PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- PKR kesal Umno guna kem tentera
- Umno BN jahat fitnah Izzah seolah-olah suruh Melayu murtad – Anwar
- 300,000 tiada IC mahu demo depan JPN 5 Disember
- Dari Meja SU MPN: Selamat Hari Deepavali 2012
PKR kesal Umno guna kem tentera Posted: 11 Nov 2012 07:49 PM PST dipetik daripada FMT Pihak tentera sepatutnya bersikap berkecuali dan 'apolitical' serta tidak membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik. SEREMBAN: PKR hari ini merasa pelik dengan tindakan Umno menggunakan kem tentera untuk satu program anjurannya dan kesal kenapa pihak tentera yang sepatutnya berkecuali dan 'apolitical' membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik. Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam sidang akhbar tengahari tadi, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat. Beliau menjemput penduduk hadir ke 'Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat' pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat). "Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno. "Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali 'apolitical' tentera sudah tidak ada lagi. "Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera. Sepatutnya tentera bersikap berkecuali. "Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera. "Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat," kata Aminuddin dengan nada sinis. Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir. "Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini," kata Aminuddin. |
Umno BN jahat fitnah Izzah seolah-olah suruh Melayu murtad – Anwar Posted: 11 Nov 2012 07:40 PM PST KUALA LUMPUR 12 Oktober: Umno BN berperangai jahat memfitnah Nurul Izzah Anwar kononnya Naib Presiden KEADILAN itu suruh orang Melayu murtad, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN berkata, anak sulungnya itu dinafi untuk pertahan tohmahan Umno BN menerusi media kawalannya dan agensi kerajaan dalam isu agama. "Kita jangan hairan siapa yang kuasai media? Umno…siapa yang buat fitnah? Umno…Dia akan pertahankan. Kita nak jawab lima minit pun tak boleh, mana boleh guna jabatan agama, (dia) terus hukum. "Perangai Umno nak lawan tak boleh…yang (mereka) mampu hanya fitnah, seolah-olah Nurul Izzah suruh orang Melayu murtad. Tapi nak heran apa yang AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) itu kita bantah di Parlimen. Pagi tadi Chua Soi Lek buat kenyataan dia syak sebenar AES ini Anwar Ibrahim pun ada bertanggungjawab, pulak dah…," katanya disambut gelak tawa hadirin. "Walbahlulam waltololam, maknanya Umno dan sahabat-sahabat MCA ini sampai macam tu sekali. Seingat saya, aku dah tinggal menteri 15 tahun dah..dan Umno anggap saya musuh utama, tapi saya boleh buat AES ni," katanya sambil disampuk hadirin mengatakan BN nyanyuk. "Bukan nyanyuk, (tapi) jahat, nyanyuk kita tak boleh marah tapi jahat kita boleh marah," sambut Anwar lagi pada Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Gelugor, Kerteh, Jumaat lalu. Beliau memetik pesanan Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi dalam buku tulisannya berjudul 'Khaulah Sha'ab'. "Sheikh Qaradawi pesan dalam buku terbarunya, apa makna kemerdekaan di Mesir, dunia Islam di Malaysia atau Indonesia, negara merdeka tapi wang negara dibolot oleh pimpinan, suara rakyat tidak didengar, pimpinan controlsemua, wang dia control, tanah dia control, kemudian fitnah dia boleh buat dan tidak ada jawapan (penjelasan) bagi dia. "Sebab itu Syeikh Qaradawi pesan kepada umat Islam terutamanya, kalau kamu bicara soal Islam, kalau betul istiqad kamu, kalau istiqamah dalam perjuangan, maka Islam mesti mendorong kepada pertama hurriyah (kebebasan), mesti angkat supaya rakyat merasa bebas dan rakyat tentukan masa depannya dengan izin Allah. "Kedua…walizzah, kekuatan yang dibina, kerajaan yang dilantik oleh rakyat sepatutnya bina kekuatan rakyat, kekuatan politik, kekuatan ekonomi. Ini politik apa tiada kebebasan, media dia control, ini ekonomi apa?" soalnya. "Ini masalah kita…Terengganu di antara negeri paling kaya kerana hasil minyak, (tetapi) minyak dikuasai, Sabah negeri terkaya termasuk Sarawak, tetapi rakyat miskin kerana pendekatan yang diguna oleh pimpinan Umno BN," kata Anwar. |
300,000 tiada IC mahu demo depan JPN 5 Disember Posted: 11 Nov 2012 07:39 PM PST Himpunan Duduk Bantah akan diadakan depan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya 5 Disember ini jika Perdana Menteri gagal selesaikan permasalahan kad pengenalan melibatkan lebih 300,000 kaum India di negara ini. "Najib (Razak) masih ada masa untuk selesaikan masalah ini dan jika tidak, himpunan tetap diteruskan sebagaimana dijadual berlangsung pada jam 10.00 pagi. "Kami menjangkakan ribuan kaum India terutama mereka yang dinafi dari mendapatkan kad pengenalan sejak sekian lama akan hadir dalam himpunan itu yang kami namakan 'Duduk Bantah' ini," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. Menurutnya, persediaan untuk himpunan itu sudah mula digerakkan dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis masyarakat, peguam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat terutama berketurunan India sudah mengesahkan kehadiran. "Kami akan terus duduk bantah dan berkhemah depan pejabat JPN hingga masalah ini diselesaikan. Kami berharap pihak berkuasa menolak dari menjadi kuda tunggakan Najib untuk menghalang himpunan ini," tegasnya. Sementara itu, R Sarathrajan yang dinafi dari memiliki kad pengenalan walaupun sijil kelahirannya menyatakan beliau adalah warganegara, turut mengesahkan kehadiran pada himpunan itu. |
Dari Meja SU MPN: Selamat Hari Deepavali 2012 Posted: 11 Nov 2012 07:34 PM PST Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Kesibukan dengan beberapa program dan tugasan penting parti menyebabkan masa untuk menulis dari perspektif SU MPN tergendala. Saya mewakili Pengerusi dan seluruh kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua masyarakat India khususnya di Negeri Sembilan. Semoga sambutan kali ini memberi makna dan kesejahteraan hidup. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan