Ahad, 9 September 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


UMNO adalah parti reactionary...

Posted: 09 Sep 2012 06:43 AM PDT

"Reactionary".. ini jargon politik.  Kalau seseorang itu tidak belajar ilmu politik, tak mengetahui ideologi, tidak tahu apakah perjuangan kiri dan perjuangan kanan, tidak tahu membezakan politik yang progresif dengan politik yang konserbatif, maka perkataan "reactionary" ini tidak ada makna baginya.

Reactionary melambangkan dasar menentang politik untuk maju kehadapan, politik yang menentang kemajuan pemikiran dan pendirian, menentang reformasi politik, tetapi mempertahankan politik bebal yang takut kepada perubahan, dan takut mengambil langkah-langkah maju.

Di waktu ada tuntutan bahawa kaum pekerja perlu bebas dari penindasan dan diberikan hak bersuara dan memimpin; maka datanglah suara songsang mengatakan bahawa pekerja tidak ada hak untuk menentukan dasar dan arah tuju dibidang politik dan ekonomi.

Apabila didatangkan idea bahawa petani-petani harus bebas dari cengkaman tuan-tanah, maka datanglah suara songsang bahawa petani-petani tidak ada hak memiliki tanah dan tidak ada hak menentukan nasib mereka sendiri; petani dianggap golongan yang sentiasa perlu diletakkan dibawah ketiak tuan-tuan tanah.

Kalau diambil contoh politik yang lebih besar bahawa di ketika pekerja-pekerja menyatakan bahawa golongan productive forces mesti bebas daripada cengkaman kaum kapitalis, agar pekerja-pekerja dapat menikmati kehidupan yang lebih baik, pimpinan mereka diburu, ditangkap, dipenjara dan dibunuh.

Akhirnya apabila berlaku rebolusi sosial dimana pekerja-pekerja berkumpul dan memberontak menentang kebobrokan sistem sosial dimana golongan yang kecil menguasai golongan yang besar, dan walaupun tidak semua rebolusi itu mencetuskan perubahan sistem sosial seperti di Russia dan China, tetapi golongan majoriti itu berjaya menubuhkan kesatuan-kesatuan sekerja bagi memperjuangkan hak pekerja-pekerja dan berjaya mengujudkan Perjanjian diantara Pekerja dan Majikan dan memberikan hak kepada pekerja-pekerja untuk berpiket dan berdemonstrasi dan seterusnya melancarkan mogok kerana ketidakpuasan kerana ketiadaan keadilan terhadap mereka yang dilakukan oleh pihak Majikan.

Benar Majikan memiliki Modal, tetapi Majikan tidak lagi memiliki Insan Pekerja.

Terhadap semua perubahan-perubahan sosial ini kita dapati bahawa UMNO bersekongkol dengan golongan majikan dan mengadakan pelbagai sekatan termasuk di bidang undang-undang untuk menyekat kaum pekerja yang menuntut keadilan sosial.

Dalam bidang politik amat jelas apa yang dilakukan oleh UMNO bagi menindakkan demokrasi yang telus, luas dan adil.  Bahkan UMNO adalah sinonim dengan gerakan menentang perubahan, menentang keadilan dan menentang demokrasi tulen.

Memang benar bahawa UMNO itu adalah parti yang reactionary, dan akhir-akhir ini UMNO cuba mengekalkan kedudukan reactionarynya itu melalui tindakan-tindakan ekstrimisme yang melampau, menafikan keadilan dan demokrasi untuk rakyat.  Penggunaan undang-undang kolot seperti ISA dan undang-undang menongkong pekerja, demokrasi, mahasiswa, penulisan dan percetakan jelas mewakili tindakan reactionary yang tidak lagi sesuai dengan keperluan dan peredaran zaman.

Semakin kedudukan UMNO itu tercabar semakin teruk UMNO bersikap jahat dan sikap jahat ini sudah menghampiri kepada ideologi fasis, dan ideologi fasis bagi mempertahankan kejahatan dan kezaliman adalah sikap reactionary yang melampau.

Sejarah membuktikan bahawa lambat laun tenaga reactionary akan kalah dan dikalahkan oleh tengaga progresif, dan kebenaran ini menjadi semakin hampir kepada UMNO apabila Pakatan Rakyat sudah mencapai kekuatan untuk mengambil alih Negara walaupun dihalang dengan cara yang tidak berperi kemanusiaan.

Golongan reactionary pasti kalah dan dikalahkan oleh golongan progresif!


Tiada ulasan: