Rabu, 17 Oktober 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Statement On GRP-MILF Peace Framework Agreement

Posted: 17 Oct 2012 10:51 AM PDT

Pakatan Rakyat welcomes the recent peace agreement that was signed between the Government of Philippines and the Moro Islamic Liberation Front (MILF).  Our congratulations to President Benigno S Aquino III and MILF led by its Chairman, Al Haj Murad Ebrahim through the efforts of Dean Marvic Leonen, Chairman of the Philippine Negotiation Panel for having worked together to forge a new step toward peace with the signing of the framework agreement.

This framework agreement on the Bangsamoro presents the opportunity for true and lasting peace in Southern Philippines.  As the next step involves the formation of a Transition Commission, we urge that all stakeholders for peace should include MILF, MNLF, political players in Mindanao as well as the indigenous peoples for sustainable peace in Muslim Mindanao.  The Principle of Inclusivity is fundamental to lasting peace and must involve all stakeholders in the Moro issue. 

The ethnic and tribal diversity of the Philippines demands a wider forum for sustainable peace.  Engagement of only one specific party may exclude the interests of other players in the dynamics of Philippine politics.

In this light, Pakatan Rakyat with its own history of political diversity will send a delegation of its senior Parliamentarians to meet long time friends and counterparts in the Philippines to better understand the underlying issues relating to sustainable peace. 

Our approach will be inclusive in nature and will focus on ensuring that there is no marginalisation of population groups so that all affected peoples throughout this region can enjoy dividends from a lasting peace.  We hope that all conflict issues in the region will be addressed in order to find a truly lasting peaceful solution.

The agenda of the official delegation from Pakatan Rakyat will be to meet with government authorities, MILF leaders and other political stakeholders in order to contribute to a peaceful Philippines.

Sekalung Tahniah Diatas Perjanjian Damai Antara Kerajaan Filipina Dan MILF

Posted: 17 Oct 2012 10:35 AM PDT

Pakatan Rakyat mengalu-alukan perjanjian damai yang telah ditandatangani antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Sekalung tahniah dari kami kepada Presiden Benigno S. Aquino III dan MILF yang diketuai Pengerusi Al Haj Murad Ebrahim melalui usaha Dean Marvic Leonen, Pengerusi Panel Rundingan Filipina bekerjasama dan maju ke hadapan dalam mewujudkan keamanan dengan menandatangani rangka perjanjian.

Rangka perjanjian tersebut juga akan menjamin keamanan yang berpanjangan di Selatan Filipina. Dengan penubuhan Badan Peralihan, kami menggesa bahawa semua pihak yang terlibat dalam merangka ke arah keamanan harus melibatkan MILF, MNLF, tokoh-tokoh politik di Mindanao dan juga masyarakat pribumi untuk keamanan yang mampan di Mindanao.

Prinsip Inklusiviti adalah asas kepada keamanan yang kukuh dan harus melibatkan semua pihak yang berkepentingan dalam isu Moro. Kepelbagaian etnik dan puak di Filipina menuntut satu forum yang lebih luas untuk kestabilan yang berkekalan.

Dalam konteks ini, Pakatan Rakyat yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam kepelbagaian politik akan menghantar satu delegasi dari kalangan ahli-ahli Parlimennya untuk bertemu rakan-rakan di Filipina untuk memahami dengan lebih mendalam asas-asas yang utama dalam mewujudkan keamanan yang mampan.

Pendekatan kami lebih inklusif sifatnya dan akan memberi tumpuan dan mempastikan tidak ada kelompok masyarakat yang terpinggir dan seterusnya masyarakat di rantau ini akan mendapat kebaikan darinya. Kami juga berharap segala konflik yang timbul akan ditangani dengan sebaiknya untuk mempastikan keamanan yang dikecapi akan terus kekal.

Agenda rasmi delegasi Pakatan Rakyat ialah dengan bertemu dengan pihak berkuasa Filipina, pemimpin-pemimpin MILF dan tokoh-tokoh politik yang terlibat dalam menyumbang ke arah keamanan di Filipina.

Anwar Ibrahim

KEADILAN Desak Tangguh AES Sehingga Kajian Teliti Selesai

Posted: 17 Oct 2012 03:55 AM PDT

Keadilandaily

KEADILAN mendesak kerajaan Umno BN menangguh pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian teliti melibatkan semua pihak, dibuat.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Naib Presidennya, N Surendran berkata, ia berikutan pelaksanaan AES dibuat tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan rakyat.

Tanpa menolak usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, beliau berkata, pendekatan kerajaan tidak harus membebankan rakyat.

Malah, katanya, pelaksanaan AES banyak kelemahan termasuk pemasangan kamera di lokasi tidak sesuai, papan tanda amaran yang tidak tepat dan banyak lagi.

"AES bukan bertujuan mendidik tetapi hanya meraih keuntungan. Rakyat tak puas hati kerana ia bukan mahu kurangkan kemalangan tapi untuk meraih keuntungan," katanya.

Apatah lagi, Surendran berkata, perjanjian kontrak dengan syarikat pengendali meragukan apabila sejumlah RM800 juta dilabur untuk pemasangan kamera dan RM3.8 bilion untuk penyelenggaraan selama lima tahun.

"Kos ini tak masuk akal. Kroni Umno BN raih keuntungan dari projek ini sedangkan ia melibatkan wang rakyat," katanya.

Sebelum ini, Pulau Pinang bertegas tidak akan meneruskan pemasangan AES kerana sehingga kajian terhadap pelaksanaan projek itu, selesai.

Dari Ekonomi Rakyat Ke Negara Berkat

Posted: 16 Oct 2012 10:01 PM PDT

The Malaysian Insider
Oleh Subky Latiff

Telah banyak yang sudah diikuti tentang isi Ekonomi Rakyat yang hendak dibangunkan oleh Pakatan Rakyat bagi menuju Negara Berkat seperti tema bajet Ekonomi Rakyat Negara Berkat yang dibentang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 September lalu.

Tentulah ia telah difahami apa yang hendak dibuatnya oleh setengah pihak dan setengah pihak lagi tidak mahu mempercayai dan memahaminya.

Saya tidak bercadang untuk mengupas tentang Ekonomi Rakyat itu kerana telah banyak diperkatakan. Yang hendak saya ketengahkan ialah tentang Negara Berkat yang hendak dicapainya.

Kalimah berkat atau barakah adalah perkataan suci yang dipakai antara Tuhan Maha Pencipta dengan ciptaannya taqwa lagi soleh.

Berkat itu adalah satu anugerah Allah kepada makhluknya yang taqwa yang hidupnya adalah semata-mata mencari rahmatNya dan keredhaanNya. Rahmat dan keredhaanNya itulah berkat atau barakah.

Ekonomi yang hendak disediakan oleh Pakatan Rakyat ialah yang boleh mendatangkan berkat kepada negara supaya penduduknya dan dunia serta orang-orang yang berurus dengan negara itu mendapat kebahagian dan keselesaan.

Negara itu tidak dibebankan dengan hutang, malah tidak berhutang. Ia tidak muflis. Rakyatnya cukup makan, ada kediaman dan pakaian, ada kemudahan rawatan yanag murah, ada perkhidmatan pengangkutan yang mampu bayar, jalannya tidak ditol, pelajarannya percuma dan kalau berbayarpun adalah mampu bayar.

Apabila negara itu dapat berkat, sekalian rakyat ? kaya dan miskin, raja dan pacal, orang besar dan orang bawah, Islam dan bukan Islam, Melayu dan bukan Melayu ? dapat hidup selesa, bebas dan mudah mencari rezeki, mendapat perlindungan dari ancaman jenayah dan maksiat.

Setiap makhluk terutama manusia dijamin rezeki, malah rezeki telah dinikmati sejak di alam janin lagi. Yang menyeababkan bayi lahir kerana ada rezeki. Apabila rezeki itu tidak ada, dia pun mati. Ada rezeki yang tidak payah dicari seperti udara. Negara yang ada barakah udaranya bersih. Mereka yang tidak mendapat barakah, udara yang disedutnya bercampur asap toksik dan racun nuklear.

Baik di negara yang berkat dan negara yang tidak berkat semuanya ada rezeki. Ada rezeki yang mesti dicari. Bersawah, berburu, bekerja di kilang, berniaga dan sebagainya mencari rezekilah namanya. Ada yang mendapat banyak rezeki hingga kaya raya dan ada yang rezekinya ala kadar, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Manusia dikehendaki Tuhan berdoa. Boleh minta apa saja, rezeki yang banyak dan usia yang panjang. Tetapi rezeki yang banyak, kekayaan melempah ruah dan usia yang panjang tidak menjamin kebahagian. Qarun kaya raya. Demikian juga Muammar Ghadafi. Harta yang bertimbun itu tidak mendatangkan kebaikan. Iblis hidup berjuta tahun tetapi ia dan cucu cicitnya hidup celaka.

Mengapa? Rezeki dan kekayaan itu tidak berkat. Usia yang panjang itu tidak berkat. Berdoalah untuk mendapat rezeki yang berkat dan usia yang berkat serta kehidupan yang berkat.

Sebuah negara yang berkat, mungkin kebunnya tidak luas tetapi hasilnya berlipat ganda. Pendapatan mungkin sikit tetapi cukup makan, semua anak-anak mendapat pelajaran yang baik, kadang-kadang ke Mekah dan umrah beberapa kali. Tidak berhutang.

Mekah satu bumi gersang tetapi ia bumi bertuah. Semua buah, sayuran dan makanan melimpah ruah.

PR merancang bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berkat. Ia tentu tidak segagah Amerika dan Eropah. Tidak sehandal China, Jepun dan India. Tetapi dengan barakahnya ia menjadikan rakyat dapat apa yang dimahu, cukup makan dan berbagai kemudahan. Masing-masing tidak berhutang, kerajaan bebas rasuah. Negara aman, makmur dan disegani oleh masyarakat dunia.

Sudah Sampai Waktunya Kita Merdeka

Posted: 16 Oct 2012 09:01 PM PDT

[VIDEO] Kita Nak Tentukan Malaysia Makmur & Cukup Kalau Kita Hentikan Kezaliman & Rasuah

Posted: 16 Oct 2012 08:55 PM PDT

Pakatan Sokong Perjanjian Damai MILF-Filipina

Posted: 16 Oct 2012 08:04 PM PDT

Tiada ulasan: