Suara Sri Andalas |
- Janji Pakatan - Turun harga minyak dan kereta mansuh PTPTN pendidikan percuma
- Pakatan Harapan Rakyat Dilancarkan
- Ops Kolah Bagi Perangi Nyamuk Aedes
- Ukraine Mahu Promosikan Industri Produk Minyak Sawit Selangor
- Status Kemajuan Pembinaan Hospital Shah Alam Diragui
Janji Pakatan - Turun harga minyak dan kereta mansuh PTPTN pendidikan percuma Posted: 03 Nov 2012 09:00 PM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir. "Saya berbicara dengan hati dan keyakinan, jika kita buat sesuatu dengan tidak mempertahankan kezaliman... Kita pergi ke Putrajaya, (kita) jangan izin rakyat menderita dan dizalimi. "... kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma dan kaji AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik). "(Indeks) rasuah meningkat, barang naik... itu racun daripada BN," kata Anwar yang juga ketua umum PKR di hadapan kira-kira 30,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi. Ia merupakan kesimpulan isi ceramahnya yang mengulas isu-isu semasa antaranya kenaikan harga minyak dan risiko pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggapnnya membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Sekaligus, beliau yang juga ketua pembangkang turut mengulangi jaminan dan janji Pakatan mengenai pemberian pendidikan percuma dengan membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta. "Jika kita menang, Insya-Allah kita juga akan tingkatkan mutu pendidikan negara... Kita tidak akan terlibat dengan diskriminasi... Tak payah main isu bangsa. Kita akan lawan, insya-Allah kita akan menang," katanya sewaktu mengulas isu PTPTN. Selain itu, Anwar membidas pengamalan rasuah tetapi didakwanya didiamkan oleh pihak berkuasa dan keresahan anak muda yang tidak pekerjaan sedangkan ada individu yang didakwanya mengautkan keuntungan berbilion ringgit selepas membeli syarikat arak. Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat. Sebelum itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka "maha suci" daripada kekurangan. "Tidak ada silap... Harta negara (jadi macam) harta pemimpin. Ini bukan satu amanah. Ini bukan ajaran Islam... Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau bagi menghuraikan sepotong ayat al-Quran yang dibacanya sebelum itu. Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Abdul Hadi menegaskan rakyat boleh menghukum kerajaan itu dengan menggunakan platform demokrasi, bahkan Pakatan melaksanakannya dengan menghantar wakil rakyat di Parlimen untuk menghantar mesej tersebut. "(Tetapi) BN tidak bersedia untuk untuk membuat perubahan. Kita wajib ubah kerajaan. Tukar pemimpin (berlaku) di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain. "Parti buat silap, rakyat hukum... Tapi ia tidak jadi di Malaysia. Mahu jadi kerajaan selama-lamanya. Kesalahan ditutup dengan akta OSA, ISA untuk menyekat kebebasan rakyat," katanya. Sementara itu, Lim Kit Siang pula menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13. "Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," katanya. Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan itu kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni. Sumber: Malaysiakini |
Pakatan Harapan Rakyat Dilancarkan Posted: 03 Nov 2012 02:00 AM PDT PETALING JAYA, 3 NOV : Perang psikologi dua kuasa besar politik negara mula 'dilancarkan' apabila PKR menjadi parti politik pertama memperkenalkan poster dan bilboard kempen Piliharanraya Umum ke-13 (PRU) hari ini. Dengan tema "Pakatan Harapan Rakyat", majlis pelancaran disempurnakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan Ibu Pejabat PKR. Untuk fasa pertama, sebanyak 10 bilboard diperkenalkan dan fasa seterusnya akan diperkenalkan sehingga menjelang PRU-13. Kempen ini juga akan disebarkan menggunakan media elektronik termasuk laman sosial dan blog. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan segala urusan termasuk kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan diuruskan oleh pasukan khas. Beliau menambah, setakat ini sebanyak 13 tajuk risalah telah disebarkan sejak empat bulan lalu. Menurut Wan Azizah, PR lebih selesa untuk bertempur dengan kempen politik sihat dan idea berbanding menghamburkan kata nista serta mainan fitnah seperti yang diamalkan Umno-BN. "Sebab itu PRU-13 kita tidak mahu dirosakkan dengan cacian. Kita mahu mewarnai kempen PRU ini dengan idea, harapan, wajah-wajah rakyat, semangat dan kelakinan Malaysia bakal dan InsyaAllah akan mendapat lebih kebaikan," katanya di Ibu Pejabat PKR. Ujar Wan Azizah, sejak tahun 2008, PR telah membawa banyak isu rakyat seperti penurunan harga minyak, pembinaan rumah mampu milik dan skim kesihatan wanita yang selama ini cuba dipadamkan oleh Umno-BN. Turut hadir, beberapa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR antaranya Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Fuziah Salleh dan Exco Selangor, Rodziah Ismail. Sumber: Selangorku |
Ops Kolah Bagi Perangi Nyamuk Aedes Posted: 03 Nov 2012 01:30 AM PDT SHAH ALAM 3 NOV : Dalam usaha memerangi pembiakan nyamuk Aedes, Kerajaan Negeri memperuntukkan 'Direct Grant' sebanyak RM 5,000 setiap tahun kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengadakan "Ops Kolah". Dalam satu Majlis Perasmian Ops Kolah peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi tadi, Exco Kesihatan, Dr. Xavier Jayakumar berkata usaha itu penting untuk mendidik masyarakat membersihkan kolah mandi mereka agar tidak menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes. "Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing maka saya yakin dan percaya kita mampu mengatasi dan mencegah kes demam denggi daripada berleluasa," ujar Xavier dalam majlis yang diadakan di Flat PKNS Blok 68, Seksyen 24 di sini. Selain itu, Xavier turut menekankan agar semua pihak memberikan kerjasama dalam usaha membanteras tempat pembiakan di sekitar kawasan-kawasan sekolah yang mempunyai potensi menjadi sarang pembiakan Aedes. "Saya harap pihak pendidikan dapat bekerjasama dengan pihak sekolah termasuk pihak PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru) untuk memastikan kawasan sekolah bersih dan bebas pembiakan Aedes. "Jika didapati terdapat jentik-jentik, kita di peringkat PBT boleh mengambil tindakan menutup sekolah tersebut," tegas Xavier. Beliau yang ditemani Timbalan Datuk Bandar, Mohtar Hani dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 8, Hisham Shariman turut berkesempatan melawat dua buah rumah selain meninjau kawasan persekitaran flat tersebut. Dalam tahun ini, sebanyak 7,359 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negeri Selangor dan 939 kes daripada jumlah tersebut berlaku di kawasan MBSA. Sehingga 27 Oktober lalu, MBSA mengenal pasti empat kawasan 'Hot Spot' pembiakan nyamuk Aedes iaitu di Taman Karrupiah (Padang Jawa), Stesyen Mumbar Tentera Darat Kem Sungai Buloh (Seksyen U19), Pangsapuri Damai (Seksyen U4) dan Asrama SMK Sek 18 (Seksyen 18B). Sumber: Selangorku |
Ukraine Mahu Promosikan Industri Produk Minyak Sawit Selangor Posted: 02 Nov 2012 02:00 AM PDT SHAH ALAM, 2 NOV : Bagi merancakkan sektor pelaburan di antara dua negara, Ukraine hari ini menyatakan kesediannya untuk mempromosikan Selangor kepada pelabur Ukraine yang berminat untuk terlibat dalam industri penghasilan produk berasaskan minyak sawit. Perkara ini dinyatakan delegasi Wilayah Kyiv, Ukraine, kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengadakan kunjungan hormat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, hari ini. Dalam pertemuan kira-kira setengah jam itu, Timbalan Ketua Pentadbir Ukraine, Yevgen A Golovin berkata, sektor pembuatan khususnya bidang penghasilan produk-produk berasaskan minyak sawit antara sektor yang perlu diterokai pelabur Ukraine. "Bekalan minyak sawit yang mudah diperoleh di samping kemudahan infrastruktur serta jaringan pengangkutan darat, udara dan laut yang bertaraf antarabangsa menjadikan Negeri Selangor sebagai lokasi paling berdaya saing untuk pelabur asing," katanya. Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya anak-anak syarikat milik Kerajaan Selangor menjalinkan kerja sama dengan syarikat Ukraine dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. "Negeri Selangor mudah memperoleh bekalan minyak sawit pada harga yang munasabah kerana Malaysia memiliki ladang kelapa sawit yang luas. "Kemudahan ini amat sesuai untuk pelabur-pelabur Ukraine terlibat dalam sektor pembuatan berasaskan minyak sawit," katanya. Sementara itu, Menteri Besar berkata, selain sektor perkilangan, Selangor juga sesuai untuk pelaburan di dalam sektor perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan. Turut serta dalam pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif SSIC, Hassan Azhari Idris. Delegasi berkenaan turut dibawa melawat I-City selain diraikan dalam satu majlis makan malam anjuran SSIC di shah Alam Convention Center (SACC). Sumber: Selangorku |
Status Kemajuan Pembinaan Hospital Shah Alam Diragui Posted: 02 Nov 2012 01:30 AM PDT SHAH ALAM, 2 NOV: Status pembinaan hospital Shah Alam diragui apabila kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) 'berjaya' melaksanakan kerja-kerja yang dijangka akan mengambil 82 hari dalam masa 30 hari sahaja. Menurut MP Shah Alam, Abdul Khalid Samad, projek tersebut telah lewat 33 hari dari jadual yang ditetapkan. Bagaimanapun 30 hari kemudian, laporan terbaru projek itu menunjukkan kerja-kerja tersebut telah siap 19 hari lebih awal daripada jadual kemajuan yang dijangka. "Adakah ini cuma laporan mainan sebab sukar percaya sebelumnya lewat 33 hari. Tetapi dalam masa 30 hari mereka boleh siapkan 82 hari punya kerja hingga mendahului ke hadapan 19 hari. "Adakah pembayaran 'in advance' ada dibuat untuk melajukan projek ini setelah saya tanya sebelumnya? "Apa yang kita mahukan adalah status kemajuan pembinaan yang sebenar," kata Abdul Khalid dalam sidang media di pejabatnya hari ini. Sebelum ini Abdul Khalid pernah beberapa kali mengkritik kelewatan kerja pembinaan hospital ini yang sepatutnya disiapkan pada pada 2011 tetapi telah di tunda ke hujung 2013. Beliau juga pernah hantar petisyen yang ditandatangani orang ramai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut satu tindakan konkrit bagi menyelesaikan masalah pembinaan hospital itu termasuk memecat Menteri Kerja Raya. Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan