Sabtu, 13 Oktober 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Jelajah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat

Posted: 13 Oct 2012 04:44 PM PDT

Mesyuarat Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN Pusat yang diadakan pada 13.10.12 di Pejabat KEADILAN Cabang Kuala Pilah yang bersidang dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang telah mengambil ketetapan-ketetapan seperti berikut:

1.  Pengerusi Biro peringkat Negeri-Negeri distruktur semula dan diantara Negeri-Negeri itu adalah Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Perlis.  Manakala Pengerusi bagi Negeri Sabah kekal dan bagi Negeri Terengganu pula perhubungan Biro adalah terus kepada Cabang-Cabang yang ada mempunyai rancangan-rancangan Felda.

2. Jelajah Malaysia siri ke tiga oleh Jawatankuasa Biro diperingkat Pusat dengan kerjasama Biro peringkat Negeri-Negeri akan bermula pada 3hb November 2012 sehingga 17hb November 2012.  Lawatan pertama didalam siri Jelajah ini adalah Negeri Johor diikuti Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor.

3.  Semua Jawatankuasa Biro peringkat Negeri-Negeri dan Cabang-Cabang akan dilibatkan didalam program jelajah ini, dan di setiap program akan dimulakan dengan acara-acara yang dilakukan oleh Jawatankuasa Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN Pusat, dan diantara aturcara yang akan dilakukan adalah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang dhaif melibatkan rancangan-rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal.  Program Dialog akan disempurnakan di sebelah petang manakala program ceramah dan ceramah kelompok di sebelah malam.

4.  Biro akan juga menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam bagi mengutip Dana untuk calon-calon PRU akan datang yang mewakili Biro ini yang akan diadakan di minggu kedua bulan November di Hulu Selangor di Felda Sungai Tengi, sebuah Jawatankuasa Khas telah dibentuk dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN Pusat dengan Jawatankuasanya terdiri daripada semua Timbalan Pengerusi Biro, Setiausaha Biro, dan pengerusi-pengerusi Negeri-Negeri yang akan bermesyuarat pada 10.00 pagi di Felda Palong 10 22hb Oktober 2012.

5,  Mesyuarat Biro (Wanita) Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN Pusat diadakan pada jam 5.30 petang 13.10.12 di tempat yang sama dan mengambil ketetapan-ketetapan untuk melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa mewakili Negeri-Negeri; dan bersedia berganding bahu dengan BMFOA untuk melaksanakan program jelajah khususnya didalam menyampaikan sumbangan kepada keluarga dhaif didalam rancangan-rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal.

6. BMFOA akan mendapatkan tajaan daripada pihak-pihak tertentu untuk memenuhi permintaan dari Sabah, dengan menghantarkan wakil-wakil dari Biro ini khususnya ke kawasan Felda Sahabat.





7.  Walaupun Perlis tidak dimasukkan kedalam program Jelajah, tetapi BMFOA bersetuju menerima jemputan dari 2 rancangan Felda di Perlis dan tarikh pemergian ke Perlis akan disampaikan kepada pihak Perlis didalam masa yang terdekat.

Tiada ulasan: