Ahad, 7 Oktober 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Orang Asal terus dizalimi

Posted: 07 Oct 2012 05:32 PM PDT

Semasa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan KEADILAN Cabang Cameron Highlands semalam (7.10.12) saya cukup kagum dengan perjalanannya yang cukup kemas dan cukup bergaya.

Ia dimulakan dengan lagu NEGARAKU dan diikuti dengan lagu parti ARUS PERJUANGAN dan mesyuarat itu terus diselangselikan dengan tayangan video mengenai Sejarah KEADILAN Cabang Cameron Highlands, kisah derita rakyat Cameron Highlands, di video didalam Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina mengisahkan kesusahan rakyat bawahan.

MATC ini hidup dan terkeluar dari mesyuarat yang biasa di mana dua jam atau lebih hanya dipenuhi dengan ucapan, pembentangan minit, lapuran tahunan lalu dan penyata kewangan.

Selaku Wakil dari Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang saya cukup kagum dan ucapkan tahniah kepada Jawatankuasa KEADILAN Cabang Cameron Highlands dan ini membayangkan bahawa Cabang itu ditadbirkan dengan baik dan layak mewakili penduduk Tanah Rata, Cameron Highlands.

 MATC dimulakan dengan lagu Negaraku dan ikuti dengan lagu ARUS PERJUANGAN
 Ketua Cabang, Sdr Tan Wei Wun, menyampaikan ucapan
Haji Suhaimi Said, wakil pimpinan KEADILAN Negeri Pahang merasmikan MATC Cameron Highlands

Setelah selesai MATC yang penuh bergaya itu, saya didatangi oleh wakil masyarakat Orang Asal didalam kawasan Parlimen Cameron Highlands membentangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka di 
beberapa buah kampong di sekitar DUN Jelai dan Dun Tanah Rata khususnya berhubung dengan isu tanah dan rumah di mana mereka diperintahkan keluar dari tanah-tanah mereka untuk memberikan laluan kepada projek-projek yang tidak mendatangkan apa-apa menfaat kepada mereka.

Projek Dam Hulu Jelai seluas 7600 hektar tanah melibatkan 1000 orang penduduk Kg Lanai, Kg Perangkap, Kg Nyetil, Kg Lanai Baru, Kg Harum dan beberapa buah kampong lain.

Dari kampong-kampong ini mereka dipindahkan ke Kg Pantos.  Masalah yang paling besar mereka hadapi adalah punca pendapatan.  Tidak ada sebarang punca pendapatan di Kg Pantos.  Kebun-kebun getah dan sawit mereka dan kebun buah-buahan mereka semuanya berada di kampung-kampung asal mereka.

Yang mereka sangat berdukacita adalah usaha mereka memperbaiki kehidupan mereka dari pendapatan sekadar ratusan ringgit sebulan mereka telah berjaya memperolehi hampir RM1500.00 sebulan hasil usaha-usaha mereka menanam getah dan sawit kini hilang begitu sahaja.

Rayuan demi rayuan telah mereka kemukakan kepada pihak-pihak berkuasa langsung tidak diberikan apa-apa pertimbangan, dan tidak lama lagi mereka akan mengemukakan memorandum kepada Menteri Besar Pahang.  Mereka juga merayu kepada Pakatan Rakyat untuk memberikan perhatian kepada masalah mereka.

Selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, saya dan JK Biro akan bertandang ke Kampong-Kampong yang terlibat ini untuk mendapatkan first hand information daripada penduduk-penduduk selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Biro pada 13.10.12 di Pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban.

(Saya tidak dapat memuatkan sebarang gambar foto wakil-wakil Orang Asal ini kerana kamera saya kehabisan bateri, tetapi gambar-gambar telah diambil oleh wakil-wakil itu melalui handphone mereka dan mereka janjikan akan memuatkan didalam facebook mereka).



Tiada ulasan: