Khamis, 4 Oktober 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ketakutan Najib Mengadakan PRU

Posted: 04 Oct 2012 04:50 PM PDT

Mahu tidak mahu Pilihanraya Umum wajib diadakan, kalau tidak sekarang, bulan depan, atau Disember 2012 dan selewat-lewatnya bulan April 2013.  Tidak boleh lewat dari itu lagi.  Tidak sah dari segi undang-undang, dari segi Perlembagaan.

Masalahnya, bukan bila, tetapi kenapa?  Kenapa Najib takut mengadakan Pilihanraya Umum sekarang?  Sebabnya beliau takut kalah.  Pemerhati-pemerhati politik, termasuk golongan handalan dari UMNO sendiri seperti Tun Daim Zainuddin mengatakan bahawa kalau PRU diadakan sekarang, BN hanya mampu mempertahankan 3 Negeri sahaja iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Dulu Daim ini jugalah yang meramalkan bahawa Pembangkang boleh memenangi Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.  Pak Lah tidak percaya.  Maka diadakan PRU-12, maka benar-benar 5 Negeri itu tumbang.  Bukan sahaja 5 Negeri itu tumbang, Wilayah Persekutuan hanya mampu dimenangi satu kerusi sahaja oleh BN, yang lain-lain disapu bersih oleh PKR, DAP dan PAS.  Negeri Sembilan hampir-hampir tumbang.

Bersebab kan kenapa Najib tak mahu buat Pilihanraya yang cepat.  Beliau merasakan bahawa kalau nak kalah, biarlah kalah dihujung penggal PRU ke-12 iaitu di bulan April 2013, sempat juga rembat apa yang patut dirembat akan sumber-sumber kekayaan Negara untuk dirinya, Rosmah, dan Menteri-Menterinya.

Kini sudah mula berbahagi kekayaan Negara untuk mereka itu dengan Syahrizat melalui suaminya dapat RM250 juta, dengan Menteri lain dapat LRT, Musa Aman kontrol kekayaan Sabah, Rambut Putih merembat segala kekayaan di Sarawak, dengan Rosmah tak sudah-sudah berbelanja beratus juta ringgit untuk harta peribadi, Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri merembat segala apa yang boleh dirembat.

Jelas kan?  Didalam pada itu Najib masih berikhtiar dan berusaha kalau-kalau kerajaannya masih boleh diselamatkan.  Bagaimana caranya?

Kanak-kanak sekolah diberi RM100.00, rakyat yang berpendapatan RM3000.00 kebawah dapat RM500.00, peneroka-peneroka Felda dapat RM5000.00, isteri mereka dapat RM5000.00 dan anak-anak mereka dapat RM5000.00, dan kini belia akan dapat RM250.00.  Kesemua ini adalah rasuah politik untuk memikat pengundi, khususnya orang kampong untuk mengekalkan kuasa UMNO/BN.

Namun sebagai parti yang sudah nazak dan yang sudah ditolak oleh rakyat, rasuah banyak mana pun tidak lagi dapat menyelamatkan UMNO/BN.

Kenapa tidak Margeran saja?

Ini ada masalah sedikit.  Margeran hanya boleh diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.  Agong yang ada hari ini bukanlah Agong yang baru bertakhta, ini adalah Agong yang sudah ada pengalaman.  Najib tentu sukar meramalkan sikap Agong ini.

Baiklah.  Kalau dicetuskan juga Margeran dan Parlimen digantung, siapakah yang akan dilantik Ketua Margeran itu?  Mungkinkah Najib atau pemimpin-pemimpin lain.

Pengalaman di tahun 1969 dulu menyaksikan perlantikan itu bukan keatas batang tubuh Perdana Menteri, tetapi kepada batang tubuh Timbalan Perdana Menteri, Tun Razak Hussain menjadi Pengerusi Margeran dan bukan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ini risiko yang Najib kena tanggung kalau Margeran diisytiharkan.  Ada banyak sebab Najib sukar dilantik Pengerusi Margeran kerana beliau terlalu banyak kes.  Kes Altantuya belum selesai.  Kes Scorpene belum selesai. Dan kes berjuta duit rakyat yang dibelanjakan oleh Rosmah masih belum disiasat.

Najib sedar bahawa jika beliau masih mahu menjadi Perdana Menteri, beliau kena adakan Pilihanraya dan menang didalam Pilihanraya itu dengan apa cara sekali pun biarpun dengan titisan darah terakhir, seperti katanya.  Ertinya dia tidak akan buat pilihanraya yang bersih.  Beliau akan mengadakan pilihanraya yang paling kotor didalam sejarah Malaysia.

Itulah perancangan beliau, dan itulah sebabnya beliau takut mengadakan Pilihanraya sekarang kerana perancangan jahatnya belum selesai!

Tiada ulasan: