 PM PST

Semangat arwah aki saya mahukan kemerdekaan bukan semangat yang dibuat-buat.  Tidak ada oporcunisma didalam perjuangannya menuntut kemerdekaan.  Anak-anaknya serta menantu-menantunya dan cucu-cucunya berjuang didalam API dan PKMM.  Sesetengahnya berada didalam tahanan Inggeris dan sesetengahnya masih berjuang secara gewrila didalam hutan, dan ada anaknya dan anak saudaranya yang sudah ditembak mati.

Aki saya berpelajaran Inggeris.  Pernah bekerja dengan pentadbiran Inggeris sehinggalah beliau melarikan diri dan mengaji berpondok di Negeri Kelantan hingga lebih 10 tahun lamanya.

Dia kembali ke Pahang, dan aktif didalam UMNO.  Dia tidak mahu menjadi pemimpin walaupun pada waktu itu dia sangat layak.  Dia berpendidikan Inggeris dan dia juga berpendidikan agama, dan dia adalah seorang guru tajwid, dan anak muridnya berada di sekitar Daerah Temerloh, mengaji tajwid dengannya.  Dia fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Dia pilih menjadi Guru Agama di Sekolah Melayu pada waktu itu dan dia berpencen sebagai seorang Guru Agama.

Walaupun dia aktif didalam UMNO, tetapi dia memberikan sokongan kepada anak-anak dan menantunya yang berjuang didalam API dan PKMM.  Dia juga pernah ditangkap oleh Inggeris kerana kononnya memberi bantuan makanan kepada "pengganas" komunis, walhal dia memberikan makanan kepada anak-anaknya dan menantu-menantunya yang bergerak secara gerila menentang Inggeris.

Semasa Tunku Abdul Rahman kembali dari London setelah "berjaya" berunding untuk kemerdekaan Malaya, aki saya dengan menaiki keretapi dari Mentakab ke Gemas dan dari Gemas ke Melaka, menyambut Tunku Abdul Rahman.

Aki saya cukup gembira dengan perisytiharan yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman bahawa Inggeris bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Malaya.  "Merdeka" bagi aki saya adalah segala-galanya.  Tidak ada perkara yang lebih istimewa dari dapat Negara ini memerintah sendiri mengendalikan halehwal kenegaraan.

Beliau tidak kisah dengan politik berparti.  Walaupun beliau ahli UMNO dan tidak pernah "miss" menghadiri Mesyuarat-Mesyuarat yang dianjurkan oleh UMNO Pahang Selatan di Temerloh pada waktu itu, tetapi dia tidak pernah menghalang anak-anak dan menantu-menantunya daripada aktif didalam Parti Rakyat Malaya.  Anak-anaknya serta menantu-menantunya (termasuklah ayah saya, bapa saudara saya, emak saudara saya) berjuang didalam Parti Rakyat Malaya.

Kami adalah dari keluarga gerila, kami adalah dari keluarga API dan PKMM dan kami adalah dari keluarga Parti Rakyat Malaya.  Lubok Kawah ada suatu nama sinonim dengan perjuangan menuntut kemerdekaan, dan saya dilahirkan didalam keluarga rebolusi dan keluarga orang kiri dari Kg Lubok Kawah.

Aki saya adalah orang UMNO tetapi bukan seorang oporcunis seperti pimpinan UMNO hari ini!!!

Kedahkini: Panas ! Setiausaha Agung BN Sarawak Akui PR Akan R...

Posted: 23 Nov 2012 03:37 AM PST

Kedahkini: Panas ! Setiausaha Agung BN Sarawak Akui PR Akan R...: Setiausaha Agung BN negeri, Stephen Rundi yang membayangkan BN mampu mengekalkan dua pertiga kerusi di negeri itu membuktikan bahawa Pak...

Diayah daripada BTN

Posted: 23 Nov 2012 12:58 AM PST

Sebagai bekas pemimpin Gerakan Belia 4B Malaysia, sahabat saya Sdr Mazlan, telah dipanggil ke taklimat oleh BTN di Negeri Sembilan.  Hadir sama dalam taklimat itu adalah semua bekas pimpinaan 4B dan MAYC Negeri Sembilan.

Taklimat itu hanyalah untuk memundurkan fikiran bekas-bekas pemimpin belia kopnonnya kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia maka Negara ini akan diperintah oleh orang Cina melalui DAP.  Kononnya Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Melayu seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan hanya dilantik sebagai Menteri biasa sahaja.

Kuasa politik kononnya akan terletak di tangan pimpinan kaum Cina.  Mengalir dari situ berbagai lagi andaian yang dibuat oleh penceramah-penceramah BTN itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya menolak Pakatan Rakyat.

Dengan keyakinan bahawa mereka telah berjaya mempengaruhi bekas-bekas pemimpin belia itu bahawa Pakatan Rakyat perlu ditolak untuk mengekalkan kuasa politik orang Melayu, BTN menjemput para peserta mengemukakan soalan-soalan.

Maka Mazlan dengan cara selamba mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang bercakap dan mengemukakan soalan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada BTN yang bersusah payah menyedarkan bekas pimpinan belia akan bahayanya kepada Orang Melayu jika Pakatan Rakyat memang didalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dengan kesedaran itu, Sdr Mazlan meminta jawapan dari BTN mengenai kedudukan wakil-wakil rakyat kaum Cina selepas tsunami politik tahun 2008 bilamana wakil-wakil rakyat Melayu bertambah dengan banyaknya; beliau juga meminta BTN menjawab jumlah kerusi yang boleh dimenangi oleh DAP berbanding dengan PAS, PKR dan UMNO.  

Mazlan menyatakan bahawa kawasan yang mempunyai jumlah pengundi Cina berbanding dengan kawasan-kawasan lain tidak melebihi 30 kawasan sahaja, dan bagaimanakah DAP yang mungkin akan hanya berjaya memperolehi 30 orang Ahli Parlimen berbanding dengan 222 ahli Parlimen lain boleh menegakkan kuasa politik orang Cina!!

Pegawai-pegawai BTN itu bukan sahaja tidak menjawab soaloan itu bahkan mereka meninggalkan tempat taklimat tanpa menyentuh makanan yang disediakan.

Rupa-rupanya inilah kerja jahat BTN, menaburkan pembohongan dan menaburkan semangat perkauman yang tebal.  Alangkah ruginya wang Negara ini membiayai BTN yang menjalankan tugas-tugas anti-nasional, mereka itulah golongan yang menggugat keselamatan dalam Negeri, dan sewajarnya golongan itulah yang patut dicampakkan kedalam tahan ISA!!!

Tiada ulasan: