Ahad, 4 November 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Lebih 20 ribu hadir Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 03 Nov 2012 07:04 PM PDT


Walaupun hujan lebat melanda Seremban Jaya seawal jam 3 petang semalam, program Karnival Rakyat tetap berjaya dijalankan sejurus hujan reda tepat jam 3.45 petang. Lebih menarik kehadiran lebih enam ribu orang pengunjung memenuhi tapak program.

Pelancaran program Anak Muda dan Pidato Pimpinan Muda jam 4.30 petang dilancarkan dengan penuh bersemangat seakan meraikan kemenangan pilihanraya umum! Tanpa diduga umpama semut yang keluar ribuan selepas hujan, para hadirin setia mengikuti program pidato yang diselang seli persembahan-persembahan kebudayaan dan artis-artis.

Pimpinan muda dari parti-parti Pakatan Rakyat seperti Siti Aishah Sheikh, Khairul Anuar @ Jonah, Bob Manolan, Teo Kok Seong, Ustaz Khairil Wafa menyampai pidato yang penuh bersemangat. Kehadiran artis-artis rakyat seperti Nizam Laksamana, Aishah, Dayang Ku Intan dan band indie Heldrasil menambah variasi acara.

Hujan kembali turun dan membasahi tapak program jam 6.45 petang yang berlarutan sehingga jam 9.30 malam, namun orang ramai yang telah hadir seawal petang semalam tetap sabar menunggu. Kehadiran pengunjung terus meningkat sekitar jam 8.00 malam walaupun hujan masih belum reda telah memadatkan padang himpunan.

Maklumat awal petang semalam turut menyebut di Padang Majlis Perbandaran Seremban juga turut berlangsung konsert hiburan yang menampilkan penyanyi ternama M.Nasir dan Hattan. Namun 'konsert berupa gangguan' itu tidak menggagalkan kehadiran di Himpunan Kebangkitan Rakyat!

Sekitar jam 9.30 malam, catatan tidak rasmi kehadiran telah mencecah lebih 20 ribu yang hadir. Selepas beberapa siri himpunan raksasa yang dilangsungkan di Negeri Sembilan iaitu Rapat Rakyat N9 pada 15 Januari 2012 dan Jelajah Merdeka Rakyat pada 7 September 2012 lalu, Himpunan Kebangkitan Rakyat sekali menjadi satu manifestasi rakyat ingin perubahan khususnya di Negeri Sembilan!

Tiada ulasan: