Rabu, 17 Oktober 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Gambar-gambar kawasan Hutan yang 'diteroka' di kaki Gunug Angsi berhampiran Senawang & Tmn Tuanku Jaafar

Posted: 16 Oct 2012 11:53 PM PDT













Ceramah Umno di Simpang Durian sepi?

Posted: 16 Oct 2012 11:21 PM PDT

Lokman Adam sedang berucap di Simpang Durian, Jelebu.

AMK seru rakyat bangkit & tolak pelaksanaan AES

Posted: 16 Oct 2012 11:17 PM PDT


Saman Ekor Rakyat 1 Malaysia melalui Sistem Penguatankuasaan Automatik (AES ) didakwa sebagai  langkah terbesar Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menangani masalah kemalangan.

Malah di dalam kenyatan terbaru yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, mendakwa bahawa ini adalah merupakan langkah terbaik kementerian bagi menyaman rakyat.
Pelaksanaan saman ekor melalui system AES ini diberikan kepada 2 buah syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dengan melibatkan anggaran keuntungan lebih RM 700 juta setahun kepada syarikat swasta ini.

Menteri Pengangkutan yang juga ahli parlimen Lumut melalui syarikat kroni ini telah berjaya menyaman 63,558 rakyat dalam masa 8 hari pelaksanaan AES di 14 kawasan mulai 23 September lepas.
831 buah kamera bakal dipasang dengan anggaran kutipan sebanyak RM 5 Bilion daripada poket saku rakyat kepada Kerajaan BN dan syarikat kroni.

Ini jelas membebankan rakyat hasil tindakan kerajaan Barisan Nasional.

Lebih malang kepada rakyat, Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menaikan beberapa barang keperluan rakyat termasuk gula.

Sistem pengangkutan awam yang lemah memaksa rakyat untuk berkenderaan, tetapi kerajaan BN terus menekan rakyat dengan saman ekor melalui pelaksanaan AES ini.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia, menyeru rakyat untuk bangun mementang kezaliman kerajaan Barisan Nasional dan mendesak agar saman rakyat 1 Malaysia AES ini dimansuhkan.
Angkatan Muda Keadilan juga menyokong himpunan rakyat membantah pelaksanaan AES di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ipoh pada hari Rabu ini jam 10 pagi.

MOHD SAFULLAH MOHD ZULKIFLI
Timbalan Setiausaha,
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

PR lancar Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban 3 Nov

Posted: 16 Oct 2012 11:15 PM PDT


Pakatan Rakyat (Pakatan) akan melancarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Seremban 3 November ini, disusuli program jelajah ke seluruh negara.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata, majlis yang bermula 4 petang hingga 12 malam itu bersempena program jelajah yang akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain.
"Kelima-lima negeri tersebut akan diketuai pemimpin tertinggi Pakatan membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
"Manakala, di negeri-negeri lain pula akan dihadiri lain-lain pimpinan Pakatan tanpa  melibatkan pimpinan di atas," jelasnya ketika dihubungi.
Sebelum ini, Pakatan memutuskan untuk mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Bukit Jalil pada 3 November.
Bagaimanapun, ia diubah untuk memberi laluan kepada program jelajah ke seluruh negara.
Himpunan itu bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mat Sabu berkata, kemuncak jelajah himpunan itu diteruskan di stadium yang sama pada pertengahan Januari nanti.
"Kemuncak jelajah akan diadakan di Bukit Jalil, sebagai menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kita berhimpun di stadium," katanya.
"Tak dapat dalam stadium, kita buat luar stadium," tegas Mat Sabu lagi.

Tarik saman: Musa Hassan mungkin dah taubat, dapat ‘petunjuk’

Posted: 16 Oct 2012 11:14 PM PDT


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 17 Oktober: Penarikan saman oleh Tan Sri Musa Hassan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai cubaan bekas Ketua Polis Negara itu untuk membetulkan kesilapan lampaunya, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
"Beliau mungkin dah sedar, apa yang dilakukannya sebelum ini adalah atas arahan politik, dan mengakui kenyataan Anwar selama ini benar, memang wujud konspirasi," kata Ahli Parlimen Kuantan itu.
"Malah beliau pun mungkin tahu, dirinya sudah di hujung tanduk dan dalam keadaan sekarang apa pun boleh berlaku, jadi eloklah dia bertaubat," katanya kepada Keadilan Daily.
Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail pula menyifatkan penarikan saman tersebut menunjukkan ketakutan Musa untuk menghadapi perbicaraan.
"Kalau dia (Musa) teruskan, semua kebenaran akan terbongkar, dan dia mungkin kalah," katanya.
"Alasan logik lain yang boleh kita fikirkan, barangkali dia sudah dapat 'petunjuk'," kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu lagi.

Isu Hangat: MB NS wajar bersikap adil & demokratik!

Posted: 16 Oct 2012 11:06 PM PDT





Surat Permohonan Rasmi yang dikeluarkan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Negeri Sembilan kepada Majlis Perbandaran Seremban untuk menggunakan Padang MPS di Jalan Yam Tuan Seremban.

Program Semasa Oktober 2012

Posted: 16 Oct 2012 11:00 PM PDT












Tiada ulasan: